Rate

Chapter 113

Romance Completed 26118

Bab 113

“Dah tak lama kak, kami sedang merancang,” Nashriq memintas kata-katanya secara tiba-tiba. Duha Maisara tergaman. Dia tambah terkejut apabila tangan Nashriq tiba-tiba merangkul pinggangnya. Duha Maisara menatap lelaki itu. Nashriq turut menoleh ke arahnya. Wajah mereka hampir bertemu. Entah mengapa dada Duha Maisara berdebar-debar. Pantas matanya dilarikan dari wajah Nashriq.

Syafa memandang Duha Maisara yang serba salah. Ezad dan Rina juga saling berpandangan sesama sendiri. Masing-masing membuat andaian sendiri. Jadi betullah Duha berhenti kerja kerana nak kahwin, detik hati Syafa.

“Bila tu?” Ezad bertanya.

“Dah tak lama. Saya nak kahwin cepat-cepat tapi Duha ni yang tak mahu. Katanya dia nak bekerja dulu.” Ujar Nashriq dengan wajah selamba. Duha Maisara sudah tidak tahu hendak kata apa. Timbul rasa marah kerana dirinya diperolok-olokkan begitu oleh Nashriq.

“Duha, kenapa tak beritahu kakak fasal hal ni? Kasihan Encik Nashriq ni tunggu lama. Lagipun nak tunggu apa lagi, dah ada orang menanti tu, Duha kahwin ajelah dengan dia,” usul Syafa menyokong Nashriq. Ezad dan Rina hanya mengangguk. Tinggal dia yang berwajah kelat manis di hadapan teman-temannya.

Dia melirik Nashriq dengan ekor mata. Lelaki itu tersenyum sinis. Entah kenapa, Duha Maisara seperti ingin melarikan diri saat itu juga.

******

Diam-diam dia menoleh ke arah lelaki itu yang begitu kusyuk membaca sebuah buku di rak. Kaki lelaki itu terlunjur bebas sambil bersandar pada salah satu rak buku. Sesekali tali leher yang dipakainya dilonggarkan, sambil dia menyelak helaian seterusnya. Tanpa sedar, Duha Maisara melemparkan senyum.

Inilah kali pertama dia menghabiskan bacaannya bersama Nashriq. Selalunya dia hanya seorang diri membaca buku-buku di kedai itu. Memang beberapa rak di tingkat ini memang dikhususkan untuk dibaca kerana mengandungi buku-buku lama. Hanya beberapa rak sahaja ditempatkan dengan buku-buku baru yang akan dijual. Kerana itu dia suka menghabiskan masanya di kedai buku itu.

Duha Maisara menumpukan perhatiannya pada sebuah novel John Grisham yang bertajuk The Rainmaker. Kusyuk dia membaca hingga tidak sedar, tubuh Nashriq sudah dihenyak di sampingnya. Lelaki itu memandang buku di tangannya.

“Seronok buku tu?” Tegur Nashriq.

Duha Maisara mengangguk.

“The Rainmaker? Kisah bagaimana?”

“Kisah tentang seorang peguam muda yang terlibat dalam kes penipuan insuran terbesar.”

“Sounds boring.” Komen Nashriq.

Duha Maisara tertawa. “Siapa kata boring, ini buku John Grisham yang ke enam selepas A Time To Kill. Dia selalu menulis tentang misteri dan penyiasatan. Kalau awak pernah tengok, ada banyak buku-bukunya yang telah difilemkan. Contohnya, The Pelican Brief, The Firm, The Runaway Jury, The Chamber dan banyak lagi.” Jelas Duha Maisara.

Nashiq terdiam. Lama matanya tertumpu ke wajah yang asyik bercerita itu. Sedikit sebanyak dia kagum dengan pengetahuan Duha Maisara tentang buku. Kalau dia, mana ada masa untuk membaca. Dari dulu dia sibuk dengan pelajaran, selepas tamat belajar, dia sibuk pula dengan syarikat. Kalau pun sempat, dia hanya membaca suratkhabar ataupun majalah berkaitan ekonomi.

“Awak pula baca buku apa?” Tanya Duha Maisara seraya mengerling buku di tangan lelaki itu.

Nashriq menunjukkan buku di tangannya ke arah gadis itu.

“Become a Better You? Joel Osteen?” Duha Maisara membaca di kulit muka hadapan.

“Jangan tanya aku siapa dia. Aku pun tak tahu siapa dia.” Sebut Nashriq tiba-tiba. “Aku cuma tertarik dengan tajuknya sahaja. Tapi bukunya boleh tahan menarik.” Sambung lelaki itu.

Duha Maisara tidak lagi bersuara. Matanya ditumpukan semula ke arah buku di tangannya yang sudah hampir separuh dihabiskan. Namun dia perasan, tangannya bertemu dengan jari-jemari Nashriq yang bermain di celah-celah jarinya. Apabila jari-jari lelaki itu bercantum dengan celah-celah jarinya, Duha Maisara berpaling. Wajah lelaki itu dipandang. Namun mata Nashriq masih pada bukunya. Duha Maisara cuba melarikan jari-jemarinya, namun pegangan lelaki itu semakin kemas. Sebuah senyuman kecil terukir pada wajah Nashriq. Mahu tak mahu Duha Maisara hanya membiarkan.

******

“Jawatan Cik Duha Maisara direkomenkan sendiri oleh Encik Nashriq, Puan Engku. Dia yang minta secara personal dengan saya agar menguruskan kemasukan Cik Duha dalam syarikat ini,” ujar Wan Rohayu padanya.

“Wan, boleh you hantar rekod budak tu atas meja saya nanti?” Pinta Engku Latifah.

“Baik, nanti saya uruskan.”

Klik. Talian interkom di mejanya diputuskan. Engku Latifah termenung panjang. Berulangkali dia menyebut nama Duha Maisara yang kerap meletus di telinganya sejak akhir-akhir ini.

Tidak tahu kenapa, tiba-tiba sahaja dia merasa kurang senang. Kenapa tiba-tiba sahaja Nashriq membawa masuk pembantu baru, sedangkan Katrina yang disyorkan kepada anak itu, ditolak mentah-mentah? Siapa gadis itu sebenarnya?

...bersambung

Bab akan datang:

Mungkinkah Engku Latifah mengenali Duha?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience