Rate

Chapter 192

Romance Completed 26118

Bab 192

“Jangan cakap macam tu Cik Estella. Selama ini Cik Estella sahaja yang sudi ambil saya bekerja sedangkan Cik Estella tahu saya bekas banduan. Saya benar-benar terhutang budi.” Ucap Jason.

Estella terdiam. Dia tahu keikhlasan lelaki itu terhadapnya. Lirikan mata Jason terhadapnya juga dia mengerti.

“I yang terhutang budi dengan you Jason. You yang selamatkan I dari maut dua tahun lepas. Kalau bukan sebab you, dah lama I mati,” ucap Estella. Peristiwa dua tahun lepas masih segar di ingatannya. Dia diserang seorang lelaki sewaktu baru hendak keluar dari kereta. Mujurlah Jason yang kebetulan lalu di situ, muncul dan menyelamatkannya. Jika tidak sudah pasti nyawanya bercerai dari badan.

Sejak itu dia mengambil Jason sebagai salah seorang pembantunya meskipun Reyna kelihatan tidak senang dengan tindakannya.

“Dia bekas banduan, Es.” Bantah Reyna.

“So what? Kita pun bukannya baik sangat.” Jawabnya mudah. “At least I kenal dia, I tahu dia lelaki yang baik.”

“You baru kenal dia takkan you dah percayakan dia?”

“I dah lama kenal you Reyna, tapi sampai sekarang semua tindakan you membuatkan I susah nak percayakan you. So apa bezanya you dengan Jason?” Bentaknya separuh geram. Reyna terdiam. Wanita itu bagaikan sudah kematian idea mahu bertekak dengannya soal Jason.

Sengaja dia pulang awal dari pejabat hari itu. Kepalanya terasa sedikit pening. Namun sebaik dia membuka pintu rumahnya, muncul Auntie Jing dengan wajah pucat. Dia tergaman. “Kenapa ni auntie?”

“Es, he’s here.” Bisik Auntie Jing.

“Siapa?” Estella mengerutkan dahinya. Dia benar-benar tidak mengerti. Namun melihat Auntie Jing memandang ke arah ruang tamu, Estella melangkah perlahan-lahan. Dari sudut rumahnya, dia terpandang kelibat seorang lelaki tua separuh umur yang memakai topi sedang memandangnya. Melihat lelaki itu, serta merta darahnya berderau. Albert! Apa dia buat di sini?

“Apa khabar Estella? Kenapa muka kau nampak pucat bila nampak aku? Apa, kehadiran aku ni terlalu menakutkan ke?” Lelaki itu tertawa sambil menghembus asap dari curutnya.

“Kau nak apa Albert?”

“Hei, begini ke cara kau layan pakcik kau Estella? Aku datang menjenguk sebab dah lama kita tak berjumpa. At least kau sepatutnya lebih hormat pada aku yang lebih tua.” Ujar Albert.

“Cakap saja apa tujuan kau datang ke mari. Aku tak ada masa nak mendengar cakap yang berdolak-dalih.” Jawab Estella berani.

Lelaki itu tertawa besar. Wajah Estella yang dingin membuatkan rasa lucunya bertaut. Wanita itu serupa sekali dengan ayahnya Steven Wong.

“Kadangkala aku mengagumi keberanian kau Estella. Kalau kau lelaki, sudah pasti kau akan menjadi pemimpin kumpulan kita yang paling berjaya. Sayangnya daddy kau hanya ada dua anak perempuan. Dan salah seorangnya pula sudah meninggal. Seorang lagi pula tidak sabar-sabar mahu menguburkan persatuan yang sudah menjadi darah dagingnya sejak 3 legasi lagi.” Ujar Albert sinis.

Estella terdiam. Dadanya berdebar-debar tatkala mendengar kata-kata Albert. Entah mengapa hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang mahu dikatakan oleh lelaki itu terhadapnya malam ini.

“Apa kau mahu Albert?”

“Aku mahu kau jangan campur tangan dalam apa-apa sahaja soal berkaitan Mega Timur, Es. Do not dare to interfere something that you would regretting someday.” Getus Albert keras.

“Apa niat kau terhadap Mega Timur?”

“Mudah saja. Aku cuma nak kukuhkan kedudukan persatuan kita. Cari peluang untuk bangkitkan semua kegemilangan Black Parade seperti yang pernah diusahakan oleh datuk kau dulu.”

“Tapi kenapa Mega Timur? Kenapa bukan syarikat lain?” Soal Estella keras.

Albert Wong terdiam. Matanya tajam menjeling wanita itu. Perlahan-lahan langkahnya diatur merapati Estella.

“Kau nak tahu kenapa aku berminat dengan Mega Timur bukan?” Albert tergelak kecil. Estella menarik nafas panjang. Entah kenapa dia rasa berdebar-debar.

“Sebab waris keluarga Steven ada di sana.” Bisik Albert membuatkan wajah Estella tiba-tiba berubah. Darahnya tiba-tiba menyirap. Waris? Apakah selama ini lelaki itu tahu sesuatu?

“Kau tahu siapa yang aku maksudkan bukan? Estella, jangan kau sangka kau mampu merahsiakan kewujudan budak itu dari pengetahuan aku. Aku tahu semua tentang dia.”

“Jangan ganggu dia, Albert!” Marah Estella.

“Ganggu? Kalau aku nak menganggu dia, sepatutnya dari dulu lagi aku dah ambil dia Estella. Tapi aku ada rancangan yang lebih baik dari itu. Aku biarkan Zainal terus membela dia. Aku mahu dia membesar menjadi pewaris yang aku mahukan.” Lelaki itu ketawa besar.

“Kau yang arahkan Zainal dibunuh bukan?”

“Memang aku, tapi kau juga tak boleh menafikan yang kau juga mahukan lelaki itu mati. Kau sangkakan Zainal punca ayah kau meninggal, kau juga sangka angkara Zainal yang menculik anak saudara kau bukan?” Ujar Albert dengan sisa-sisa tawanya yang masih ada.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah muslihat Albert kali ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience