Rate

Chapter 213

Romance Completed 26118

Bab 213

Baru dia teringat sesuatu. Itulah kanak-kanak yang terjatuh dari basikalnya tadi.

“Kakak tadi pesan suruh abang balik aje, jangan tunggu dia. Dia ada hal, sebab tu dia kena pergi dulu.” Beritahu kanak-kanak itu.

Nashriq terdiam. Melihat budak lelaki itu terhencot-hencot melangkah pergi, Nashriq terus teringat pada ubat dan plaster yang dibelinya. Dia terus keluar dari perut kereta lalu memanggil kanak-kanak itu semula.

“Abang ada belikan ubat dengan plaster. Mari sapu dulu sebelum balik. Nanti luka tu melarat.” Ujar Nashriq. Budak lelaki itu terdiam tapi mengangguk.

“Adik tinggal kat mana?’ Tanya Nashriq sambil menyapu antiseptik pada luka di kepala lutut kanak-kanak itu.

“Dekat seberang jalan sana.” Jawab kanak-kanak itu ringkas. Sesekali dia mendesis kepedihan apabila krim antiseptik itu bertindakbalas dengan lukanya. Nashriq hanya tertawa. Dia membuka sekeping plaster lalu dilapikkan di atas luka itu.

“Kakak tadi ada cakap dia nak ke mana?” Tanya Nashriq tiba-tiba.

“Tak. Dia terus tahan teksi lepas tu pergi macam tu aje.” Sahut kanak-kanak itu.

Nashriq terdiam. Jadi betullah Duha Maisara tidak ada di rumahnya sekarang? Dia mengeluh panjang sambil memegang tengkuknya. Kenapa Duha Maisara tidak menantinya di situ, sedangkan ada terlalu banyak perkara yang mahu diluahkan pada gadis itu.

Tiba-tiba Nashriq terpaku sambil memandang tepat ke wajah kanak-kanak itu. Dia terus meraba-raba lehernya. Reaksi Nashriq menimbulkan rasa hairan di hati budak lelaki itu. Apatah lagi apabila dia melihat mata Nashriq meliar seperti mencari-cari sesuatu.

“Abang cari apa ni?” Tanya budak itu.

“Dik, adik ada nampak rantai abang tak?” Tanya Nashriq resah. Entah sejak bila rantai itu terpisah dari lehernya, dia sendiri tidak sedar.

“Rantai?” Kanak-kanak itu tercengang.

Nashriq mengangguk tapi tidak menjelaskan secara terperinci rantai yang dimaksudkannya. Dia segera berlegar di kawasan itu mencari-cari kalung yang amat dihargai dalam hatinya itu. Kanak-kanak itu memandangnya tidak berkelip.

“Rantai abang tu ada batu permata warna oren kan?”

Atur langkahnya terhenti tiba-tiba. Mata Nashriq memandang tepat ke wajah kanak-kanak itu. Dahinya berkerut. Bagaimana kanak-kanak kecil itu boleh tahu? “Ya memang ada batu permata oren, adik ada jumpa?” Tanyanya.

“Kakak tadi ada pegang rantai tu. Cuba abang tanya dia kut-kut dia tahu.”

Nashriq tersentak. Rantainya ada pada Duha Maisara? Tapi, bagaimana rantai itu boleh ada di tangan gadis itu pula? Serentak ingatannya singgah pada Duha Maisara yang mengutip sesuatu di jalanan tadi. Mungkin yang Duha Maisara kutip itu adalah rantainya. Kalung bertatah ‘saphire’ yang menjadi kenangan abadinya dan satu-satunya bukti pertaliannya dengan ayahnya Zainal Ikram dan Raihana.

******

Damn it! Engku Iskandar menghentak stereng kereta sekuat hati. Dia benar-benar tidak puas hati dengan apa yang baru terjadi tadi. Peluang sudah ada di hadapan mata. Tapi tiba-tiba sahaja Nashriq muncul dan memusnahkan rancangannya. Tidak! Aku tak boleh biarkan Nashriq terus masuk campur semua rancangan yang aku atur.

Engku Iskandar mengetapkan bibirnya. Tunggulah lepas aku hapuskan budak Raihana tu, aku akan hapuskan kau sekali Nashriq. Aku akan pastikan kau dan Raihana takkan selama-lamanya bersama, bentak Engku Iskandar. Dia mengguman geram. Panggilan yang singgah di telefon bimbitnya dikerling sepintas lalu. Mata Engku Iskandar membulat. Reyna? Engku Iskandar segera menjawab panggilan itu. Beberapa ketika, dia mendengus geram. Reyna meminta untuk bertemunya di suatu tempat. Entah apa perempuan itu mahu lagi! Engku Iskandar mengeluh.

******

Reyna memutuskan panggilan telefon sebaik dilihatnya jururawat yang berada di dalam bilik itu beredar pergi. Dia memandang sekelilingnya. Tidak nampak kelibat pegawai polis berpakaian seragam yang mengawal di situ beberapa hari yang lalu. Sejak dua tiga hari yang lalu dia sengaja datang secara sembunyi-sembunyi untuk melihat keadaan Estella. Namun melihat bilik Estella diawasi seorang pegawai polis, dia tidak jadi mendekati bilik itu.

“Maaf Es, I tak bermaksud nak buat keadaan you jadi begini.” Keluh Reyna resah. Dia merenung Estella yang terbaring lemah. Wajah Estella pucat lesi.

“I tak sangka Albert akan bertindak begini. I sangka I boleh kawal semua tindakan Albert tapi I silap. Maafkan I Es. Lepas ni mungkin kita takkan jumpa lagi. I dah rancang nak lari dari sini.” Bisik Reyna perlahan. Dia mendekati Estella perlahan-lahan. “I takkan susahkan you lagi Es,” bisiknya hampir di telinga wanita itu.

Dia berpaling ingin beredar, namun tubuh Reyna seakan kaku apabila lengannya tiba-tiba dipanjat jari-jemari halus. Perlahan-lahan dia berpaling, memandang ke arah Estella di katil. Kelopak mata wanita itu bergerak-gerak. Reyna tergaman.

“Jangan pergi,” suara halus itu meniti dari bibir tanpa lisptick itu. Reyna kian kaku.

...bersambung

Bab akan datang:

Kemana Reyna ingin melarikan diri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience