Rate

Chapter 160

Romance Completed 26118

Bab 160

Tentang salah I pada you. Tentang salah I pada Zainal dan pada ibu kandung you. I’m totally wrong this time Naz. I benar-benar kesal.” Estella mengesat airmata yang semakin lebat mengalir, sedang Nashriq pula dengan kekeliruan yang semakin menebal.

“You memang mabuk teruk kali ini. You nak I panggilkan sesiapa untuk ambil you di sini?” Tanya Nashriq. Dia benar-benar tidak mahu melayan wanita itu lagi. Semakin dilayan, dia semakin pening kepala sedangkan otaknya sudah tersarat dengan pelbagai masalah.

“Nashriq, I mak cik you. I am your aunt.”

Nashriq tercengang. Lama kemudian dia tertawa. “Yeah, I memang tahu itu. You memang boleh jadi auntie I, umur you pun lebih kurang sebaya dengan umi I.”

“No, that’s not what I mean. I am really your aunt. Your truly aunt in this world.” Bisik Estella sebelum kepalanya terkulai jatuh. Nashriq terpempan. Ketawanya tiba-tiba mati. Kepalanya sarat dengan pelbagai persoalan.

******

“Tengok, apa Hana beli pada mak. Cantikkan?” Dia menunjukkan pakaian yang dibelinya seraya menggayakan ke tubuh wanita itu. Maisara mengangguk sambil tertawa. “Cantik. Hana beli untuk mak?”

“Habis untuk siapa lagi?” Duha Maisara tersenyum.

“Mak nak pakai malam ni. Doktor Habibah kata, malam ni ada majlis dekat sini. Ada orang besar nak datang.” Cerita Maisara tak putus-putus.

“Orang besar?” Duha Maisara mengerutkan dahinya. Dia berpaling memandang ke arah jururawat yang berada di sisi ibunya.

“Majlis apa nak diadakan malam ni? Siapa yang nak datang?”

Jururawat itu sekadar tersenyum. “Ada seorang penyumbang institusi ni nak datang melawat di sini malam ni, jadi doktor Habibah buat persiapan sedikit. Bukanlah sambutan yang besar pun, cuma sekadar majlis sambutan biasa sahaja dan sedikit makan-makan,” jelas jururawat itu.

Duha Maisara hanya mengangguk. Dia tidak berniat mahu menyambung pertanyaan. Tumpuannya beralih ke arah ibunya yang masih leka membelek bajunya. Melihat wajah riang ibunya, sedikit sebanyak hatinya tersentuh.

“Mak, bila mak dah sihat sepenuhnya nanti, Hana janji yang kita akan pergi dari sini. Kita akan mulakan hidup baru berdua sahaja.”

Maisara mengangkat mukanya memandang si anak.

“Ayah?” Dia bertanya.

Duha Maisara terpaku. Ayah dah tak ada mak. Dia sudah pergi dari hidup kita buat selama-lamanya. Namun kata-kata itu terlontar dari hati bukan suaranya. Dia tahu akal ibunya masih belum pulih sepenuhnya. Wanita itu tidak mampu mengingati apa yang telah terjadi selama dua belas tahun ini. Mungkin lebih baik begitu. Sedangkan dia sendiri mahu terus melupakan semua yang pernah berlaku dulu dan sekarang. Apa gunanya dia mencari masa lampau yang sedikit demi sedikit mula melukakan hatinya.

“Janji dengan aku yang kau takkan berhenti dari sini, kecuali aku yang menghalau kau pergi,” amaran lelaki itu masih segar dalam ingatannya. Dia tahu tindakannya kali ini akan mengundang marah lelaki itu tapi dia terpaksa. Dia sudah tidak sanggup dihina dan dicaci sesuka hati. Cukuplah pengalaman yang sudah-sudah.

“Jangan awak muncul di hadapan anak saya lagi. Dan jangan sesekali berangan nak hidup di samping Nashriq. Saya sesekali takkan benarkan itu berlaku.” Kata-kata Engku Latifah pula muncul. Duha Maisara meraup wajahnya dengan tangan. Dia benar-benar bingung.

“Hana…” panggil ibunya. Dia berpaling. Wajah wanita itu kelihatan sayu memandangnya. “Kenapa Hana nangis? Hana marah mak?” Wanita itu mengesat airmata di pipinya. Dia menggeleng. Namun pertanyaan itu lebih mengundang kepiluan yang terus hadir dalam hatinya.

* * * *

Doktor Habibah tergaman apabila melihat kelibat Duha Maisara sedang duduk sendirian di laman hadapan institusi itu. Dia tidak jadi melangkah ke arah biliknya, sebaliknya kakinya dihela menuju ke arah gadis itu. Duha Maisara bagaikan tidak menyedari kedatangannya.

Doktor Habibah memandang arah mata Duha Maisara yang merenung sesuatu. Dia tersenyum simpul. Dia tahu gadis itu tentunya memikirkan ibunya. Dia duduk senyap-senyap di sisi gadis itu. Bahu Duha Maisara disentuh perlahan. Gadis itu menoleh.

“Doktor…” dia bersuara perlahan.

“Ralit sangat, apa yang difikirkan?” Tegur doktor itu.

Duha Maisara menggeleng. Dia hanya tersenyum.

“Takkan Duha masih bimbangkan ibu Duha. Saya rasa dia semakin bertambah sihat. Lambat laun, dia pasti pulih seperti sediakala.” Ujar Doktor Habibah, cuba menenangkan gadis itu.

“Saya tak risaukan itu, saya yakin ibu saya akan pulih semula. Cuma….” Kata-kata gadis itu terhenti seketika. Doktor Habibah menoleh.

“Tapi apa?’

Duha Maisara melepaskan keluhan. Dia benar-benar serba-salah mahu meneruskan kata-kata. Tapi selagi tak dinyatakan apa yang terbendung di fikirannya, selagi itulah dia akan terus dihimpit rasa tidak senang.

“Doktor ingat lagi yang saya pernah minta dengan doktor supaya ibu saya boleh pulang ke rumah kan?” Gadis itu melontarkan pandangan resah.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Duha mempunyai permintaan terhadap Dr Habibah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience