Rate

Chapter 132

Romance Completed 26118

Bab 132

* * * *

“Kenapa you nak cari Nashriq, Zafran?” Soal Suraya sambil menghirup minumannya. “Saya ada hal nak jumpa dia.” Jawab Zafran jujur.

“Ya I tahu itu tapi kenapa?”

Lelaki itu tidak terus menjawab. Dia memandang Suraya yang nampak selamba. Perlukah aku nyatakan sebabnya? Haruskah aku meminta bantuannya mengesan Duha Maisara di Pulau Pinang?

“Saya nak mencari Duha, ada hal penting. Tapi telefonnya tak diangkat, saya bimbang. Benar-benar bimbang.” Akui Zafran.

“Jangan bimbang, Duha selamat. Lagipun Nashriq ada bersamanya, tentu takkan ada apa-apa yang buruk berlaku pada Duha.” Ucap Suraya.

Zafran tersentak. Kata-kata Suraya membuatkan dia terpaku. Apa maksud dia? Duha Maisara berada bersama lelaki itukah?

“Duha tak beritahu you yang dia ke Pulau Pinang menemani Encik Nashriq menghadiri satu mesyuarat penting? I ingat you tahu.”

Zafran menggelengkan kepala. Memang dia tidak tahu apa-apa.

“Mungkin Duha tak sempat beritahu you.” Ujar Suraya apabila melihat perubahan yang ketara pada wajah Zafran.

“Bila dia balik?” Tanya Zafran dengan suara longlai.

“Kata Anis tadi, mungkin esok. Look, I tahu you bimbangkan adik you, but she will fine. Don’t worry okay,” pujuk Suraya lembut.

Zafran memandang gadis itu. Perkataan ‘adik’ yang disebut oleh Suraya membuatkan hatinya terhiris, entah kenapa. Dia menggenggam jari-jemarinya sekuat hati. Rasa geram dan marah silih berganti muncul.

Kenyataan yang baru diketahuinya membuatkan dia rasa sasau sekaligus bingung. Duha Maisara sudahlah jauh dari matanya, kini berdua-duaan pula dengan lelaki itu. Lelaki yang dianggap musuh cintanya. Dia hampir naik gila memikirkannya. Entah apa muslihat lelaki itu membawa Duha Maisara menemaninya sehingga ke Pulau Pinang?

“Damn it!” Tanpa sedar, mulut Zafran menghamburkan kata-kata yang mengejutkan Suraya. Gadis itu terpana. Risau dia apabila melihat riak wajah Zafran, bagaikan harimau lapar.

“Zaf…Zafran..are you okay?” Suraya benar-benar bimbang. Entah angin apa yang merasuk lelaki itu tiba-tiba.

Menyedari raut wajah gadis di hadapannya itu mula berubah, Zafran tiba-tiba rasa sesal. Dia tidak sepatutnya melepaskan kemarahannya pada Suraya. Gadis itu tidak bersalah, bahkan tindakannya boleh mengundang bahaya kepada Suraya. Dia tahu gadis di hadapannya itu pesakit jantung kronik. Aku sepatutnya lebih berhati-hati.

“Maaf Suraya, saya tak sengaja,” ucap Zafran serba salah.

Tanpa sedar, adegan itu sempat ditonton oleh sepasang mata yang sedang minum-minum di situ. Melihat pasangan itu, dia jadi tertanya-tanya siapa lelaki di sisi Suraya itu? Takkan teman lelaki yang baru lagi?

Engku Iskandar tersenyum simpul. Dia faham benar perangai anak gadis Dato’ Mustadza yang terkenal dengan sikap nakalnya, suka menggoda staf-staf di Mega Timur Construction. Entah apa yang dipandang Engku Latifah pada gadis itu sehingga sampai hendak menjodohkan Nashriq dengan gadis itu.

Tapi sedikit sebanyak dia juga sedar, adiknya itu ada rancangan yang lebih besar. Jika tidak masakan anak Dato’ Mustadza yang terpilih. Engku Iskandar tahu, adiknya Engku Latifah sebenarnya sedang cuba mengukuhkan kedudukan Mega Timur Construction yang masih banyak berhutang dengan bank.

* * * *

“Ada pesanan apa-apa untuk saya?” Tanya Nashriq pada pekerja kaunter. Lelaki tinggi lampai berperawakan India itu memandang sekilas ke arahnya.

“Actually ada satu kad nama ditinggalkan untuk Encik Nashriq. Dari Mr. Ranjit Singh from Sri Sutra Corporation.” Lelaki itu membacakan kad di hadapannya seraya menyerahkan kepada Nahsriq.

Mendengar nama Ranjit Singh, Nashriq tersenyum. Dia tahu lelaki itu seperti berminat mahu menghulurkan persahabatan dengannya. Sejak majlis malam itu sehingga mesyuarat penilaian berlangsung, hampir tiap-tiap kali dia bertemu lelaki itu. Jika bersua dari jauh pun, lelaki itu akan mengangkat tangannya. Keramahan lelaki berketurunan India itu memang menyenangkan hatinya.

“Thanks, is this all?”

“Sorry Mr. Nashriq, there’s one thing actually. Someone has found this mobile phone dropped down at the hall scene. I thought you maybe knew the owner.” Ujar lelaki itu sambil mengeluarkan sebuah telefon bimbit lalu diletakkan dia atas kaunter di hadapan Nashriq.

Lelaki itu tercengang. Telefon bimbit berwarna silver jenama Nokia itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Mirip dengan telefon Duha Maisara, bisik Nashriq. Lama tangannya membelek-belek telefon itu.

“But how do you know that the owner has got something to do with me?”

Lelaki itu tersenyum. Dia menyentuh telefon bimbit di tangan Nashriq. Nashriq tercengang apabila melihat tali hiasan pada telefon itu terukir dengan logo kecil syarikat Mega Timur Construction. Dia tertawa kecil.

“I see that, thanks a lot.” Dia melangkah menuju ke arah lift dengan senyuman kecil masih terukir di wajahnya. Memang dah sah, telefon ini milik Duha Maisara. Lagipun siapa lagi yang begitu kolot mahu menggunakan hiasan telefon yang mempunyai logo syarikat, kalau bukan gadis itu.

...bersambung

Bab akan datang:

Berjayakah Nashriq mendapatkan projek terbaru untuk syarikatnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience