Rate

Chapter 102

Romance Completed 26118

Bab 102

Silap-silap hari bulan, dia boleh menyingkirkan hak Nashriq dalam syarikat itu begitu sahaja. Engku Iskandar terus tertawa senang hati.

******

Malam itu Duha Maisara bersiap seadanya. Dengan sedikit lipstick dioles ke bibirnya dan disapu bedak halus, dia sudah bersedia. Matanya menjeling jam di dinding, hampir pukul 7.50 malam. Mungkin sekejap lagi Nashriq akan sampai, bisik hati Duha Maisara, cuba memujuk hatinya sendiri.

Lelaki itu berjanji akan menelefonnya jika sudah sampai. Dia sendiri tidak mahu Nashriq menjemputnya sampai ke atas, kerana bimbang Zafran tiba-tiba balik.

Namun mendengar bunyi loceng pintu ditekan, dahi Duha Maisara berkerut. Takkan Zafran, lagipun lelaki itu ada syif pada malam itu. Barangkali Nashriq, duga Duha Maisara. Aduh! Bukankah aku sudah katakan jangan menjemputku sampai ke atas, rungutnya tanpa sedar.

Dia terus bergegas membuka pintu. Sebaik daun pintu terkuak, dada Duha Maisara berdegup kencang. Dia terpaku bagaikan tidak percaya. Bustaman berdiri di hadapannya sambil tersenyum hambar.

“Duha, apa khabar?” Tanya Bustaman serba-salah. Wajah Duha Maisara yang terkejut membuatkan dia tidak berani melangkah masuk.

Bunyi derap sepatu melangkah, membuatkan Duha Maisara berpaling ke arah belakang ayahnya. Melihat wajah Duha Maisara yang berubah, Bustaman turut berpaling. Dia terkejut besar melihat seorang lelaki muncul tiba-tiba di situ.

“Kau?” Soal Bustaman tidak percaya. Lelaki itu turut terkejut melihatnya. Apabila Nashriq memandang ke arah Duha Maisara, wajah gadis itu seperti kebingungan.

* * * *

Duha Maisara bagaikan tidak dapat mempercayai apa yang didengarinya dari mulut Bustaman. Setiap kali ayahnya bercerita, setiap kali itu jugalah dia merenung Nashriq yang kelihatan selamba. Entah mengapa dia seperti mahu menangis saat itu juga.

Hatinya tiba-tiba meradang. Bukan pada ayahnya tapi pada Nashriq yang berbohong padanya selama ini. Lelaki itu tahu bahawa dia separuh gila mencari ayahnya, tapi Nashriq hanya berdiam diri selama ini. Tiada satu khabar ayahnya sampai ke telinganya, padahal Nashriq yang mengaturkan supaya ayahnya bekerja di sebuah kedai menjual perabot di Pulau Pinang selama ini. Malah lelaki itu juga sejak awal-awal lagi membantu ayahnya melangsaikan hutangnya dengan Black.

“Ayah minta maaf pada Duha, sebab terlalu banyak menyusahkan Duha selama ini. Ayah dah serik Duha. Ayah berjanji takkan berjudi lagi. Rupa-rupanya Tuhan masih kasihankan ayah. Tuhan hantar Encik Nashriq ni untuk bantu ayah. Ayah benar-benar bersyukur Duha.” Ujar Bustaman.

Duha Maisara hanya diam. Dia memandang Nashriq. Lelaki itu turut menatapnya. Pandangan Duha Maisara beralih ke arah ayahnya.

“Berapa ayah berhutang dengan Black sebenarnya?” Tanya gadis itu.

“Hampir RM50,000.” Ujar Bustaman serba salah.

Duha Maisara tersentak. Banyaknya. Mana dia mahu mencari duit sebanyak itu untuk membayar kepada Nashriq? Dia mengeluh.

“Beginilah, Duha minta ayah jangan ke mana-mana malam ni. Ayah tinggal kat sini malam ni. Nanti Duha telefon abang minta abang balik jumpa ayah. Dah lama abang tak jumpa ayah, dia rindu sangat pada ayah. Tapi satu saja Duha minta, ayah jangan ceritakan apa-apa pada abang tentang hutang ayah. Rekalah apa saja cerita, tapi jangan sesekali beritahu abang fasal hal ni.” Ujar Duha Maisara seraya bingkas bangun.

“Duha nak ke mana ni?” Tanya Bustaman apabila melihat Duha Maisara melangkah ke arah pintu. Gadis itu berpaling.

“Duha nak keluar sekejap,” ujarnya ringkas seraya mula menghilang di sebalik pintu. Melihat reaksi Duha Maisara yang tidak menantinya, Nashriq segera mengejar gadis itu.

Langkah Duha Maisara dihela pantas ke arah taman di sebelah bangunan apartment itu. Nashriq sedaya upaya mengejar. Nama Duha Maisara dilaung, namun gadis itu langsung tidak mengendahkannya.

Apabila dia semakin menghampiri, lengan Duha Maisara dipaut kasar menyebabkan gadis itu tersentak. Tubuh Duha Maisara hampir melayang ke arahnya.

“Kenapa ni?” Tanya Nashriq ingin tahu. Mata Duha Maisara masih menikam wajahnya. Bibir anak gadis itu diketapkan.

“Saya nak bersendirian malam ni, awak balik dulu. Please..” pinta Duha Maisara. Dia segera meleraikan pegangan tangan Nashriq, menyebabkan anak muda itu tergamam. Duha Maisara melangkah ke arah kerusi batu di tepi taman. Dia berlabuh di salah satu kerusi di situ. Nashriq masih tercegat memerhatikannya. Dia sebenarnya tidak mengerti dengan sikap Duha Maisara. Marahkan akukah?

Melihat reaksi Duha Maisara acuh tak acuh terhadapnya, Nashriq semakin geram. Dia melangkah pantas ke hadapan gadis itu.

“Kau marahkan aku ke?” Soal Nashriq serius.

Duha Maisara terdiam.

“Apa yang tak kena ni? Kalau ada apa-apa, beritahu aku. Jangan buat aku macam orang bodoh, duduk menunggu di sini macam tunggul.” Marah Nashriq. Duha Maisara merenung lelaki di hadapannya. Matanya bertembung dengan renungan Nashriq yang kelihatan dingin.

...bersambung

Bab akan datang:

Mengapa dengan sikap Nashriq yang sering memarahinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience