Rate

Chapter 90

Romance Completed 26118

Bab 90

Tapi salah satu punca yang menyebabkan Zoey begitu juga adalah kerana ayahnya. Entah kenapa, Zoey menuduh ayahnya punca ibu mereka meninggal. Satu kenyataan yang tak dapat diterima oleh Estella. Mana mungkin dia lupa kata-kata Zoey yang menuduh ayahnya sebagai penyebab.

“Daddy buat musuh dengan orang-orang Tiger Lee. Dia buat hubungan sulit dengan salah seorang perempuan simpanan Tiger. Sebab itu mereka bunuh mummy kita. ”

“Please la Zoey, jangan nak mengarut. Orang-orang Tiger Lee takkan berani ganggu keluarga Steven Wong. Kita ada protection dari Grandpa. Lagipun mummy meninggal kerana accident, bukan kerana orang-orang Tiger Lee.”

Mata Zoey menjunam ke arahnya. Tajam. “Bukan you yang ada bersama mummy masa dia mati. I nampak dengan kepala I sendiri orang-orang Tiger Lee yang langgar mummy. Tapi sebab Grandpa nak jaga hubungan baiknya dengan Tiger Lee, dia diamkan saja perkara ni?”

Estella terdiam. Dia tidak tahu apa lagi yang harus dikatakannya.

“I dah fed up dengan keluarga ni. You sama macam orang lain, tak pernah mahu percaya I.” Marah Zoey.

Estella mengetap bibirnya. Terasa sakit. Sama sakit dengan hakikat yang terpaksa ditelannya setiap malam. Zoey, you tahu apa yang you dah buat pada kakak you? Kerana you, I jadi wanita yang berhati dingin. Kerana you juga, I telah berbuat dosa. Tanpa you sedar, you sebenarnya telah menghancurkan hidup kakak you sendiri.” Bisik Estella kesedihan.

“Daddy, I love him so much daddy. I nak convert Islam.” Ucap gadis itu suatu hari. Ayahnya terkejut bukan kepalang. Dia juga sama apabila mendengar bicara Zoey.

“Apa you mengarut ni Zoey? You dah gila?” Tengking Steven Wong.

Gadis itu tunduk diam. Mata Estella tidak putus-putus memandang wajah si adik yang nampak tenang.

“Don’t talk about that silly things ever again. Daddy mahu you pulang ke rumah ini, bukan untuk dengar cakap-cakap mengarut you tu.”

“I bukan mengarut daddy, I serius. I nak kahwin dengan Zainal.”

“Zainal? Siapa dia?”

“He’s the man I loved.”

“Oh so you dah jatuh cinta dengan orang melayu, sebab tu you sanggup tukar agama kita? You sangka dengan cara ini, you boleh kahwin dengan dia? Daddy takkan benarkan. Walau daddy mati sekalipun, I won’t let you marry him. Enough of this!” Putus Steven Wong.

Zoey terdiam. Lirikan matanya singgah ke wajah Estella pula, namun Estella hanya diam. Dia tidak ingin campur tangan di saat-saat hati ayahnya bergolak dengan seribu kemarahan. Namun dia benar-benar ingin tahu siapa Zainal yang dimaksudkan oleh adiknya itu.

“He’s the man I loved!” Kata-kata Zoey menyentuh gegendang telinganya. Dia bagaikan terpaku. Zainal Ikram! Lelaki itu yang dimaksudkan oleh Zoey sebenarnya. Namun lelaki yang dicintai oleh adiknya itu sudah bertunang dengan seorang anak ahli perniagaan Mana mungkin dia benarkan Zoey campurtangan dalam hidup lelaki yang sudah memiliki tunang.

“Kenapa you tiba-tiba nak kahwin dengan lelaki itu? What is the reason?”

“I love him kakak.”

“Yeah you have told me that, but why suddenly? Selalunya you tak begini. What’s wrong with you Zoey?” Dia bertanya, ingin tahu. Sikap Zoey benar-benar membuatkan dia termangu sendirian. Rasa aneh seiring dengan pelbagai pertanyaan yang menghujani kepalanya.

Zoey terdiam. Lama matanya terpaku pada wajah Estella yang turut menatap ke arahnya. Hatinya berkecamuk. Wajahnya turut muram. Pertanyaan demi pertanyaan singgah, membuatkan dia serba-salah.

“Zoey, please beritahu I apa yang tak kena?” Desak Estella.

Perlahan-lahan anak gadis itu mengangkat wajahnya. Mata Estella dipandangnya dengan wajah resah. “Kakak, I’m pregnant!”

Estella tersentak. Wajah itu dipandang, bagaikan ingin meminta kepastian. Zoey mengangguk, membuatkan kepala Estella bagaikan hendak pusing.

“Zoey, what have you done?” Bisik Estella bagaikan enggan percaya. Mata Zoey mula digenangi air. Dia tunduk, tidak berani memandang ke arah Estella lagi.

* * * *

Engku Iskandar termenung panjang. Resah hatinya tak kunjung padam sejak kelmarin. Risau dalam hatinya sering bergolak sejak dia pulang dari Hotel Istana kelmarin. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini dia jadi kurang berhati-hati bila bercakap. Mujur dia sempat melarikan diri bila Nashriq tiba-tiba muncul ketika itu.

Namun bukan hanya Nashriq seorang yang dibimbangkannya, malah Estella juga. Suara wanita itu menegur Nashriq membuatkan jantungnya berdegup kencang. Mujurlah dia tidak sempat berkata yang bukan-bukan terhadap Reyna. Entah bagaimana jika reaksi Estella jika tahu apa yang dirancangkannya bersama Reyna di belakang wanita itu dalam diam-diam.

“You rasa Estella dan Nashriq dengar apa yang kita bincangkan tadi?” Suaranya gementar ketika menghubungi Reyna malam semalam. Wanita itu terdiam, namun helaan nafasnya kelihatan keras.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa muslihat Engku Iskandar sebenarnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience