Rate

Chapter 88

Romance Completed 26118

Bab 88

“Walaupun I kerja di bahagian perhubungan awam, tapi you lupa I ni anak ahli perniagaan? Sekurang-kurangnya I kenal dengan orang-orang kuat dalam bidang ini.” Jelas Suraya.

“Berapa banyak you tahu tentang dia?” Soal Nashriq, benar-benar ingin tahu.

“Not much. Tapi setakat yang I tahu, dia berasal dari Singapura. Tak banyak yang I tahu tentang dia kecuali berita yang dia belum berkahwin dan khabar angin tentang ayahnya Steven Wong yang kononnya bekas kongsi gelap.” Cerita Suraya.

“Kongsi gelap?” Nashriq tercengang. Dia teringat kata-kata Erman tempoh hari tentang syarikat A&K Corporation yang didalangi kongsi gelap. Betulkah?

Gadis itu hanya tertawa. “Entahlah betul atau tidak, lagipun dalam dunia perniagaan macam-macam ‘rumours’ ada untuk menjatuhkan pesaing, Tapi lima belas tahun yang lalu, Steven Wong dikatakan mati kerana bunuh diri. Selepas kematian ayahnya, Estella mewarisi perniagaan ayahnya.”

Nashriq dan Erman saling memandang. Cerita Suraya membuatkan kedua-duanya terpegun. Mata Nashriq masih memerhatikan kelibat Estella yang sedang berbual-bual dengan wanita yang seorang lagi memakai blouse warna merah hati.

“Yang di sebelahnya siapa?”

Suraya menoleh. Dia memandang ke arah Nashriq. Entah kenapa, dia rasa aneh. Nashriq banyak bertanyakan tentang wanita itu dengannya.

“Yang itu kalau tak salah Ketua Operasi Pemasaran di A&K Corporation. Namanya Reyna Tan. Dia orang kepercayaan Cik Estella sejak dulu lagi. Yang lelaki tu I tak kenal, tapi rasanya dia bodyguard Estella.” Cerita Suraya ringkas. Namun matanya merenung lama ke arah Nashriq yang seperti memikirkan sesuatu. Entah kenapa hati Suraya berat mengatakan ada sesuatu yang membelenggu fikiran lelaki itu, namun dia tidak pasti apa dia.

******

Selesai upacara perasmian pembukaan taman perumahan itu, Nashriq bercadang ingin terus pulang. Dia masih ada urusan di pejabatnya. Dia memandang Erman yang sedang enak menjamah makanan.

“Abang, saya nak balik ke pejabat dulu. Kalau umi tanya, katakan begitu saja,” pesan Nashriq. Dia sebenarnya mahu cepat-cepat berlalu pergi. Sejak tadi dia perasan mata Engku Latifah tak sudah-sudah menjelingnya sampai dia naik lemas.

Erman tak sempat berkata apa-apa, ketika langkah Nashriq diatur deras menuju ke pintu keluar. Dia hanya mengeluh. Entah apa yang dikejar sehingga bergegas begitu, keluh Erman. Perlukah dia mengekori anak muda itu? Dia termenung seketika. Matanya tunduk memandang makanan yang masih banyak berbaki di pinggannya. Ah! Pedulikan budak Nashriq tu, lebih baik aku habiskan makanan ni dulu. Dia tersengih.

Ketika Nashriq melewati lobi hotel, dia terpandang sesusuk tubuh sedang bercakap-cakap di suatu sudut, mengadap ke arah dinding. Nashriq meneliti wajah wanita itu. Lama memandang, dia akhirnya pasti wanita itu Reyna Tan yang baru diperkatakan oleh Suraya sebentar tadi. Malah dia sudah ingat, wanita itulah yang membeli Vila Kecil dari tangan ibunya. Tapi dengan siapa wanita itu berlawan bercakap? Dia tidak nampak orangnya kerana terlindung oleh sepohon buluh di dalam pasu besar yang menjadi hiasan hotel itu.

Bagaikan dipaksa-paksa, kaki Nashriq tanpa sedar mendekati kelibat Reyna Tan. Dia ingin bertemu wanita itu dan bertanya tentang Vila Kecil yang dibeli atas nama wanita itu. Namun sebaik dia mendengar suara wanita itu seperti berbisik, dia segera berselindung di sebalik dinding yang agak hampir dengan wanita itu. Suara wanita itu jelas kedengaran.

“I tak boleh janji dengan you, ini semua keputusan Albert.” Ujar wanita itu.

“You jangan nak main-mainkan I Reyna, this is very serious. Once the evidence was leaking, then the rest of us will go into prison.”

Hati Nashriq berdetik kencang. Suara itu seperti pernah dia dengar. Dia teringin benar melihat wajah lelaki yang menjadi lawan berbual wanita itu.

“Dah berapa kali I cakap, jangan berani ugut I. Tapi you memang degil. I’m impressed!” Reyna Tan tertawa.

“Ini bukan ‘joke’ yang I buat masa kita di Singapura, Reyna. So you tak payah ketawakan I. You ingat I tak berani dedahkan angkara you pada Estella dan pihak polis?”

“Like you said Is, once the evidence was leaking, then the rest of us will go into prison, including you right?” Reyna Tan terus tertawa.

“Damn it you two! You memang dah merancang nak main-mainkan I kan? You kena ingat Reyna, rahsia you dengan Albert ada dalam poket I. Dan you juga kena ingat, kalau bukan sebab I, mampu ke you berdua nak apa-apakan Zainal Ikram?”

Nashriq tersentak. Kata-kata lelaki itu membuatkan darahnya menyirap. Kenapa mereka berbual tentang ayah? Apa kaitan antara mereka dengan ayah? Nashriq mula merasakan ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa yang akan dilakukan Nashriq setelah mendengar perbualan itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience