Rate

Chapter 116

Romance Completed 26118

Bab 116

Mengingati wajah gadis manis itu, hati Estella seperti ditusuk bilah belati. Pedih yang dirasakan seolah menjerut tangkai hatinya.

“Daddy mahu you gugurkan kandungan you. Jangan bikin malu keluarga,” putus ayahnya sebaik tahu Zoey hamil 3 bulan.

“I tak mahu daddy. Baby ni anak I. I akan jaga dia, didik dia macam mummy didik I dulu.” Tentang Zoey berani. Dia sudah tidak peduli pada raut wajah ayahnya yang tegang kerana terlampau marah apabila tahu dia mengandung tanpa suami.

“You jangan nak tunjuk keras kepala Zoey. Kenapa you ni tak macam kakak you? Stella tidak pernah melawan cakap daddy, bukan macam you.”

“Betul. I bukan macam Stella, I bukan anak kesayangan daddy. Sebab tu daddy tak pernah pedulikan I selama ini. Daddy juga tak pernah pedulikan mummy, padahal mummy mati sebab daddy, sebab perangai daddy baru mummy mati kena langgar.” Tuduh Zoey.

“You jangan nak merepek Zoey, daddy tak suka you ungkit fasal mummy you.”

“Apa selama ini hanya I sahaja dalam keluarga kita yang belum buta? Mummy mati di pangkuan daddy sebab kena langgar, kena bunuh. Grandpa juga tahu tapi dia pura-pura tidak tidak kisah. Apa harga nyawa mummy tidak penting berbanding persatuan daddy?”

Lelaki itu terdiam di suatu sudut. Wajahnya keruh. Estella yang terdengar perbualan itu turut resah. Dia tahu kata-kata Zoey ada benarnya, namun dia tidak berani bertanya pada ayahnya. Bimbang lelaki itu naik angin.

Bukan dia tidak sedar pada hakikat bahawa mummynya mati ketika bersama daddynya pergi bersiar-siar. Wanita itu dilanggar sebuah kereta sewaktu mahu melindungi lelaki itu. Dia juga tahu kemalangan itu sebenarnya sengaja dirancang dan ditujukan pada daddynya. Semuanya kerana sikap daddynya yang kaki perempuan semasa mudanya. Kerana sudah tertarik dengan salah seorang wanita simpanan seorang ketua kongsi gelap, daddynya sudah tidak peduli dengan nasihat dari orang-orangnya. Dia sengaja mencari padah dengan Tiger Lee, salah seorang taikun senjata api yang ditakuti oleh dunia gangster.

Rencana untuk membunuh ayahnya, akhirnya membawa kepada kematian ibunya, seorang wanita kaukasia bernama Jennifer. Wanita yang sanggup meninggalkan tanahair demi cinta pada Steven yang ketika itu baru menghabiskan pelajaran di England.

Kematian Jennifer benar-benar memberi tamparan hebat pada Zoey. Dia mula menyalahkan ayahnya atas apa yang telah terjadi. Namun meskipun hubungan ayahnya dengan Zoey seperti di hujung tanduk, namun kadang-kala Estella perasan, ayahnya sebenarnya sayang pada Zoey. Jika tidak masakan apabila Zoey dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak, Steven Wong seperti serba tidak kena. Estella nampak jelas lelaki itu susah hati.

“Sis, kalau I mati, you kena janji bawa anak ni pada Zainal.” Pesan Zoey sebelum diusung ke dalam bilik bedah. Tangan gadis itu mengenggam erat jari-jemarinya, seakan berat hati untuk melepaskan.

“No, don’t say that. You won’t die. Dan jangan sebut fasal lelaki tu, I tak mahu dengar. You dalam keadaan begini, tapi di mana dia?”

“Sis, you tak faham, Zainal tak salah.”

“Stop it, don’t talk about him anymore. The most important is you. I nak you selamat dan baby you juga selamat. I janji I akan jaga you dan baby you Zoey.”

Zoey tersenyum. Wajah anak gadis itu kembali tenang.

“I sayang you sis.”

“I pun sayang you.” Akuinya perlahan.

Dan matanya memerhatikan sehingga troli yang membawa tubuh Zoey ke bilik pembedahan mula menghilang. Entah kenapa air matanya mengalir tanpa disedari. Dia benar-benar mengharapkan Zoey selamat melahirkan bayinya.

Hampir sepuluh jam dia menanti, namun takdir seolah memperolokkannya. Muncul seorang lelaki berpakaian serba putih. Memandangnya yang sedang menanti di luar bilik pembedahan, lelaki itu menghampirinya.

“Awak saudara Zoey Wong?” Tanya doktor berkumis tebal itu. Dia segera mengangguk.

“Maaf, kami dah cuba sedaya upaya. Dia gagal diselamatkan. Hanya bayinya saja yang dapat diselamatkan.” Ujar doktor berkenaan.

Perkhabaran itu membuatkan lututnya jadi lemah. Dia terduduk lemah. Hampir dia tidak percaya, Zoey telah tiada. Adiknya telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

“Stella, how about your sister? Is she okay?” Ayahnya muncul tiba-tiba sambil membawa sebakul besar bunga mawar. Estella memandang lelaki itu dengan mata berkaca. Dia menerpa ke arah lelaki itu. Tersengguk-sengguk dia menangis di bahu ayahnya.

Steven Wong tergamam. Tangisan Estella membuatkan dia keliru, sekaligus bingung. Entah kenapa dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada Zoey. Zoey! Zoey anak daddy! Rintih Steven Wong seolah mengerti apa yang telah terjadi.

“Maaf cik, tapi baby cik Zoey telah pun dibawa balik sebentar tadi. Seorang lelaki datang dan menuntut bayi itu.

...bersambung

Bab akan datang:

Siapa yang datang menuntut penjagaan bayi yang dilahirkan Zoey itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience