Rate

Chapter 29

Romance Completed 26118

BAB 29

“Hmmm cantiknya anak baba ni.” Lelaki itu tersenyum. Nashriq memandang kalung yang terhias di tengkuk Raihana. Sama dengan kalung yang ada di lehernya.

Dia terpaku apabila tangan lelaki itu tiba-tiba meraih tubuh Raihana dalam dakapannya. Memandang airmata yang menitis di pipi lelaki itu, hati Nashriq turut sama tercuit. Sebak. Apabila ayahnya menghulurkan sebelah tangannya ke arahnya, Nashriq tidak tertahan terus menerpa ke arah lelaki itu. Airmatanya turut mengalir. Dia memang sayangkan lelaki itu. Teramat sayang.

“Kalung ini adalah lambang kasih sayang ayah pada kamu berdua. Lambang ingatan ayah yang tak berbelah bagi terhadap Naz dan Hana. Ayah nak Naz dan Hana saling sayang menyayangi dan saling melindungi antara satu sama lain. Walau apapun yang berlaku, janji dengan ayah jangan sesekali kamu berpisah jauh.” Pesan lelaki itu suatu ketika dahulu.

Nashriq termenung panjang. Apa gunanya janji yang pernah diucapkannya dahulu di hadapan ayahnya, jika dia tidak mampu berpegang pada janji itu. Hasrat ayahnya agar dia dan Raihana tidak berpisah hanyalah satu impian kosong yang terlakar menjadi sejarah silam.

******

Mata Nashriq meliar memerhatikan rumah dua tingkat yang agak besar itu. Ruang dinding yang luas dihias dengan pelbagai lukisan beraneka bentuk di setiap penjuru. Betullah kata Erman kelmarin, Dato’ Mustadza adalah peminat seni lukisan, sama seperti ayahnya Zainal Ikram. Tak hairanlah rumahnya sendiri dihias seperti galeri.

“Nah minuman kau.” Erman muncul seraya menunjukkan segelas cocktail ke arah Nashriq. Anak muda itu menyambutnya tanpa banyak soal. Gelas cocktail dihirup perlahan tanpa melarikan anak matanya. Sebuah lukisan di suatu penjuru seperti pernah dilihatnya dulu. Hatinya terdetik.

“Itu macam lukisan dalam bilik pejabat ayah dulu.” Tanpa sedar, Nashriq terlepas kata. Erman turut memerhatikannya. Dahinya berkerut. Dia juga pernah melihat lukisan itu sebelum ini. Lukisan itu kalau tak salah adalah hasil tangan salah seorang pelukis masyur Indonesia pada tahun 30an, dilukis pada zaman pemerintahan Sukarno.

“Kenapa lukisan ayah boleh ada di sini?” Nashriq mengerutkan dahinya. Hairan. Matanya menoleh ke arah seraut wajah yang sedang berbual-bual dengan ibunya di suatu sudut. Sesekali dilihatnya Engku Latifah tergelak besar ketika berbual-bual dengan Dato’ Mustadza. Dia mengalihkan pandangannya pula. Engku Iskandar dan isterinya turut kelihatan, namun Nashriq tidak berniat mahu menegur ayah dan ibu saudaranya itu. Dia mengeluh panjang.

“Kenapa, bosan?” Erman mengerling ke arah Nashriq. Anak muda itu mengangguk.

“Sabarlah, kau kena ikut majlis macam ni. Lagipun majlis ni bukan setakat majlis biasa, tapi juga untuk memperkenalkan kau pada sebahagian besar kakitangan-kakitangan Mega Timur.” Nasihat Erman. Bimbang juga dia jika Nashriq tiba-tiba menghilangkan diri seperti selalu.

“Dah berapa lama Dato’ Mustadza tu jadi salah seorang pesero syarikat?” Tanya Nashriq ingin tahu. Dia memang belum pernah berbual dengan lelaki itu. Menurut Katrina, lelaki itu agak serius orangnya.

“Selepas dua tahun Tuan Zainal meninggal, urusan Mega Timur agak kelam kabut. Nasib baik Dato’ Mustadza campur tangan. Dia antara pesero terbesar di Mega Timur.” Jelas Erman.

“Selepas ayah meninggal?” Nashriq mengerutkan dahinya.

Erman mengangguk. “Tapi dia jarang campurtangan dalam urusan pentadbiran syarikat. Cuma sesekali dia muncul. Kata orang, syarikat logistik terkenal KBM tu jatuh disebabkan dia. Kau boleh kata yang Dato’ Mustadza tu ada pengaruh yang cukup besar pada media dan orang atasan.”

Nashriq terdiam. Hebat sangatkah orang tua itu?

Jauh dia termenung hingga tidak sedar sesusuk tubuh memerhatikannya dari jauh. Suraya mengigit jari. Perlukah dia ke sana menegur Nashriq atau cukup sekadar dia memandang dari jauh. Bagaimana kalau dia muncul di hadapan lelaki itu, lalu Nashriq melarikan diri sekali lagi darinya? Berbagai andaian muncul di kepala Suraya.

“Siapa yang you pandang tu Sue?” Teman-temannya menegur. Suraya tersentak. Matanya berpaling ke arah teman-temannya. Masing-masing kelihatan hairan.

“Tak ada apa-apalah, jom kita ke sana. I nak tunjukkan koleksi lukisan ayah I,” ajak Suraya. Namun dia sempat berpaling, melirik ke arah Nashriq yang sedang rancak berbual-bual dengan Erman.

******

“Don’t be too worry, saya rasa Nashriq mampu mengambilalih jawatan Puan Engku suatu hari nanti. He’s kinda smart person. What he needs is just a time..” Ujar Dato’ Mustadza sambil memandang ke arah Engku Latifah yang tak putus-putus menatap kelibat Nashriq dari jauh.. Dia mengerti perasaan wanita itu.

Engku Latifah memandang lelaki itu sambil tersenyum. Sikap Dato’ Mustadza mengingatkan dia pada arwah suaminya. Lembut dan penyayang. Namun sikap Nashriq berbeza terus dari Zainal Ikram.

“Saya seorang ibu, Dato’. Seorang ibu tak dapat lari dari perasaan bimbang. Berbelas tahun dia hidup di rantau orang. Sehingga sampai masanya saya merasa hubungan kami semakin renggang. Semakin jauh jaraknya.”

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah hubungan anak-beranak, Engku Latifah dan Nashriq akan bertaut kembali?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience