Rate

Chapter 214

Romance Completed 26118

Bab 214

Perlahan-lahan Estella membuka mata. Merenung syiling putih yang serba asing. Lama kemudian barulah dia berpaling ke sisinya. Wajah Reyna yang keresahan direnung lama.

“Kenapa dengan you? Sepatutnya you dah tahu inilah satu-satunya penamat untuk hidup I bukan?” Estella bersuara lemah.

“Hidup sebagai anak seorang kongsi gelap, ditembak atau dibunuh hanya perkara biasa. Kenapa you harus rasa bersalah di atas perkara yang memang telah ditakdirkan untuk orang macam I Reyna?”

“Jangan cakap semua ni Es.” Pintas Reyna.

“Semua ni benar Reyna. Inilah hidup yang I tak mahu. Kalau boleh I nak buang hidup seperti ini, tapi I tak mampu. Dan I juga tak mahu Nashriq jalani hidup yang sama macam I.”

“Maafkan I Es, I bersalah pada you.”

“Jangan ucapkan maaf pada I. Kalau you benar-benar rasa bersalah pada I, tolong I masukkan Albert dalam penjara. Bantu I Reyna,” rayu Estella.

Reyna tergaman kaku. Permintaan Estella membuatkan dia serba salah. Membantu Estella sama seperti dia menjerat kepalanya sendiri. Albert terlalu pintar untuk dibohongi. Sejurus dia merancangkan sesuatu, Albert pasti dapat membaca ada sesuatu yang tidak kena. Dia tidak tahu apa yang patut diucapkannya. Fikirannya benar-benar buntu.

******

Zafran memeriksa kadar denyutan nadi pesakit di hadapannya. Semuanya normal. Dia tersenyum memandang wanita tua di hadapannya. “Makcik dah sihat ni, tak lama lagi bolehlah keluar hospital.”

“Tapi kepala makcik ni sakit sangat dua tiga hari ni. Kenapa agaknya doktor?” Wanita itu bertanya.

“Tak ada apa-apa, mungkin kesan dari ubat yang makcik makan agaknya.” Balas Zafran. Dia menulis sesuatu di dalam catatan log pesakit. Matanya tiba-tiba terpandang kelibat Duha Maisara di luar bilik. Gadis itu sedang memandangnya. Dahi Zafran berkerut. Wajah Duha Maisara kelihatan rungsing. Dia segera bergegas keluar.

“Kenapa Duha datang ke mari? Ada apa-apa yang tak kena ke?” Soal Zafran risau.

“Abang sibuk?” Soal gadis itu.

Zafran tidak menjawab. Matanya terpandang lengan Duha Maisara yang terdapat kesan luka. Sepantas kilat dia menarik lengan gadis itu. Matanya menjamah wajah Duha Maisara yang serba salah. “Mana datangnya luka ni?” Soalnya ingin tahu.

“Tak ada apa-apa, sikit aje. Duha jatuh tadi.” Balas gadis itu.

“Mari ikut abang, kita sapu ubat. Tak boleh dibiarkan macam ni je,” ujar Zafran seraya menghela tangan Duha Maisara ke arah bilik rehat doktor-doktor pelatih. Duha Maisara tiada pilihan lain hanya mengikut lelaki itu.

Zafran sibuk mencari-cari kotak ubat di dalam salah satu laci. Seketika kemudian, Zafran sudah di hadapan Duha Maisara dengan peti First Aid di tangannya. Luka di tangan gadis itu dibersihkan dengan berhati-hati. Diam-diam Duha Maisara memandang wajah Zafran yang kelihatan serius. Wajah itu direnung lama tidak mahu lepas. Zafran mendongak memandang Duha Maisara. Namun Duha Maisara tidak melarikan matanya, sebaliknya dia hanya tersenyum. Wajah Zafran berkerut.

“Kenapa Duha pandang abang macam tu?”

Gadis itu terus ketawa. “Baru Duha perasan, abang ni boleh tahan sebenarnya. Handsome. Alangkah bagusnya kalau Duha benar-benar jatuh cinta dengan abang.” Ucap Duha Maisara perlahan. Zafran tergaman. Entah kenapa kata-kata gadis itu kelihatan janggal di telinganya. Namun dia pura-pura tidak mendengar.

“Abang, Duha nak pergi dari sini,” bisik Duha Maisara lagi. Lembut. Zafran terkejut besar. Dia mendongak pantas. Pandangannya bertembung dengan sepasang mata jernih itu sedang memandangnya.

“Apa Duha merepek ni?” Dia tidak senang dengan kata-kata Duha Maisara kali ini.

“Duha nak pergi. Duha nak tinggalkan tempat ni.” Gadis itu bersuara serius.

“Siapa yang Duha nak elakkan? Abang atau Nashriq?” Mata Zafran menikam tepat ke wajah Duha Maisara. Gadis itu terdiam. Dia bingkas bangun lalu melangkah ke arah jendela. Matanya memandang jauh ke luar tingkap.

“Duha boleh elakkan diri dari Nashriq, tapi jangan sesekali elakkan diri dari abang. Abang tak boleh kehilangan Duha.” Rintih Zafran sayu.

Duha Maisara memalingkan wajahnya. Merenung sepasang mata Zafran yang kelihatan lesu. Entah kenapa hatinya sedih dengan ungkapan yang keluar dari mulut Zafran. Berulangkali dia mendengarnya. Hasrat Zafran suci dan tulus. Tapi kesucian dan ketulusan sekeping hati milik Zafran tidak layak diperolehinya. Zafran terlalu baik untuknya.

******

Estella menyelak langsir panjang di bilik itu perlahan-lahan. Matanya meresap jauh ke bawah. Sekawan kanak-kanak berlari riang di dataran rumput tebal. Salah seorang kanak-kanak yang berbadan agak besar terkedek-kedek mengejar kawan-kawannya yang berbadan ringan. Estella tertawa sendiri. Entah kenapa panorama itu cukup melucukannya.

Derap bunyi sepatu mencecah lantai kedengaran di belakangnya. Estella meneruskan tawanya tanpa menoleh.

“Jason, you lihat tu. Kelakar betul budak-budak tu. Ada ke yang gemuk tu kena kejar budak-budak kurus tu.” Gelak Estella.

...bersambung

Bab akan datang:

Bagaimanakah Duha ingin menghadapi semua ini? Mampukah Duha bertahan dengan dugaan hidup yang melandanya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience