Rate

Chapter 198

Romance Completed 26118

Bab 198

Nashriq menoleh ke arah Sachary seketika. “Dato’ dah tahu fasal hal ni?”

Sachary mengeluh. “Sudah. Dia sendiri tengah risau di rumah. Kami juga dah minta kawan-kawan Suraya tolong carikan, tapi belum dapat apa-apa jawapan. Aku bimbanglah Naz. Kalau dia ke rumah kawan-kawannya tak apalah jugak, tapi aku takut kalau dia ditimpa sesuatu,” ujar Sachary memandang lelaki itu.

Nashriq terdiam. Perasaannya juga sama seperti Sachary. Dia juga bimbangkan keselamatan gadis itu. Meskipun dia tidak memiliki apa-apa perasaan terhadap Suraya. Namun jauh di sudut hati, dia menganggap Suraya bagaikan adiknya sendiri. Dan dia tidak rela apa-apa yang buruk berlaku pada gadis itu. Ah! Mungkin tak ada apa-apa sebenarnya, dia memujuk dirinya sendiri. Mungkin Suraya hanya singgah di mana-mana.

******

Matanya tak lepas-lepas memandang pintu bilik yang asyik terkatup sedari pagi tadi. Kata Anis, sejak pagi lelaki itu tidak keluar-keluar dari biliknya. Malah semua temujanjinya dengan klien dibatalkan hari itu. Mendengarkan keadaan itu, hati Duha Maisara diterpa rasa hairan. Apakah lelaki itu menanggung masalah? Fasal syarikatkah atau fasal aku? Dia hanya mampu mengeluh.

Entah mengapa sejak dua tiga hari ini, dia perasan tingkah laku Nashriq apabila berhadapan dengannya ganjil. Malah cara lelaki itu memandangnya juga dirasakan berlainan dari dulu. Mata Nashriq seolah memandangnya dengan wajah yang membuatkan dia keliru. Namun kemarahan lelaki itu kelmarin, memang benar-benar membuatkan bulu romanya meremang. Sejak mula-mula bertemu kembali dengan lelaki itu, inilah kali pertama dia melihat wajah Nashriq yang benar-benar marah.

Mengenangkan peristiwa tempohari, Duha Maisara tidak dapat menahan perasaan sedih. Sedih dengan apa yang telah berlaku antara mereka. Sesungguhnya dia langsung tidak mempunyai niat untuk membuatkan darah Nashriq mendidih. Tapi entah mengapa setiap kali berhadapan dengan Nashriq, dia teringatkan Engku Latifah. Setiap kali teringatkan wanita itu, darahnya memuncak mengenangkan keadaan ibunya yang kembali tidak stabil. Kerana wanita itu, emosi ibunya semakin buruk. Itulah yang membuatkan dia berani menyakiti hati Nashriq tempohari. Semuanya kerana sakit hatinya yang muncul tiba-tiba tanpa diundang. Abang, maafkan Hana kerana sikap Hana pada abang. Hana sebenarnya tidak mahu menyakiti hati abang, tapi keadaan kita dan situasi kita membuatkan Hana telah menyakiti hati abang perlahan-lahan tanpa Hana sedari. Maafkan Hana!

Duha Maisara mengesat airmata yang mengalir perlahan meneruni cerun pipinya. Dadanya terasa panas dan sebak.

Melihat pintu bilik Nashriq tiba-tiba terbuka dari dalam. Duha Maisara cepat-cepat mengesat airmata yang bertamu di pipinya. Dia memandang lelaki itu keluar dari biliknya sebelum singgah di meja Anis. Dari jauh dia terlihat Nashriq bercakap-cakap sesuatu dengan Anis. Sesekali dilihatnya kepala Anis mengangguk pada lelaki itu. Tiba-tiba mata Nashriq beralih memandang ke arahnya. Dia tersentak. Matanya tidak sempat dilarikan. Namun melihat wajah Nashriq yang kelihatan serius memandangnya, hatinya seolah ditusuk duri tajam. Apalagi apabila melihat lelaki itu seolah tidak mempedulikannya, lalu terus beredar pergi dari situ.

“Duha, Encik Nashriq pesan suruh kau cari maklumat tentang beberapa syarikat pembekal dalam senarai ni dan pilih beberapa syarikat yang berpotensi. Syarikat nak buat kontrak baru dengan mereka.” Beritahu Anis tiba-tiba-tiba muncul.

Duha Maisara hanya memandang helaian-helaian kertas di tangan Anis.

“Tapi pelik betul, kenapa dia nak suruh saya pula yang beritahu awak. Bukankah selalunya apa-apa urusan berkaitan kerja, dia akan terus forward pada awak?” Tanya Anis seolah-olah hairan.

Duha Maisara terdiam. Dia tahu lelaki itu sengaja mahu mengelak darinya.

“Dia ke mana?” Tanya Duha Maisara pada Anis.

“Siapa? Encik Nashriq?’

Duha Maisara mengangguk.

“Katanya nak keluar sekejap. Entah mana dia nak pergi, belum pun masuk tengahari sekarang ni. Duha, apa awak dengan Encik Nashriq bergaduh ke?” Anis memandangnya tidak berkelip. Duha Maisara agak terkejut mendengar pertanyaan itu.

“Maaf kalau saya campur hal awak. Tempoh hari saya terdengar suara awak dengan Encik Nashriq. Bunyi suara Encik Nashriq macam marah saja. Mood dia hari ni pun nampak tak elok sama macam kelmarin. Apa awak berdua bergaduh?” Soal gadis itu lagi.

Duha Maisara hanya menggelengkan kepala. Dia tidak mahu dalam keadaan sekarang, Anis menyangka yang bukan-bukan terhadapnya. Cukuplah sudah dia diserang mata-mata yang seolah tidak senang dengan hubungannya dengan lelaki itu.

“Tak ada apa-apa yang berlaku Anis. Saya yang buat salah, sebab itu Encik Nashriq marahkan saya,” ujarnya memberi alasan. Anis dilihatnya diam sahaja. Namun gadis itu tidak pula melanjutkan pertanyaan.

******

Mesin minuman ringan di hadapannya dipandang tepat, sambil dia cuba mencari-cari minuman yang dimahukannya. Duit syiling telah pun dimasukkan dalam lubang tersedia. Hanya yang tinggal untuk memilih sahaja.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Anis menghidu sesuatu tentang hubungan Nashriq dan Duha?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience