Rate

Chapter 206

Romance Completed 26118

Bab 206

Dia sudah tahu tentang bayi yang dilahirkan oleh Zoey. Datuk kau minta agar bayi itu diserahkan pada persatuan untuk dijadikan pewaris baru. Tapi ayah kau berdegil dan enggan dedahkan di mana dia sorokkan bayi Zoey. Dalam diam-diam dia bertemu Zainal dan mereka membuat rancangan untuk melindungi bayi itu dari kami semua. Datuk kau sangat marah dengan perbuatannya. Kali terakhir mereka bertemu, mereka bergaduh besar. Keesokan harinya ayah kau mati tergantung di biliknya.” Albert tersengih.

“Apa maksud kau?” Estella terpempan.

“Maksud aku, orang yang bertanggungjawab di atas kematian ayah kau ialah datuk kau sendiri Estella. Sama seperti kematian ibu kau Jennifer yang sengaja dirancang.”

Estella tersentak. Tak mungkin! Mustahil datuk yang merancangkan semua ini! Dia memandang Albert yang ketawa besar. “Kau bohong!”

“Suka hati kaulah nak percaya atau tidak. Semua orang di persatuan tahu hal ini. Kau boleh tanya Reyna sendiri jika kau tak percaya.” Getus Albert.

Mata Estella mengarah ke arah Reyna yang kelihatan serba-salah. Wanita itu seperti tidak berani mahu mengangkat muka memandangnya. “Betul apa yang dia cakap Reyna?” Soal Estella. Reyna tetap berdiam diri.

“I tanya betul atau tidak?” Bentak Estella geram. Wanita itu tersentak. Perlahan-lahan dia mengangkat mukanya ke arah Estella yang hampir mahu menangis. Lambat-lambat dia menganggukkan kepala. Estella terkedu. Oh tuhan! Dia hampir terjelepuk jatuh. Mujurlah Jason sempat memegang tangannya.

******

Dia menyembunyikan dirinya di sebalik semak samun yang menutupi hampir seluruh kawasan gudang lama itu. Sejak setengah jam tadi, dia cuba mencari jalan untuk mendekati kawasan gudang itu, namun melihat beberapa lelaki sedang mengawasi kawasan luar gudang itu dengan ketat, dia tiada peluang langsung mahu menghampiri tempat itu.

Nashriq mengeluh panjang. Apa ikhtiarnya untuk mendekati gudang itu? Dia tahu Estella dan Jason hampir sejam berada di dalam. Namun tiada apa-apa yang kedengaran dari dalam tempat itu. Hatinya mula dipagut gelisah. Dia bimbangkan keselamatan Suraya. Anehnya, dia juga bimbangkan soal wanita berketurunan Cina itu. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia memiliki perasaan sedemikian terhadap Estella.

Mendengar bunyi tembakan datangnya dari gudang lama itu, Nashriq tersentak. Dadanya berdegup kencang. Apa sudah berlaku? Siapa yang tertembak? Oh tuhan, selamatkan mereka semua dari bahaya! Nashriq memandang ke arah kawasan gudang itu. Beberapa lelaki yang berkawal di luar sudah menerpa masuk ke dalam gudang tersebut. Inilah peluangnya! Nashriq bingkas mahu menuju ke arah bangunan itu, namun sepantas kilat suatu tangan menarik bahunya. Darahnya menyirap. Perlahan-lahan dia berpaling.

“Pakcik Asri?’

Lelaki itu tidak berkata apa-apa. Matanya mengisyaratkan ke suatu arah. Dia menoleh. Dari tempatnya, dia melihat beberapa buah kereta polis sudah mengepung kawasan itu. Dia kembali memandang Asri yang hanya tersenyum.

“Macamana pakcik boleh ada di sini?” Dia tercengang. Namun Asri tidak menjawab. Lama matanya singgah pada wajah keliru Nashriq. Dia tahu selepas ini dia harus menjelaskan segala-galanya pada anak muda itu.

Tak lama kemudian, kelihatan pihak polis mengeluarkan beberapa suspek terlibat dalam keadaan bergari. Nashriq tiada pilihan lain, selain mengekor Asri dari belakang. Seorang lelaki bermisai lebat menghampiri Asri.

“Maaf Asri, beberapa suspek termasuk Albert Wong berjaya melarikan diri. Kami hanya berjaya menangkap pengikut-pengikutnya sahaja.” Ujar ASP Baharin.

“Kau jumpa Engku Iskandar?” Soalan Asri mengejutkan Nashriq. Dia memandang lelaki itu. Apa maksud lelaki itu? Kenapa nama Engku Iskandar pula dikait-kaitkan?

“Tak ada. Kami tak jumpa dia langsung. Tapi jangan bimbang, aku dah kerahkan orang mencarinya.” Ujar ASP Baharin sambil menepuk-nepuk bahu teman itu.

“Suraya macamana?” Nashriq terburu-buru bertanya. Namun belum sempat ASP Baharin menjawab, mata Nashriq terpandang Suraya yang sedang dipapah oleh dua anggota polis wanita.

“Suraya.” Panggil Nashriq. Entah mengapa dia gembira melihat keadaan Suraya yang selamat. Melihat Nashriq berada di situ, Suraya pantas menerpa ke arah lelaki itu. Dia menangis teresak-esak di pangkuan Nashriq.

“Syy, dah tak ada apa-apa. You selamat sekarang,” pujuk Nashriq perlahan. Tubuh gadis itu dirangkul erat. Dari arah belakangnya, dia mendengar bunyi siren ambulan menghampiri tempat itu. Nashriq berpaling lalu memandang ASP Baharin yang sibuk memberi arahan dalam walkie-talkienya.

“Tuan, ada sesiapakah yang cedera?” Soal Nashriq ingin tahu.

“Ada seorang wanita cedera tertembak di dalam.” Jelas ASP Baharin. Nashriq terkedu mendengar kata-kata lelaki itu.

“Siapa?” Asri juga ingin tahu.

“Estella Wong. Dia kena tembak di bahu kirinya.”

Kata-kata ASP Baharin mengejutkan Nashriq. Wajahnya tiba-tiba diliputi mendung. Asri sekadar menjeling anak muda itu. Perubahan pada wajah Nashriq dapat dihidu olehnya. Namun dia tidak berani mengagak apakah sebenarnya yang difikirkan oleh lelaki itu.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang difikirkan oleh Nashriq sebenarnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience