Rate

Chapter 78

Romance Completed 26118

Bab 78

Sebaik kereta lelaki itu menghilang dari pandangannya, Duha Maisara mengalihkan matanya ke arah kad kecil yang ditinggalkan oleh Nashriq. Dia membaca sepintas lalu nama yang tertera di dalam kad itu. Wan Rohayu. Chief of Personnel Division. Mega Timur Construction. Buat sesaat, Duha Maisara terpana. Bukan kerana nama wanita itu dia terkejut, tapi kerana membaca nama syarikat yang diwakili oleh wanita itu. Mega Timur? Betulkah ini atau lelaki itu hanya bercanda dengannya? Atau apakah Tuhan sedang mempermainkannya? Mengapa hanya dengan satu malam sahaja, dia diingatkan semula dengan kisah silamnya? Dua perkara yang mengaitkannya dengan semua tragedi yang mahu dilupakannya terus dalam hidupnya.

Duha Maisara mengeluarkan kalung itu semula dari poket bajunya. Dia merenung rantai itu dengan hati sebak. Kenapa? Kenapa aku harus bertemu dengan kalung ini semula? Mengapa tidak kalung ini ghaib terus dalam hidupku? Ghaib buat selama-lamanya. Supaya nama Raihana Munif yang aku warisi itu akan terus luput dari ingatan semua orang buat selama-lamanya!

******

“Ini salinan dokumen yang ditandatangani oleh Doktor Helmi sebagai ketua operasi projek yang kami jalani tiga minggu lalu. Kebetulan saya singgah berdekatan sini, sebab itu saya bawa terus dokumen ini ke mari. Lagipun saya ingin ucapkan terima kasih sendiri kepada doktor kerana kerjasama doktor dalam membantu projek yang kami jalankan dulu.” Ucap Zafran seraya berjabat tangan dengan doktor wanita itu.

Doktor Habibah hanya tertawa. “Sepatutnya saya yang kena ucapkan terima kasih pada you Zafran atas khidmat rawatan percuma yang you dan teman-teman you berikan tempohari. Lagipun projek-projek macam itu memang sangat diperlukan di tempat seperti ini, bagi merawat pesakit-pesakit di institusi ini.”

“Insya Allah, kalau doktor perlukan khidmat kami lagi, saya bersedia untuk datang lagi.” Balas Zafran juga tertawa. Dia mengerling jam di tangannya.

“Baiklah doktor, saya kena pergi sekarang. Saya kena sambung shift di hospital.” Ucap Zafran. Doktor Habibah hanya mengangguk. Namun sebaik anak muda itu melangkah pergi, Doktor Habibah teringatkan sesuatu.

“Err Zafran…,” panggilnya. Langkah Zafran terhenti. Dia berpaling.

“Ya?”

“Hampir saya terlupa tadi, tolong ucapkan terima kasih pada adik awak bagi pihak saya dan institusi ini. I really appreciate apa yang dia lakukan selama ini.” Ujar Doktor Habibah. Zafran tercengang. Kata-kata Doktor Habibah membuatkan dia terperanjat, sekaligus hairan.

“Adik saya?”

“Ya, Duha selalu datang ke mari melawat pesakit-pesakit di sini. In fact, baru dua hari lepas kami bertemu,” beritahu doktor itu.

“Maksud doktor dua hari yang lalu, dia ada datang ke mari?” Soal Zafran pantas.

Doktor Habibah mengangguk. “Boleh dikatakan setiap minggu dia ada datang ke mari. Tapi saya dapati perhatian yang diberikannya ke atas salah seorang pesakit saya agak istimewa. Dia banyak menghabiskan masanya dengan pesakit itu. I think that was a kind amazing looking a young girl like her to be very caring.”

Zafran terdiam. Kata-kata Doktor Habibah membuatkannya termenung jauh. Selama ini dia benar-benar bimbang dengan keselamatan Duha Maisara. Merata tempat dia mencari gadis itu. Tapi jika gadis itu baik-baik sahaja, kenapa dia menghilangkan dirinya secara tiba-tiba? Kenapa dia tidak pulang ke rumah? Apakah Duha Maisara tersinggung dengannya atau ada sebab yang lain.?

Sepanjang beberapa hari ini, dia tidak lena tidur dibuatnya. Malah hampir setiap malam dia menanti Duha Maisara di apartmentnya. Tapi gadis itu tidak pernah pulang. Malah telefonnya juga tidak diangkat. Hampir gila dia memikirkan kenapa Duha Maisara bersikap begitu dengannya.

“Err..doktor kata tadi, dia selalu melawat seorang pesakit di sini. Boleh saya tahu pesakit yang mana satu?” Tanya Zafran.

“Emm…pesakit tu dah lama di sini. Dia tak ada keluarga, dan tidak ada sesiapa pun tahu siapa dia. Kalau awak nak pergi melawat, bilik pesakit tu di tingkat 3 bilik nombor 5,” beritahu Doktor Habibah seraya melangkah pergi. Zafran terus tercegat tidak berganjak. Fikirannya menerawang jauh. Apa kaitan Duha Maisara dengan pesakit itu? Zafran mengeluh. Buntu kepalanya memikirkan soal itu.

* * * *

Suraya tersenyum lebar melihat lelaki itu tertidur pulas di kerusinya. Dia memandang jam di tangannya. Dahinya berkerut. Hampir pukul 1.15 tengahari, tidakkah dia mahu keluar makan?

Anis di sisinya turut tertinjau. Melihat ketuanya diam sahaja dalam bilik tidak keluar-keluar, Anis tersenyum. Rupa-rupanya dia enak tertidur. Entah ke mana dia pergi semalam, sehingga nampak letih begitu, fikir Anis. Dia menjeling Suraya di sebelahnya. Mata gadis itu tidak berkelip memandang ketuanya. Diam-diam Anis tersengih.

“Cik Suraya tak mahu masuk ke dalam kejutkan Encik Nashriq?” Soal Anis agak nakal.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Suraya akan mengejutkan Nashriq dari tidurnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience