Rate

Chapter 193

Romance Completed 26118

Bab 193

“Damn it! You are too much!” Jerit Estella benar-benar geram.

“Tolong jangan berdegil Estella. Just stay out of our bussiness.”

“I will stay out if you were stay out of my life and do not touch Nashriq Adli!”

Albert Wong memandang Estella dengan mata bersinar. Kemarahan Estella sampai ke kemuncaknya. Auntie Jing yang mendengar suara Estella yang meninggi segera berlari ke ruang tamu. Terkejut mendengar riuh rendah pertengkaran dua orang itu. Diam-diam, Auntie Jing menghubungi Jason melalui telefon bimbitnya. Entah kenapa dia bimbang dengan keselamatan Estella.

******

Berita tentang keputusan Dato’ Mustadza untuk menarik balik penjualan saham-sahamnya, diterima dengan gembira oleh semua pihak di dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah. Semua orang sudah boleh bernafas lega dengan berita baik itu. Tak kurang juga ramai yang berterima kasih atas usaha Suraya memujuk ayahnya.

Suraya sendiri turut bergembira dengan perkembangan terbaru itu. Dia masih belum sempat mahu bertemu ayahnya dan mengucapkan terima kasih. Lagi pula sejak ayahnya berkeras mahu keluar dari Mega Timur, dia seolah-olah merajuk hati dengan orang tua itu. Betul kata abangnya Sachary tempohari, jika dia tidak berputus asa memujuk orang tua itu, lambat laun ayahnya akan termakan pujuk juga.

Namun melihat dari raut wajah Engku Latifah ketika diumumkan berita itu, hati Suraya sedikit sebanyak merasa hairan. Wajah Engku Latifah ketika menerima berita itu, biasa-biasa sahaja. Wanita itu dilihatnya lebih banyak termenung. Begitu juga dengan Nashriq yang nampak muram sejak awal-awal pagi lagi. Ketika bertemu di muka pintu bilik mesyuarat, lelaki itu hanya tersenyum memandangnya. Sepatah suara langsung tidak keluar dari bibirnya.

“Thanks Sue atas usaha Sue tu,’ puji Erman.

“Dah jadi tugas I, abang Erman. Lagipun I dah jadi sebahagian dari keluarga besar Mega Timur. Lagipun kerana I, syarikat jadi macam ni. I rasa bersalah sangat.” Keluh Suraya.

Erman hanya tersenyum mendengar nada bicara anak gadis itu. “How about if we go out for lunch together after this? Kita ajak Nashriq bersama.” Cadang Erman.

“Okey juga, I tak kisah.” Suraya angguk setuju.

“Naz, kita makan sama-sama tengahari ni?” Tanya Erman sebaik Nashriq berjalan keluar dari bilik mesyuarat. Lelaki itu memandang Suraya.

“I will treat this time. I should thanked you for all you have done.” Nashriq tersenyum nipis. Suraya memandang lelaki itu. Entah kenapa matanya seperti menangkap ada sesuatu yang tidak kena dengan Nashriq.

“I lupa nak tanya you fasal Duha. Is she okay?” Tanya Suraya tiba-tiba. Mendengar nama Duha Maisara diungkit, Nashriq terdiam. Erman yang terpinga-pinga kelihatan hairan.

“Kenapa dengan Duha, Naz?” Tanya Erman ingin tahu.

“Dia masuk hospital semalam. I jumpa dia kelmarin dengan Doktor Zafran. Tapi tak tahulah Duha sakit apa. You pergi tak jenguk dia kelmarin?” Tanya Suraya lagi pada Nashriq.

“Tak sempat, I ada kerja lain.” Jawab Nashriq sepatah. Entah kenapa kali ini dia tidak suka mendengar nama itu disebut. Dia memandang Erman dan Suraya silih berganti. “So I’ll see both of you this afternoon.” Ujar Nashriq lalu beredar pergi.

“Kenapa dengan dia?” Tanpa sedar Erman bersuara sambil memandang lelaki itu. Dia hairan mendengar kata-kata Nashriq sebentar tadi. Sejak bila Duha Maisara tidak lagi menjadi keutamaannya? Suraya juga merasakan sikap Nashriq benar-benar berbeza hari ini.

******

Duha Maisara sedaya upaya cuba menyiapkan kerja-kerjanya meskipun kepalanya terasa berdenyut-denyut sejak pagi. Walaupun Zafran tidak mengizinkan dia keluar hospital pagi itu, namun dia tetap berdegil. Lagipun dia tidak mahu Nashriq terus mencari alasan untuk memarahinya jika dia mengambil cuti sekali lagi.

“Kalau tak sihat, baliklah berehat,” nasihat Anis sewaktu melewati meja gadis itu. Dia sendiri terperanjat melihat kehadiran Duha Maisara dengan dahi berplaster panjang. Apabila ditanya, Duha Maisara menjawab dia terhantuk sesuatu.

“Saya tak apa-apalah Anis, lagipun kerja ni dah bertimbun sejak minggu lepas. Kenalah disiapkan juga, nanti singa tu marah,” ujar Duha Maisara. Mendengar kata-kata gadis itu, Anis tergelak besar.

“Hai tak takut ke mengata bos sendiri?” Usik Anis lucu.

“Nak takut apa, memang perangai dia sekejap okey sekejap macam singa jantan. Tapi saya tak nampak dia sejak pagi tadi. Mana dia pergi?” Tanya Duha Maisara. Sudah dua kali dia melewati bilik Nashriq, tapi bilik itu kosong sahaja.

“Dia ada meeting kat bilik mesyuarat di tingkat atas. Dekat dengan bilik Puan Engku. Kenapa? Rindu?” Usik Anis lagi. Mata Duha Maisara membulat merenung gadis itu. Anis hanya tertawa. Meskipun hubungan antara Nashriq dan Duha Maisara dianggap suatu gosip di pejabat itu, namun entah kenapa hati Anis seakan dapat merasai sesuatu.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Nashriq dalam mood yang baik hari ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience