Rate

Chapter 166

Romance Completed 26118

Bab 166

Engku Iskandar terdiam. Dia melirik ke arah Maisara yang tidak memberikan sebarang reaksi pada kata-kata mereka. Seketika kemudian, dia mengalihkan perhatian pada Reyna.

“Jadi apa rancangan you?” Tanya lelaki itu.

Reyna tidak terus menjawab. Hanya bibirnya sahaja yang tersenyum. Namun suatu rancangan mula bermain di fikirannya saat itu.

******

“Tolonglah Dato’. Tolong dengar cakap I ni. Tolong jangan tarik diri dari syarikat ini. Kami benar-benar perlukan Dato’.” Rayu Engku Latifah berkali-kali. Namun lelaki itu tetap tidak mahu melayannya. Sehari suntuk dia di Pacific Global mahu menyelamatkan saham-saham itu dari jatuh ke tangan A&K Corporation.

“Bagaimana ni Puan? Kalau Dato’ tu tetap berdegil, teruk kita nanti.” Nazmi, salah seorang pegawai kanan yang menemaninya sudah gelisah. Engku Latifah juga begitu. Sudah habis ikhtiarnya mahu memujuk orang tua itu.

“Kalau tak berjaya juga, terpaksalah kita cairkan aset syarikat.” ujar Engku Latifah akhirnya.

“Tapi susah juga Puan Engku. Nak cairkan aset syarikat makan masa. Nak minta pinjaman bank, kita masih ada hutang lagi dengan mereka. Lagipun dengan saham-saham Mega Timur yang tak stabil sejak akhir-akhir ini, saya tak rasa pihak bank akan luluskan pinjaman itu. Nak gunakan duit syarikat, saya bimbang akan menimbulkan masalah besar. Lagipun kita masih ada banyak projek-projek yang masih under construction.”

“Habis macamana ni Nazmi? Tempoh tu dah tak sampai dua minggu lagi. Saya benar-benar takut kalau saham ni jatuh ke tangan A&K Corporation. Tentu teruk kita jadinya.”

“Entahlah Puan Engku, saya sendiri pun tak sangka yang A&K benar-benar berminat nak mengambilalih pentadbiran syarikat kita. Saya rasa dalang yang membeli banyak saham-saham kita baru-baru ini pastinya orang-orang A&K juga.” Ujar Nazmi.

“Awak rasa begitu?”

“Saya rasa pelik sebab kita tak dapat kesan identiti orang yang menjadi pembeli. Tak jelas terbukti niat mereka tak baik. Hanya syarikat besar seperti A&K sahaja yang mampu buat macam ni.”

Engku Latifah terdiam. Dia sendiri tidak tahu apa niat syarikat A&K Corporation yang pernah bekerjasama dengan mereka beberapa tahun yang lalu. Tapi situasi kali ini berbeza dengan yang sudah-sudah. Jikalau dulu dia ada sokongan dari Dato’ Mustadza. Kini dia hanya sendirian menghadapi masalah ini.

“Maaf Puan Engku, ayah saya menolak untuk bertemu dengan Puan Engku.” Beritahu Sachary ketika bertemu wanita itu di bilik menunggu.

“Tolonglah Sach, beritahu dia jangan buat macam ni pada syarikat auntie. Ini hasil titik peluh suami auntie.” Pinta Engku Latifah.

Sachary hanya diam. Dia sendiri sudah mati kutu mahu memujuk ayahnya. Dia faham tindakan ayahnya berdasarkan rasa marah atas tindakan Nashriq tempoh hari. Tapi dia tidak sangka tindakan ayahnya benar-benar serius hingga mahu menjual saham miliknya pada syarikat saingan Mega Timur.

“Puan Engku datang lagi ke syarikat kita tadi.” Beritahu Sachary ketika makan tengahari bersama Suraya. Gadis itu terkejut mendengar kata-katanya.

“Habis ayah cakap apa?”

“Tak sempat cakap, ayah dah lari dulu. Seharian Puan Engku tunggu, tapi dia menolak untuk berjumpa Puan Engku. Abang rasa ayah benar-benar serius kali ini nak mengenakan syarikat tu.” Ucap Sachary selamba.

Suraya termenung panjang. Sedikit sebanyak dia rasa bersalah pada Nashriq dan Engku Latifah. Kerananya ayahnya bertindak mengikut perasaan. Langsung tidak fikir panjang.

“Abang tak boleh pujuk ayah?” Tanya Suraya.

“Abang nak pujuk ayah? Makin dia marah adalah. Tapi abang rasa kalau Sue yang pujuk ayah, lambat laun ayah pasti lembut hati. Dia bukannya jahat sangat sampai nak rosakkan syarikat orang lain.” Sachary tertawa.

“Abang ni, Sue cakap serius, dia pula main-main.” Suraya mengeluh.

“Sayang, abang pun cakap benda benar. Soal ni timbul sebab cadangan nak kahwinkan Sue dengan Nashriq. Kalau Sue cakap baik-baik dengan ayah, tentu dia dengar. Yakinkan dia yang Sue tak terjejas apa-apa dengan penolakan Nashriq tempoh hari,” cadang Sachary.

Suraya terdiam. Bolehkah begitu? Untuk menyakinkan dirinya yang Nashriq bukan miliknya sudah cukup sukar. Bagaimana dia mahu menyakinkan orang tua itu pula? Suraya menarik nafas panjang.

******

“Betul Encik Nashriq, Kak Wan dah semak semua nama-nama pekerja. Baru dan lama, semuanya Kak Wan intai tapi tak ada satupun yang bernama Raihana Munif. Dia memang bukan pekerja di syarikat ni.” Ujar Wan Rohayu cuba menyakinkan Nashriq. Masuk kali ini sudah tiga kali lelaki itu meminta kepastiannya. Dia sendiri sampai naik hairan, kenapa lelaki itu beria-ria hendak mencari orang yang tidak wujud.

“Bagaimana dengan rekod pekerja yang sudah berhenti atau diberhentikan?”

“Itupun Kak Wan dah semak. Tapi tak ada. Memang tak ada.”

...bersambung

Bab akan datang:

Dimanakah tempat yang Nashriq pergi itu untuk mencari Duha?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience