Rate

Chapter 131

Romance Completed 26118

Bab 131

Mendengar cerita Katrina, Suraya termenung panjang. Kenapa agaknya? Dia juga perasan, wanita itu seolah tidak suka apabila dia menyebut tentang Duha Maisara tempoh hari.

“Nashriq bawa Duha Maisara ke Pulau Pinang?”

“Yup, itulah yang aku dengar. Kenapa? Kau cemburu?” Katrina tersengih. Isi hati teman baiknya itu cuba diduga.

Suraya tersenyum.

“Aku rasa memang patut kau cemburu. Perempuan yang kerja dengan Nashriq tu cantik orangnya. Aku dengar Nashriq yang syorkan dia bekerja di sini.” Cerita Katrina.

Suraya tercengang. Matanya bulat memandang temannya itu.

“Maksud kau?”

“Kau tak tahu? Aku ingat kau dah tahu semua cerita tentang Duha Maisara. Kata orang dia tak ada kelulusan tinggi untuk bekerja sebagai pembantu Encik Nashriq. Tapi dia dapat bekerja di sini kerana dia baik dengan Encik Nashriq. Tapi ada orang kat Jabatan Audit pernah nampak Encik Nashriq dan perempuan tu tengah makan tengahari bersama, siap berpegangan tangan lagi. Tapi aku tak tahulah betul ke tidak. Kau pun tahulah pekerja-pekerja kat sini suka bergossip. Yang kecil sengaja diperbesar-besarkan.” Ujar Katrina.

Suraya terus terdiam. Kata-kata Katrina membuatkan dia gusar. Betulkah begitu? Ah, tak mungkin! Duha Maisara kelihatan baik, takkan dia sengaja mengambil peluang mendekati Nashriq. Suraya menggelengkan kepalanya. Cuba menolak segala kemungkinan yang mula bersarang dalam kepalanya. Dia tidak mahu terlalu cepat buruk sangka terhadap gadis itu.

Namun kata-kata Katrina sedikit sebanyak meninggalkan kesan pada Suraya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berperasaan begitu. Entah kenapa kata-kata Engku Latifah dua malam sebelumnya membuatkan dia kembali teringatkan kata-kata wanita itu.

“Auntie nak Sue dan Nashriq bertunang cepat-cepat. Tak payah bertunang lama, lepas sebulan terus kahwin. Senang begitu.”

“Tapi kenapa cepat sangat auntie? Sue takut Naz tak setuju.”

“Soal itu Sue jangan bimbang, auntie akan pujuk dia. Lagipun auntie nak Sue yang jadi menantu auntie, bukannya perempuan sebarangan.” Ujar wanita itu.

Mulanya dia hairan juga mendengar kata-kata Engku Latifah. Malah sewaktu wanita itu menyebut ‘perempuan sebarangan’, wajahnya seperti menyimpan perasaan marah. Dia mula terfikir, apakah pertunangan yang mahu diatur antaranya dengan Nashriq semata-mata kerana bimbang Nashriq berhubungan dengan perempuan lain? Itukah maksud sebenar Engku Latifah?

“Sue kena pandai ambil hati Nashriq, ikat hatinya biar jangan lepas,” pesan Engku Latifah lagi apabila ditinggal berdua. Ayahnya Dato’ Mustadza ketika itu meminta diri ke ‘restroom’.

“Maksud auntie?” Dia malu-malu bertanya.

“Yalah, Sue kena rajin tawan hati Naz. Auntie tahu Naz tu sukakan Sue, cuma dia malu nak mengaku.” Ujar wanita itu lagi.

Dia pula hanya diam. Dia sendiri tidak tahu apakah kata-kata itu benar atau sekadar mahu menyedapkan hatinya sahaja. Namun ketika itu, sedikit sebanyak dia gembira kerana mendapat sokongan wanita itu.

Tapi kini, dia sudah tidak tahu patutkah dia terus dengan rasa gembiranya atau bimbang dengan kenyataan yang Nashriq sebenarnya tidak menyukainya. Sejak dulu sehingga kini, layanan Nashriq padanya biasa-biasa sahaja. Malah tidak ada langsung tanda-tanda lelaki itu menyukainya.

“Suraya, minta maklumat dari bahagian pentadbiran tentang tetamu yang nak datang minggu hadapan,” kepala ketuanya Mahira terjengul masuk. Suraya terpegun. Namun melihat renungan tajam Mahira yang sentiasa serius, dia sekadar mengangguk.

Hendak tak hendak, Suraya terus menaiki lift ke ruang pentadbiran. Dia harus menyelesaikan kerjanya secepat yang mungkin jika tidak mahu Mahira, si singa betina itu mengamuk awal-awal pagi begini.

Namun ketika melintasi ruang pentadbiran itu, kelibat seorang lelaki yang sedang berbual-bual dengan Anis, membuatkan mata Suraya tertumpu ke arahnya. Macam kenal, bisik Suraya meskipun dia sekadar memandang dari arah belakang.

“Tolonglah, beri saya alamat dan nombor telefon bos awak. Saya perlu bercakap dengan dia,” pinta lelaki itu.

“Maaf encik, saya tak boleh beri nombor telefon ketua saya sebarangan pada encik. Ini dah memang menjadi protokol dalam syarikat.” Anis menolak dengan cara baik.

Zafran mengeluh. Gadis di hadapannya itu memang agak degil. Hampir sepuluh minit dia merayu tanpa henti, tapi gadis itu tetap berdegil.

“Zafran? Doktor Zafran?”

Zafran tergamam apabila mendengar namanya diseru. Dia lekas berpaling. Seorang gadis manis leka memerhatikan wajahnya yang nampak kusut.

“You ingat I lagi? I Suraya,” ujar Suraya apabila melihat lelaki itu seolah-olah tidak mengingatinya.

Suraya? Zafran memerhatikan wajah itu. Dia masih ingat gadis itu. Itulah gadis yang menjadi pesakit Doktor Helmi sekaligus kenalan Duha Maisara di situ. Namun melihat wajah Suraya yang nampak keliru, serta-merta Zafran mengeluh. Entah bagaimana lagi harus dia mencari jalan menemui Nashriq Adli, lelaki yang menjadi ketua Duha Maisara di pejabat itu?

...bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Zafran datang ke pejabat Mega Timur?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience