Rate

Chapter 81

Romance Completed 26118

Bab 81

“Tapi abang tu selalu usik Hana. Bosanlah Hana macam ni baba.” Dia mengeluh.

“Usikan itu tanda sayang. Tanda sayang abang tu pada Hana.” Ucap lelaki itu seraya tertawa. Dia terdiam. Betulkah? Betulkan usikan yang saban hari diterima itu tanda sayang Nashriq padanya?

Tapi suatu hari kata-kata Baba sudah tidak bermakna lagi padanya. Dia tidak lagi percaya pada ucapan sayang Nashriq padanya.

“Abang nak berangkat ke US esok.” Ujar anak muda itu.

Dia hanya diam. Sedikitpun wajahnya tidak dipalingkan ke arah Nashriq. Hatinya masih terbakar.

“Hana dengar tak apa yang abang cakap ni?”

“Pergilah, siapa yang larang abang? Lagipun buat apa abang beritahu Hana lagi? Hana bukan adik abang, tapi Hana ni anak pembunuh yang bunuh ayah abang!”

“Hana!”

Dia memejamkan matanya. Hatinya bergetar hiba. Lelaki itu benar-benar pergi akhirnya. Dia masih ingat bagaimana dia mengejar Nashriq sehingga ke lapangan terbang. Malah tabung duitnya sengaja dipecahkan untuk membayar duit teksi ke lapangan terbang. Tapi Tuhan tidak memberi kesempatan kepadanya untuk bertemu anak muda itu buat kali terakhir. Malah Nashriq tidak pernah mengucapkan selamat tinggal padanya.

Duha Maisara mengesat airmata yang bergenang di pelupuk matanya. Kenangan lama memang menimbulkan luka di hatinya. Namun dia tidak berupaya untuk lari dari kenangan lama itu.

“Mengapa tak masuk ke dalam? Tak penat ke berdiri di luar saja?” Tegur suatu suara. Duha Maisara tersentak. Dia cepat-cepat mengesat air mata yang hampir gugur. Sejurus kemudian dia berpaling. Seorang lelaki berkumis nipis dalam lingkungan usia 50-an merenung ke arahnya sambil tersenyum.

“Saya tak berniat nak masuk ke dalam,” balas Duha Maisara perlahan.

“Kalau tak masuk, kenapa berdiri di luar. Kamu tunggu kawan?”

Gadis itu menggeleng.

“Habis?”

Duha Maisara diam.

Lelaki itu tersenyum. Wajah gadis itu direnung tidak berkelip. Mata itu seperti mengandungi masalah. Entah apa kena dengannya agaknya?

“Nak, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Tapi kita kena berani menghadapinya, mungkin dengan cara itu beban di hati kita akan berkurang,” ucap lelaki itu tenang.

Duha Maisara tersentak. Ungkapan yang meluncur dari bibir lelaki tua itu sedikit sebanyak membuatkan dia terpaku. Lama matanya berpaling menatap lelaki itu. Senyuman di wajah itu seperti pernah dia lihat dulu. Puas dia cuba mengingat, namun akhirnya dia mengaku kalah. Wajah itu tenang memandangnya.

“Saya memiliki persoalan yang sudah lama saya ingin tahu, pakcik. Tapi saya tiada keberanian untuk mendapatkan jawapannya.” Ucap Duha Maisara perlahan.

“Kalau begitu mengapa tidak anak ni pergi ke dalam, dan dapatkan jawapan itu. Selepas itu anak keluar semula dan bertenang. Selepas itu baru fikir semula apa yang patut anak buat. Sekurang-kurangnya anak takkan menyesal kerana tidak mengetahui jawapan itu sampai bila-bila pun.”

Duha Maisara terdiam. Kata-kata lelaki ada benarnya. Dia memang ingin mengetahui hakikat yang satu itu, meskipun dia cuba menafikan. Dia ingin tahu apakah Nashriq sudah pulang dari US? Dia ingin tahu bagaimanakah rupa Nashriq yang dewasa. Dia ingin tahu apakah selama ini lelaki itu mencarinya? Terlalu banyak yang ingin diketahuinya. Namun dia juga takut untuk menerima hakikat bahawa lelaki itu benar-benar sudah melupakan kewujudannya.

“Pergilah nak, jangan sampai menyesal.” Ujar lelaki itu seraya bingkas bangun dari tempat duduknya. Duha Maisara terpaku melihat lelaki itu mencapai tongkatnya. Baru dia perasan, kaki lelaki itu sedikit tempang.

Lelaki itu tersenyum ke arahnya sebelum melangkah perlahan ke arah sebuah kereta BMW yang berhenti di suatu simpang. Duha Maisara tersenyum kembali. Lelaki itu sempat melambaikan tangannya ke arah Duha Maisara sebelum kereta itu mula bergerak meninggalkan perkarangan pejabat Mega Timur. Entah siapa lelaki itu agaknya. Barangkali salah seorang pelanggan syarikat, jika tidak buat apa dia di sini, detik hati kecil Duha Maisara.

Namun terselit jua rasa kagum di hatinya melihat lelaki itu. Penampilannya biasa sahaja dengan kemeja lusuh dan topi memancing, tapi dijemput oleh pemandu dengan kereta besar. Tentu lelaki itu bukan calang-calang orang, bisiknya.

Memandang semula ke arah pejabat Mega Timur, Duha Maisara mengeluh kecil. Perlukah dia ke sana? Perlukah dia pergi mendapatkan jawapan yang terlalu ingin dia perolehi sejak dulu? Abang, Hana terlalu ingin menatap wajah abang. Dalam dua belas tahun ini rindu Hana tidak pernah surut untuk abang. Meskipun kenangan manis kita dicalari luka, namun ia tidak pernah menjejaskan perasaan Hana pada abang.

******

“Saya dah tunggu kedatangan Cik Duha, tapi dia tak pernah muncul sejak beberapa hari yang lalu,” ujar Wan Rohayu memberitahu Nashriq. Anak muda itu termenung panjang. Tak pernah muncul? Dia mengerutkan dahinya. Terselit juga rasa marah di hatinya.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Nashriq akan mencari Duha dan memarahinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience