Rate

Chapter 144

Romance Completed 26118

Bab 144

“I tahu dia marah pada I. I tak boleh salahkan dia kalau dia memang berhasrat mahu keluar dari Mega Timur. Tapi tindakan dia boleh menjejaskan kepentingan syarikat. Menjejaskan kepentingan semua pekerja-pekerja di Mega Timur.”

“Naz, memang dia marah kali ini tapi tidaklah sampai jadi tidak rasional. I rasa keputusannya kali ini kerana pengaruh seseorang. Sebab tu I nak beritahu you supaya berhati-hati.” Ujar Suraya.

“I tak faham….” Nashriq mengerutkan dahinya.

“Dua hari yang lalu, I dengar dari abang I yang pihak A&K Corporation datang ke Pacific Global. Mereka menawarkan untuk membeli saham-saham Mega Timur yang dimiliki oleh ayah I. Reyna Tan sendiri yang datang untuk berbincang. Mereka tawarkan harga yang cukup lumayan serta kontrak kerjasama dalam satu projek pembinaan di Selangor.”

Nashriq tergaman. Cerita Suraya membuatkan dia termenung panjang. Lagi-lagi A&K Corporation. Apa sebenarnya yang dimahukan oleh syarikat itu?

“Lepas tu I dengar rumours tentang saham-saham Mega Timur yang sekejap turun naik. Kalau tersebar khabar angin tentang rancangan ayah I nak tarik diri dari Mega Timur, mungkin harga saham Mega Timur boleh jatuh. Abang I Sach yang beritahu I macam tu, betul ke Naz?” Wajah Suraya nampak resah.

Nashriq memandang gadis itu. Dia tersenyum. “Mungkin tak seserius seperti yang kita sangkakan. You tak perlu risau.” Dia cuba memujuk Suraya.

“Tapi I tetap bimbang. I dan Sach cuba pujuk dia tapi dia tetap berdegil. Itu pun dia sanggup jualkan saham-saham tu pada ibu you. Entah apa jadi kalau A&K Corporation dapat saham-saham tu semua.” Luah Suraya lagi benar-benar bimbang. Dia tidak mahu kemarahan ayahnya boleh menjejaskan periuk nasi hampir tiga ribu pekerja di Mega Timur Construction.

“Kenapa you nak tolong I Sue? I sangkakan you akan benci I selepas apa yang berlaku malam itu?” Soal Nashriq tiba-tiba. Dia ingin tahu jawapan gadis itu.

Suraya terdiam. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia masih ingin membantu Nashriq. Memang hatinya membekam dengan sikap Nashriq, tapi hati perutnya masih wujud untuk lelaki itu. Dia tidak sanggup melihat Nashriq disusahkan.

“I tahu you tak suka I Naz. I sedar semua itu.”

“Di situ you silap. I sukakan you Suraya, tapi cuma perasaan I bukan cinta.”

Suraya mengeluh. Dia memang sudah maklum akan kenyataan itu. Tapi mendengarnya berkali-kali keluar dari mulut lelaki itu, hatinya seakan tidak rela. Dia merenung lelaki itu.

“I tahu you sukakan Duha.” Ujar Suraya perlahan. Nashriq kelihatan tenang. Dia tahu ramai orang di pejabatnya yang mula bercerita tentang hubungannya dengan Duha Maisara. Kalau ibunya sendiri tahu, tak mustahil Suraya dan yang lain-lain juga tahu.

“You cintakan dia kan Naz?” Tanya Suraya lagi, inginkan kepastian.

Nashriq memandang gadis itu. Wajah Suraya muram resah. Dia serba-salah. Tapi memberi Suraya harapan hanya akan memburukkan lagi keadaan. Dia tidak mahu terus melukakan perasaan Suraya.

“I tak tahu kenapa dia ada di dalam hati I,” ucap Nashriq perlahan. Ringkas tetapi membuatkan perasaan Suraya berkocak. Mata lelaki itu memancarkan cinta meskipun dia tidak menyebut perkataan keramat itu.

******

Hampir sehari suntuk Duha Maisara membawa ibunya keluar berjalan-jalan. Dari satu pusat-beli belah ke pusat beli belah lain disinggahinya. Dia tidak lupa membelikan pakaian baru untuk wanita itu. Ibunya nampak gembira meskipun sesekali wajahnya seperti takut-takut apabila bertembung dengan ramai orang. Namun tangan Duha Maisara tidak pernah renggang memimpin tangan ibunya.

“Nak aiskrim…mak nak aiskrim tu.” Ibunya merengek-rengek apabila melihat seorang kanak-kanak kecil disuapkan aiskrim di meja kecil di Baskin Robin. Duha Maisara menoleh. Dia tersenyum melihat mulut kanak-kanak itu comot dengan aiskrim coklat.

Dia segera membawa ibunya ke salah satu meja di situ yang masih kosong. “Mak tunggu sini jangan pergi mana-mana tau. Nanti Hana belikan aiskrim untuk mak.” Pesannya. Wanita itu hanya mengangguk.

Duha Maisara segera menuju ke kaunter Baskin Robin. Pelbagai aneka aiskrim menarik minatnya dari cermin kaca di hadapannya. Dia segera memesan sekotak aiskrim berperisa strawberry. Hatinya puas. Sudah agak lama juga dia tidak merasa aiskrim seperti itu bersama ibunya.

Apabila dia membawa kotak aiskrim ke meja di mana ibunya menanti, darah Duha Maisara tiba-tiba menyirap. Ibunya sudah tiada di tempat menunggu! Yang ada hanyalah plastik-plastik berisi barang-barang yang dibelinya.

******

Dia hanya berjalan tanpa arah haluan. Matanya sibuk meninjau-ninjau beberapa barang perhiasan rumah yang nampak menarik. Namun dia tiada hati mahu membelinya. Niatnya hanya mahu berjalan-jalan melapangkan otak.

“Kenapa Tuan, tak menarik ke barang-barang tadi?” Tegur lelaki berkopiah bulat itu. Dia hanya tersenyum.

...bersambung

Bab akan datang:

Kemana pula ibu Duha menghilangkan diri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience