Rate

Chapter 114

Romance Completed 26118

Bab 114

Dia masih ingat wajah manis yang mengekor di belakang Nashriq tengahari tadi. Tubuh tinggi lampai itu nampak elok berbaju kurung. Malah gadis itu boleh tahan menawan dengan sepasang mata yang redup lembut.

Namun bukan gerak geri gadis itu yang membimbangkan hati tuanya. Tapi dia risau apabila melihat sikap Nashriq yang seolah-olah memberi sepenuh tumpuan pada gadis itu. Wajah Nashriq juga kerap kali melontarkan senyuman. Sedikit sebanyak dia bagaikan dapat menduga, hati Nashriq bagaikan sudah terjerat. Itulah yang membuatkan Engku Latifah tidak senang hati. Dia bimbang, rancangannya untuk menjodohkan Nashriq dan Suraya akan punah begitu sahaja.

******

Engku Iskandar menghirup jus oren yang masih banyak bakinya. Sambil itu matanya melilau ke segenap ceruk Blue Ocean, bagaikan mencari-cari sesuatu. Namun renungannya singgah kosong pada dua gadis yang berpakaian cukup menggiurkan mata yang memandang. Dia tersengih. Boleh tahan ayam muda ni, desis hati Engku Iskandar.

Dari jauh, seorang wanita melangkah penuh yakin ke arahnya. Engku Iskandar awal-awal lagi sudah tersenyum menyambut kedatangan wanita itu.

“Apa you buat di sini?” Tanya wanita itu seraya mengambil tempat duduk di hadapannya.

“I nak jumpa you.” Balas Engku Iskandar ringkas.

“Jumpa I? Kenapa?” Reyna mengerutkan dahinya. Jangan-jangan Engku Iskandar mahu bercakap tentang Nashriq. Tentang Mega Timur yang mahu dikuasainya.

“Kalau fasal Mega Timur, I tengah merancang sesuatu. You kena sabar Is.”

“That was a good news.” Sanggah Engku Iskandar ketawa besar.

“Tapi Albert tak mahu Nashriq diapa-apakan,” Sambung wanita itu.

Ketawa Engku Iskandar mati. Dia memandang wanita itu tidak berkelip. Kenapa dalam setiap rancangan mereka, soal Nashriq sentiasa diambil kira. Dia benar-benar ingin tahu kenapa Albert Wong begitu mementingkan lelaki itu.

“Sebenarnya apa hubungan antara Albert Wong dengan Nashriq, Reyna? I benar-benar tak faham.”

“You tak perlu tahu apa-apa. Kalau you benar-benar mahukan Mega Timur atas ganjaran apa yang you telah lakukan selama ini, I akan cuba uruskan. Tapi hal ini adalah rahsia antara kita berdua sahaja. Jangan sampai Estella tahu.” Pesan Reyna.

“Jangan sampai Estella tahu? Apa yang besar sangat sampai you nak rahsiakan hal malam tu dari pengetahuan Estella sendiri?” Wajah Engku Iskandar mencerut. “I thought she really want this happen.”

Reyna terdiam. Dia tidak tahu apa yang harus diberitahu pada lelaki itu. Dia teringat pada kata-kata Estella yang masih terngiang-ngiang di telinganya suatu ketika dulu.

“Memang I nak sangat Zainal mati, tapi bukan dengan cara ini Reyna. I nak dia menderita kerana membuatkan hidup I dan Zoey sengsara. I nak dia kesal dengan perbuatannya, menyebabkan ayah I bunuh diri.”

Keluhan berat keluar dari bibir itu. Mata Estella merenung jauh ke hadapan jendela kaca di biliknya. Dia pula hanya membisu.

“You rasa siapa yang bunuh Zainal?” Soal Estella.

“I tak tahu. Dalam paper kata pemandu dia.” Jawabnya ringkas.

“How’s that boy?”

“I dengar dia dah berangkat ke US dengan Erman Sani.”

“Boleh you trace mana dia pergi?”

“I will.” Balasnya sepatah.

“Tapi jangan sampai Albert tahu,” pesan wanita itu lagi. Reyna hanya mengangguk. Meskipun dadanya sarat dengan resah. Dia terperangkap di tengah-tengah antara dua manusia itu. Entah yang mana satu harus ditaatinya? Pada Albert yang berupaya mengawal setiap langkahnya atau pada Estella yang mahu dilindunginya?

“Reyna?” Panggil Engku Iskandar berulangkali. Namun renungan Reyna seakan hilang dalam dunianya sendiri. Kali kedua memanggil, barulah wanita itu berpaling.

“Tell me Reyna, selama ini you banyak buat buat benda di belakang Estella. You tak takut dia tahu apa yang you dah buat selama ini?” Duga Engku Iskandar. Lama matanya terperosok ke wajah yang bermekap agak tebal itu.

“Takut?” Reyna tertawa. Lucu dengan istilah yang digunakan lelaki itu. “Perkataan takut itu tak tepat sebenarnya Is. You should said, loyal. I setia pada Estella sampai bila-bila pun.”

‘Bagaimana kalau Es tahu tentang rancangan kita fasal budak perempuan tu?” Duga Engku Iskandar.

Reyna memandang lelaki itu. Tajam.

“You kena ingat, I tolong you ketika itu juga sebab Estella. Itu syarat kita kan. You hapuskan Zainal, dan I tolong you ghaibkan budak perempuan tu. Soal kemalangan itu bukan kuasa kita. Lagipun I tahu you ada agenda you sendiri Is.”

Engku Iskandar ketawa besar. “ Bijak…you memang bijak Reyna. Sebab itu I suka bekerjasama dengan you.”

“Tapi I hairan, kenapa you macam tak sabar-sabar nak hapuskan budak tu. Apa sebabnya?” Mata wanita itu mencerun ke arahnya. Engku Iskandar terdiam. Perlukah dia bercerita tentang rahsia yang cuba disembunyikan oleh Zainal Ikram sejak berpuluh tahun yang lalu?

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Engku Iskandar akan menceritakan pada Reyna tentang rahsia yang disimpannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience