Rate

Chapter 89

Romance Completed 26118

Bab 89

Dia ingin menerjah ke arah wanita itu. Namun langkahnya terhenti tatkala merasakan satu sentuhan lembut singgah di bahunya. Dia berpaling, pantas. Sejurus matanya bertembung pandang dengan sepasang mata yang redup dingin. Nashriq terpempan.

Estella Wong berdiri di hadapannya sambil merenung tajam ke wajah anak muda di hadapannya. Nashriq membalas pandangan itu dengan berani.

“You siapa? Apa you buat di sini?” Soal Estella dengan suara meninggi.

“This is a public area, why shouldn’t I stand here?” Soal Nashriq pula.

Mendengar suara Estella Wong, Reyna Tan segera berpaling. Dia tergaman melihat Nashriq, seraya mengisyaratkan sesuatu pada teman berbualnya.

“Estella..” sapa Reyna Tan sambil menjeling ke arah Nashriq.

Nashriq merenung wanita di hadapannya diam-diam. Hampir mencecah 40an tapi masih kelihatan jelita. Potongan badannya langsing dan kena dengan dress hitam yang agak sendat itu. Tapi yang paling ingin diketahuinya ialah rahsia wanita itu serta pembelian Vila Kecil milik ayahnya 12 tahun yang lalu.

“Estella Wong dari A&K Corporation kan?” Ujar Nashriq tiba-tiba. Wanita itu seakan tergaman mendengar kata-katanya. Nashriq tersenyum seraya menghulurkan tangannya.

“Nashriq. Nashriq Adli dari Mega Timur Construction.” Dia memperkenalkan dirinya. Wanita itu tergaman sebaik Nashriq menyebut namanya. Reyna Tan di sisi wanita itu juga kelihatan terkejut. Nashriq menyedarinya, namun dia pura-pura tidak mengerti. Lagipun tidak ramai kenalan-kenalan perniagaan ibunya yang mengenalinya kerana sikapnya yang sedikit ‘low profile’.

“You Nashriq?” Tanya wanita itu perlahan.

Nashriq hanya mengangguk. Dia perasan wajah Estella Wong berubah pucat. Matanya tertumpu lama ke arah wanita yang tak putus-putus merenungnya. Entah kenapa pandangan wanita itu terhadapnya bagaikan membendung sesuatu.

******

Estella duduk termenung sendirian di ruang bacaan. Sejak pulang dari majlis tadi, dia tidak berminat lagi untuk menyambung kerja di pejabatnya, sebaliknya dia bergegas pulang. Reyna yang mempelawa untuk menemaninya, hanya dibalas dengan gelengan kepala. Sememangnya dia mahu bersendirian, tanpa gangguan sesiapa pun.

Entah kenapa ingatannya sejak tadi tertumpah pada raut wajah Nashriq yang kelihatan tenang. Dia sendiri tidak pernah menyangka suatu hari nanti, dia akan bertembung seperti itu dengan anak muda itu. Bukan dia tidak pernah terfikir akan pertemuan itu bakal terjadi suatu hari nanti. Hanya dia tidak menduga ianya secepat ini. Lebih-lebih lagi dalam keadaannya yang tidak bersedia.

Mata Nashriq mengingatkannya pada seseorang. Entah kenapa saat-saat yang ingin dilupakannya dulu singgah kembali mengundang resah. Menjerut tangkai hatinya.

“Damn it Zoey, you memang suka cari fasal! Suka peningkan kepala daddy. You nak jadi apa ni?” Marahnya dengan hati panas membakar. Namun anak gadis itu berwajah selamba berdiri di hadapannya.

“Suka hati Zoey lah nak buat apa, kakak jangan sibuk. You should mind your own bussiness.” Balas anak gadis itu. Bulat matanya menikam wajah adiknya. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini tutur kata Zoey semakin biadap.

“Kalau bukan daddy yang sibuk-sibuk suruh I cari you, tak ada masanya I nak habiskan masa I meredah seluruh kelab ni untuk cari you. Dahlah tu, you selalu balik malam-malam dalam keadaan mabuk. You tak pernah fikir ke perasan daddy?” Soalnya.

Zoey memandangnya tiba-tiba. Mata anak gadis itu bersinar-sinar. “Kenapa pula I yang kena ambil tahu perasaan dia, padahal perasaan I selama ini ada daddy peduli? Yang dia peduli cuma kakak, just you.”

“Apa you cakap ni Zoey?” Sergah Estella.

“Tak betul apa yang I cakap? Selama ini anak yang dia paling sayang cuma kakak. Kakak anak harapan dia, bijak, bercita-cita tinggi, ikut semua kemahuan diri. I pula dia tak pernah pandang.”

“Zoey!” Tengking Estella. Kata-kata Zoey semakin memarakkan marahnya. Ringan tangannya mahu naik ke wajah itu, namun dia cuba bersabar. Gadis yang keras hati seperti Zoey tidak boleh dilawan dengan kekerasan juga. Estella menarik nafas panjang. Wajah gadis itu ditenung.

“Daddy sayangkan you, Zoey. Sebab tu dia minta I pujuk you balik ke rumah. You haven’t come home since that day. Where have you been?” Soal Estella ingin tahu.

“I di rumah kawan?”

“Kawan yang mana satu?”

Mata Zoey mencerlung tajam. “Please la kakak, don’t ever bother me again, will you? I dah muak duduk rumah, asyik-asyik pandang muka daddy dengan you.”

Estella mengesat airmata yang bertakung di pelupuk matanya. Dia menatap hiba ke arah potret keluarganya yang kini hanya tinggal dirinya seorang. Dia sendiri tidak tahu apakah punca keluarga yang dulu bahagia kini berpecah belah. Setelah ibunya meninggal kerana satu tragedi, Zoey mula berubah sikap. Adiknya itu mula ponteng sekolah dan berjinak-jinak dengan kelab malam dan arak. Ayahnya pula sibuk dengan perniagaan.

...bersambung

Bab akan datang:

Tragedi apa yang menimpa ibu mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience