Rate

Chapter 218

Romance Completed 26118

Bab 218

“Tuan Zainal beri hampir separuh saham Mega Timur pada Raihana, Naz. Dia dan kau sama-sama pemilik baru Mega Timur.” Berita yang dicanang oleh Erman benar-benar mengejutkan Nashriq.

“Naz, Hana anak ayah kau.” Ucap Erman perlahan. Nashriq tergaman. Raihana anak Zainal Ikram? Dia menggeleng tanpa sedar, hampir tidak percaya. Kata-kata Erman seterusnya tidak dapat didengar. Mata Nashriq berkaca tanpa sedar. Oh tuhan!

******

Estella mengemas pakaian-pakaiannya ke dalam beg. Dia masih belum cukup sihat, namun dia harus keluar hospital hari itu juga. Ada banyak perkara harus dilakukannya. Dia harus menyelesaikan banyak perkara. Dan yang lebih penting, dia harus mencari Nashriq.

“Mana you nak pergi Es?” Sapa suatu suara. Estella berpaling. Wajah Jason muncul dari arah belakang. Dahi lelaki itu berkerut melihat beg pakaiannya.

“I nak keluar Jason.”

“Ke mana?”

“I dah sihat. I nak balik rumah.”

“Balik rumah atau you nak cari Naz?” Duga Jason.

Estella terdiam. Wajah Jason dipandang lama. Dua tahun lelaki itu di sampingnya, Jason seperti pandai membaca gerak gerinya. Juga cekap menyembunyikan rahsia. Jika tidak masakan selama dua tahun, dia tidak menyangka leleki yang disangka banduan itu rupa-rupanya seorang anggota polis. Namun dia tidak menyalahkan Jason bila lelaki itu berterus-terang dengannya beberapa minggu yang lalu.

“Es, ramai orang sedang cari Nashriq sekarang ni. You jangan bimbang, Naz takkan apa-apa. Lagipun Mega Timur perlukan dia.”

“Tapi I risau. Semalam Asri datang beritahu I fasal Naz. Dia tanya I kalau-kalau Naz ada datang melawat I. He’s acting very weird, Jason. Dia bukan jenis orang yang akan melarikan diri dari tanggungjawab.”

“Dia dah besar panjang Es. Dia perlukan masa untuk bertenang apatah lagi dengan kenyataan yang bertimpa-timpa datang padanya. Bagi dia masa Es.” Pujuk Jason. Estella terdiam. Dia terduduk lemah di birai katilnya….

“I datang nak beritahu dua perkara pada you.”

Estella memandang lelaki itu.

“Kami dah jumpa Reyna. Dia datang serahkan diri semalam. Dia juga orangnya yang beri maklumat pada pihak polis sehingga Albert tertangkap. Dia nak jumpa you Es. Dia juga dah yakinkan pihak polis yang you langsung tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti haram Black Parade. Reyna dah bersihkan nama you Es. You are a free woman right now.” Ungkap Jason. “Bagaimana dengan Reyna?”

“Kalau dia sanggup jadi saksi polis untuk mendakwa Albert, pihak polis akan merayu agar hukumannya diringankan. Tapi pihak polis Singapura minta agar Albert Wong dapat diekstradisi ke Singapura untuk dibicarakan di sana atas kesalahan membunuh seorang ahli perniagaan di sana.”

Estella mengangguk. Dia lega kerana semuanya sudah selesai sekarang. Malah Albert sudah mengaku mengarahkan orang-orangnya membakar vila sehingga membunuh Zainal Ikram. Malah dia juga mengaku bersubahat dengan Engku Iskandar memalsukan surat wasiat Zainal Ikram.

“You kata ada dua perkara. Satu lagi?” Soal Estella baru teringat.

Jason terdiam. Dia memandang Estella agak lama sehinggakan wanita itu jadi hairan. Dada Jason berdegup kencang. Entah bagaimana harus dia nyatakan apa yang bermain di fikirannya, sejak hampir dua tahun yang lalu semasa dia mula-mula mengenali Estella.

“Jason, what is it?”

Jason menarik nafas panjang. Dia menyeluk poket seluarnya, lalu mengeluarkan sebuah kotak kecil berbalut baldu biru. Kotak kecil itu dibuka di hadapan Estella membuatkan wanita itu tergaman. Sebentuk cincin putih bertatah berlian terhias indah di dalam kotak tersebut. Estella mengalihkan matanya ke arah Jason. Dia keliru.

“Jason, I tak faham. Apa ni?”

“Es, I nak sampaikan hasrat hati I. I rasa you tahu bagaimana perasaan hati I pada you selama ini. Memang demi tugas, I sengaja dampingi you. Tapi setelah I kenal hati budi you, I tahu siapa you yang sebenarnya, hati I benar-benar jatuh cinta.” Luah Jason. Dia benar-benar mengharapkan niat ikhlasnya tidak dihampakan oleh Estella.

“Jason, I tak sesuai untuk you. I dah tua.” Ungkap Estella serba salah.

“Kita cuma berbeza tujuh tahun. Jarak usia tidak pernah wujud dalam sesuatu percintaan, Es. I benar-benar sayangkan you dan I harap you boleh jadi isteri I.”

Estella menarik nafas panjang. Permintaan Jason membuatkan hatinya terharu. Dia juga sukakan lelaki itu. Selama dua tahun Jason setia membantu di sisinya. Mana mungkin dia tidak menghargai kehadiran lelaki itu selama ini. Namun untuk menerima Jason sebagai sebahagian dalam hidupnya, dia masih bingung.

“Es, please bagi peluang pada I untuk bahagiakan you.”

“Tapi sejarah keluarga I….”

“I tak peduli walau apa pun latarbelakang you. I cuma tahu yang I cintakan you Es.” Bisik Jason perlahan.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Estella menerima cinta Jason?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience