Rate

Chapter 138

Romance Completed 26118

Bab 138

“Kenapa Hana nangis? Hana tak suka tengok mak?” Soal Maisara. Meskipun dia kenal gadis di hadapannya itu tapi dia belum sepenuhnya pulih. Sikapnya bertukar keanak-anakan.

“Mak betul-betul ingat siapa Hana?” Duha Maisara inginkan kepastian. Dia masih belum yakin sepenuhnya. Wanita itu mengangguk sambil tertawa senang. Duha Maisara menoleh ke arah Doktor Habibah yang hanya tersenyum memandangnya.

“Keadaannya sebenarnya masih belum pulih sebenarnya, tapi ada peningkatan. Mungkin hari ini dia ingat siapa Duha, esok pula mungkin dia lupa. Tapi dengan ubat-ubatan yang diambil secara teratur, saya percaya lambat laun dia pasti akan pulih.” Ujar Doktor Habibah ketika bersiar-siar dengan gadis itu di taman bersebelahan bangunan Al-Raudah.

“Sejak bila dia mula ingat doktor?”

“Menurut jururawat yang bertugas menjaganya, dia mula mahu bercakap-cakap sejak minggu lepas. Waktu itu saya masih menghadiri persidangan di UKM.”

“Tapi aneh, kami berpisah hampir dua belas tahun lamanya. Kini saya dah dewasa, bagaimana ibu saya boleh mengenali siapa saya?”

Doktor Habibah tersenyum. “Tiada apa yang mustahil dalam dunia ni Duha. Meskipun otak pesakit berada dalam dunianya sendiri, tapi saya percaya setiap perkataan yang pernah Duha beritahu atau bualkan masih tersimpan dalam ingatannya. Tapi saya harap Duha boleh bersabar sementara. Kebanyakan pesakit yang semakin sembuh, biasanya akan bersikap keanak-anakan seperti ibu Duha. Mereka seolah kanak-kanak yang terperangkap dalam tubuh seorang dewasa.”

“Saya tak kisah itu semua doktor, asalkan ibu saya boleh mengingati saya cukuplah. Terima kasih atas pertolongan doktor selama ini.” Ucap Duha Maisara.

“Itu dah jadi tugas saya. Tapi ada seorang lagi yang perlu Duha ucapkan terima kasih, sebab dalam beberapa hari ini dia yang sering menemani ibu Duha.”

Duha Maisara mengerutkan dahinya. Siapa?

“Doktor Zafran sering berkunjung ke mari semasa Duha tidak ada. Dia banyak membantu dalam proses rawatan Makcik Jamilah. Dia bukan sahaja berbakat sebagai doktor bedah tapi nampaknya juga sebagai doktor psikiatri.” Doktor Habibah tertawa. Sedikit pun dia tidak perasan perubahan pada wajah Duha Maisara.

Dia sebenarnya bimbang apabila mendengar kata-kata Doktor Habibah itu. Bimbang jika rahsia yang disimpan selama ini terbongkar jua. Hanya dengan doktor itu sahaja dia berterus terang tentang ibunya, malah tidak ada seorang pun jururawat di situ tahu yang pesakit yang sering dikunjunginya adalah ibunya sendiri. Tapi kehadiran Zafran menemui ibunya, dibimbangkan akan menyebabkan rahsia itu terbongkar. Jika saat itu tiba, entah bagaimana dia mahu berhadapan dengan Zafran?

“Duha?” Panggil Doktor Habibah. Dia hairan apabila melihat wajah gadis itu muram tiba-tiba.

Duha Maisara memandang doktor itu tidak berkelip. Dia ingin menyatakan sesuatu sebenarnya, tapi bimbang jika doktor itu enggan setuju. Patutkah aku beritahu doktor itu segala-galanya?

“Boleh tak kalau Doktor Zafran datang lagi, saya harap doktor jangan ceritakan apa-apa tentang ibu saya. Saya tak mahu dia tahu.” Ujar Duha Maisara.

Doktor Habibah terperanjat mendengar permintaan gadis itu. Timbul rasa hairan dalam dirinya. Kenapa dia tidak mahu doktor Zafran tahu? Bukankah mereka adik beradik berlainan ibu? Begitulah yang diberitahu oleh gadis itu dahulu apabila ditanya tentang hubungannya dengan Zafran.

“Sebenarnya, saya dan Zafran bukan adik beradik, doktor.” Sebut Duha Maisara lambat-lambat. Seperti yang dijangka, wajah Doktor Habibah berubah.

“Saya..saya tak faham Duha.”

“Dua belas tahun yang lalu, saya terpisah dengan ibu saya. Saya diculik dan nyaris dijual ke seberang, tapi saya berjaya melepaskan diri. Tapi semasa melarikan diri, saya dilanggar oleh ayah Zafran. Dia yang bawa saya pulang. Mereka merawat dan menjaga saya. Tapi saya terpaksa berpura-pura hilang ingatan kerana saya menyangka ibu saya telah meninggal dunia. Sejak itu saya tinggal dengan keluarga Zafran.” Cerita Duha Maisara.

Doktor Habibah tercengang mendengar cerita itu.

“Nama saya Raihana Munif doktor. Duha Maisara bukanlah nama saya yang sebenar. Ia hanya sekadar nama untuk mengelakkan diri saya dari terus diburu oleh orang yang bertanggungjawab memusnahkan hidup keluarga saya.” Bisik Duha Maisara sambil mengesat airmata yang mengalir lesu di pipinya.

BAB 56

Dato’ Mustadza mengenggam buku limanya sekuat hati. Rasa geram dan marah datang sekaligus. Dia benar-benar tidak sangka keluarganya akan dimalukan begini di khalayak ramai. Dia benar-benar tidak dapat lupa apa yang telah berlaku semalam.

“Sudahlah ayah, lupakan sahaja semua tu.” Pujuk Sachary, bimbangkan tekanan darah orang tua itu akan naik lagi.

“Apa? Kamu nak ayah lupakan semua ini?” Jerkah lelaki itu. Sachary hanya mampu mengeluh. Dia melirik ke arah Suraya yang diam sahaja sejak semalam. Wajah Suraya muram resah.

“Berani budak tu malukan keluarga kita. Jika tak suka, kenapa dia tak beritahu awal-awal pada kita, supaya senang kita nak berkira. Yang malu sekarang bukan sahaja ayah, tapi adik kamu juga Sach.” Marah Dato’ Mustadza.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa yang Dato' Mustadza akan lakukan terhadap perbuatan Nashriq?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience