Rate

Chapter 126

Romance Completed 26118

Bab 126

“Where is your husband?” Tanya lelaki itu. Duha Maisara mula gugup. Selain berbohong pada Zafran, hal lain dia tidak pernah berbohong. Namun kali ini kemunculan lelaki itu benar-benar membuatkan dia resah.

“I don’t expect that I could see you again. What are you doing here?” Suara Nashriq singgah di cuping telinga Duha Maisara. Dia serta-merta lega dengan kemunculan lelaki itu. Wajah Nashriq nampak selamba menegur lelaki itu.

“Yeah me too. Actually I’ve been here representative my company, Sri Sutra Corporation. I’ll introduce myself again. My name is Ranjit Singh, the managing director.” Ujar lelaki itu sambil menghulurkan tangannya.

Mendengar nama Sri Sutra disebut, mata Nashriq bersinar-sinar.

“Nashriq. Nashriq Adli from Mega Timur Construction.”

“If I’m not mistaken, you are the one who calling me last week regarding the buying of prospect land at Permatang, right? So have you prepared the budget sheet?”

“I will always get ready. But it depends with your help.” Nashriq tersenyum

“Sorry Mr. Nashriq, I’m out of control about this, but I’ll see what I can do. But I think you should considered A&K as your competitor.”

Nashriq tersentak. Apa maksud lelaki itu? Apakah A&K Corporation akan turut serta dalam persaingan merebut tanah milik Sri Sutra? Tapi kenapa Engku Iskandar tidak memberitahunya apa-apa mengenai syarikat itu?

“But if I were you, I will forgetting about work temporarily. The girl besides me is more important,” bisik Ranjit Singh seraya menjeling Duha Maisara yang hanya membisu. Lelaki itu ketawa besar memandang Nashriq yang hanya tersenyum simpul.

“So until we meet again Nashriq.” Lelaki itu meminta diri. Sebelum beredar dia sempat memandang Duha Maisara yang turut memandangnya.

“So long Mrs Nashriq, hope you’ll enjoy your night at here. And take care of yourself and your baby,” ujar lelaki itu sebelum melangkah pergi.

Sekali lagi Duha Maisara terpegun. Dia memandang Nashriq yang tertawa kecil. Bibir Duha Maisara menggumam. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang menggelikan hati lelaki itu. Kerana gurauan Nashriq, tak fasal-fasal lelaki India itu menyangka dia isteri Nashriq dan sedang berbadan dua pula. Itulah yang membuatkan dia benar-benar geram.

“Nak makan apa-apa?” Tanya Nashriq setelah ketawanya reda. Duha Maisara masih menunjukkan muka empat belas. Dia menghirup minuman di dalam gelas yang masih berbaki. Enggan melayan pertanyaan Nashriq. Melihat reaksi gadis itu, Nashriq tersenyum kecil. Dia tahu Duha Maisara marah dengan gurauannya.

“Benda kecil sahaja, takkan itu pun nak marah.” Ujarnya perlahan, namun masih jelas di telinga Duha Maisara. Dia lekas berpaling. Menatap wajah lelaki itu yang nampak selamba.

“Benda ni awak kata kecil? Dia ingat saya isteri awak, perkara kecil ke tu?” Bisik Duha Maisara tidak puas hati.

“So what? Bukannya dia tahu pun kita ni sedang bercinta.” Balas Nashriq.

Mendengar ucapan lelaki itu, Duha Maisara tergaman. Kata-kata Nashriq yang terakhir membuatkan wajahnya sebal.

Nashriq menarik dagu Duha Maisara ke arahnya. Menatap mata bening yang bersinar-sinar itu. “Tell me Duha, kita ni sedang bercinta kan?” Ucap lelaki itu lembut dan romantis. Duha Maisara terus terpaku. Soalan itu sukar mahu dijawab. Perasaan hatinya sukar untuk dilafazkan. Namun seperti lelaki itu, dia juga ingin tahu apakah benar mereka sedang dilamun cinta?

* * * *

Nashriq merenung jauh ke arah pemandangan bandar Pulau Pinang yang bermandikan lampu neon di setiap jalan. Seperti Kuala Lumpur, jalan di Pulau Pinang ini juga sesak dengan beraneka kenderaan. Buktinya, dari balkoni biliknya dia masih mampu melihat deretan kenderaan yang memenuhi jalan tidak bergerak-gerak sedari tadi.

Sesekali mata Nashriq menjeling ke arah balkoni bilik sebelah yang senyap sahaja. Dia benar-benar ingin tahu apakah Duha Maisara sudah tidur. Jarum jam sudah menginjak pukul 11.30 malam, agaknya sudah tidur barangkali. Tersenyum dia apabila teringat wajah lena gadis itu yang terlentuk jatuh di bahunya semasa di dalam kapal terbang, siang tadi. Dia juga hampir hendak ketawa apabila teringatkan wajah Duha Maisara yang seakan malu-malu mendengar usikannya.

Oh Tuhan! Aku benar-benar merindukan kehadirannya di sisiku. Dulu aku sangkakan, aku takkan mampu berpeluang untuk merasa bahagia seperti begini setelah kehilangan Raihana. Tapi rupa-rupanya Tuhan masih mengasihaniku. Di saat-saat aku mendambakan kehadiran Raihana, muncul Duha Maisara yang berperawakan sama seperti gadis itu. Gadis yang dulu aku rindu-rindukan saban hari semasa aku di US.

Nashriq memejamkan matanya. Cuba mengingati wajah Raihana semasa kecil. Namun yang kerap muncul silih berganti adalah bayang wajah Duha Maisara yang tersenyum manis di hadapannya.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakan Nashriq sudah dilamun cinta dengan Duha?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience