Rate

Chapter 44

Romance Completed 26118

Bab 44

“Kau sangka aku teringin nak buat benda tak senonoh dengan kau, begitu? Cik Duha, aku cuma minta kau temankan aku, itu saja. Temankan aku minum, temankan aku bila mood aku tak baik. Kalau kau tak suka, kau tak perlu berbual-bual dengan aku. Aku tak peduli sama ada kau mahu bercakap atau tidak. Kalau aku teringin nak buat sesuatu, aku takkan pilih kau.” Ujar lelaki itu sinis.

Duha Maisara tergamam dengan kata-kata lelaki itu. Entah kenapa dia malu sendiri. Tapi sikap lelaki itu kedengaran aneh. Betul ke dia takkan apa-apakan aku, hanya menemaninya saja? Tapi tawaran RM1000 itu agak lumayan, mungkin dengan wang itu, aku boleh tolong ayah melangsaikan hutangnya, fikir Duha Maisara.

******

Lama matanya menjunam ke arah wang kertas berjumlah RM1000 yang diperolehinya tadi. Dia mula ragu-ragu, apakah tindakannya tepat? Tapi kalau difikirkan, tak salah dia menerima wang itu. Lagipun syarat lelaki itu hanya menyuruh dia menemani nya, bukannya melakukan sesuatu yang lain.

RM1000 untuk setiap kali menemani lelaki itu. Bagaimana kalau seratus kali? Mahukah dia memberikan aku RM100,000? Hanya orang gila sahaja yang memberi wang sekadar untuk menemaninya duduk termenung.

Memikirkan lelaki itu, hati Duha Maisara dipenuhi tanda tanya. Sepanjang malam lelaki itu diam sahaja sambil menonton televisyen di bilik VIP itu. Sepatah suara tidak keluar dari mulutnya. Sesekali lelaki itu menghirup air oren yang dibawa oleh pelayan. Sedikit sebanyak hati Duha Maisara lega kerana lelaki itu tidak memesan arak. Jika tidak, bimbang juga dia jika lelaki itu mabuk-mabuk.

Dalam diam-diam dia tak mampu melarikan matanya dari merenung lelaki itu. Meskipun airmuka lelaki itu dingin, entah kenapa dia tidak rasa lelaki itu berniat jahat terhadapnya. Malah lelaki itu sudah dua kali membantunya. Pertama kali di balai polis dan kali kedua ketika dia diburu musuh-musuh ayahnya. Mengenangkan kejadian di balai polis tempohari, Duha Maisara baru teringat yang dia masih menyimpan kot lelaki itu di rumahnya. Entah bila baru dia dapat memulangkan kot itu agaknya.

Bagaimanapun wajah itu membuatkan hatinya merasakan sesuatu perasan aneh mula bersarang di jiwanya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dan bila ianya bermula. Namun kali pertama menatap wajah itu lagi, hatinya seakan bergolak. Satu perasaan yang tak mampu dilakar dengan kata-kata.

“Apa yang dimenungkan tu?” Tegur Zafran tiba-tiba muncul. Duha Maisara terkejut. Cepat-cepat dia menyimpan not-not yang dipegangnya. Dia tidak mahu Zafran tahu apa yang berlaku.

“Duha ingatkan abang tak balik hari ni. Bila abang sampai?” Tanya Duha Maisara. Dia memang maklum dengan Zafran yang sentiasa sibuk di hospital. Jarang-jarang dia bermalam di rumah. Namun adakala Duha Maisara dapat merasakan yang Zafran sengaja bermalam di hospital. Sejak dia menumpang di rumah itu, hanya sekali Zafran bermalam. Selepas itu masanya banyak dihabiskan di hospital. Jika dia balik pun pada sebelah petang. Lewat tengah malam, Zafran akan keluar semula.

Sedikit sebanyak Duha Maisara rasa lega. Sekurang-kurangnya Zafran tidak akan tahu ke mana dia menghilangkan dirinya setiap dua malam. Sampai sekarang Zafran tidak tahu tentang kerjanya di Blue Ocean.

Lagipun dengan adanya Zafran di rumah itu bersamanya, dia akan merasa kekok. Bimbang juga ada. Meskipun jiran-jiran Zafran sudah mengenalinya sebagai adik Zafran, hakikatnya hanya dia dan Zafran yang tahu.

“Abang beli makanan untuk Duha, jom kita makan,” ajak Zafran seraya menarik tangan gadis itu. Duha Maisara segera mengekori Zafran ke ruang makan. Terkejut dia melihat makanan dan kek yang memenuhi meja makan. Dia memandang Zafran, tidak mengerti. Lelaki itu tergelak.

“Duha lupa tarikh hari ini?” Tanya Zafran lembut.

Dia menggeleng. Memang dia tidak tahu apa maksud makanan yang memenuhi meja itu. Bukan harijadinya juga, mungkinkah harijadi lelaki itu? Tapi seingatnya harijadi lelaki itu disambut pada setiap April. Jadi tarikh keramat apakah yang sedang mereka raikan sekarang?

“Duha ni teruklah, benda macam tu pun boleh lupa.” Zafran tergelak besar. Duha Maisara juga tertawa. Dia memang pelupa soal mengingat tarikh. Sejak dulu dia begitu.

Zafran menarik tangan gadis itu ke dadanya. Duha Maisara terkejut, namun dia hanya membiarkan. Mata Zafran kelihatan romantis memandangnya. “Hari ni, adalah tarikh pertemuan kita yang pertama. Tarikh di mana Duha, abang dan ayah bertemu. Saat itu adalah saat yang paling istimewa bagi diri abang. Saat yang harus kita raikan setiap tahun.” Bisik Zafran.

Duha Maisara terdiam. Dia masih ingat setiap inci pertemuannya dengan Zafran. Siapa sangka sudah berbelas tahun masa berlalu. Kini mereka sama-sama dewasa. Sama-sama menjaga antara satu sama lain.

Memandang Zafran, entah kenapa hati Duha Maisara jadi sebak.

...bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Duha merasa begitu sebak apabila melihat wajah Zafran? Mungkinkah dia terkenangkan sesuatu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience