Rate

Chapter 211

Romance Completed 26118

Bab 211

Tengahari esok wasiat baru akan dibacakan di hadapan semua ahli lembaga pengarah. Kau di minta hadir tepat jam dua petang esok.” Beritahu Erman.

Nashriq hanya diam. Dia tidak memberikan sebarang reaksi. Entah kenapa dia sudah tidak peduli dengan kandungan wasiat baru itu. Lagipun dia bukan anak Zainal Ikram dan Engku Latifah. Sudah pasti dia orang yang paling tidak layak menduduki tempat menggantikan Zainal Ikram.

“Abang dengar ada penama baru yang akan memiliki saham-saham Mega Timur. Entah siapa agaknya,” fikir Erman sambil mengeluh kecil. Dia sendiri naik pening memikirkannya. Kenapa setelah dua belas tahun baru perkara ini ditimbulkan semula?

“Naz, kau dengar tak apa abang cakap ni?” Erman menegur anak muda itu apabila dilihatnya Nashriq bagaikan termenung jauh.

Mata Nashriq beralih arah. Dia tersenyum hambar memandang Erman. “Saya nak ke hospital selepas ni jenguk Suraya. Abang nak ikut?”

“Mungkin tidak, abang nak siapkan beberapa kerja yang terbengkalai. Dia masih belum sedar bukan?”

Nashriq menggeleng.

“Nasib tak jadi apa-apa yang lebih buruk lagi. Mujur Suraya selamat,” keluh Erman pada diri sendiri. Nashriq hanya diam mendengar, tanpa niat untuk meningkah kata-kata lelaki itu.

Apabila dia melintas meja Anis, matanya cepat terpandang ke arah meja Duha Maisara. Gadis itu tidak kelihatan di mejanya. Sememangnya sejak beberapa hari ini dia sudah jarang bertemu Duha Maisara.

“Anis, Duha mana?” Tanya Nashriq pada gadis Penang itu.

“Duha dah dua hari tak datang kerja, Encik Nashriq.” Beritahu Anis.

Dahi Nashriq berkerut seribu. Dua hari dia tidak bertemu gadis itu, dua hari juga Duha Maisara mengambil kesempatan tuang kerja. Entah apa kenanya dengan dia, rungut Nashriq entah pada siapa.

******

Matanya basah digenangi air sejak malam semalam. Dia meraup muka dengan tangan sambil teresak-esak kesedihan. Kata-kata lelaki itu menjeruk perasaannya. Ketabahan hati yang selama ini dipertahankan, kalah jua dengan hanya sebaris ungkapan kata lelaki itu.

“Apa keputusan Hana?” Tanya lelaki itu, entah sejak bila sudah berada di sampingnya. Dia hanya diam. Sisa-sisa airmata yang masih berjurai dilap dengan hujung jari. Dia memandang lelaki itu.

“Kenapa baru sekarang pakcik beritahu Hana semua ini?”

Asri terdiam. Lama pandangan matanya menari-nari di wajah gadis itu.

“Pertama sebab pakcik baru jumpa Hana. Dan kedua sebab selama ini pakcik tak pernah sangka yang pakcik akan ambilalih tugas Zainal dan Munif untuk menerangkan pada Hana tentang semua ini. Maafkan pakcik Hana.”

“Kenapa ayah dan baba sampai hati rahsiakan semua ni dari pengetahuan Hana.”

“Kami semua bukan bermaksud mahu menyorokkan perkara ini, hanya menunggu masa yang sesuai. Lagipun Zainal kahwin dengan Suhana tanpa pengetahuan Engku Latifah. Tapi selepas Suhana meninggal kerana melahirkan kamu, ayah dan ibu kamu yang membela kamu. Tapi Zainal adalah tetap ayah kandung kamu Hana. Dia bawa kamu ke sisinya supaya dia boleh lihat kamu setiap hari di hadapan matanya. Sebab itu dia minta Munif dan Maisara pindah tinggal bersama di Vila Kasih. Semuanya sebab kamu Hana,” jelas Asri.

Duha Maisara memejamkan matanya. Bagaimana dia mahu menghadapi semua kenyataan ini? Sekelip mata dia adalah anak Zainal Ikram. Anak kepada lelaki yang dipanggil baba, disayangi sepenuh hatinya selama ini. Tiba-tiba fikiran Duha Maisara disentap dengan imbas wajah Nashriq. Dia terkedu. Kalau dia anak Zainal Ikram, mungkinkah dia dan Nashriq adik beradik? Oh tuhan! Mungkinkah semua ini benar?

******

Sebaik keretanya berhenti di seberang jalan, Nashriq segera keluar dari kereta. Dia melintas jalan menuju ke arah kawasan apartment yang didiami Duha Maisara. Dia ingin bertemu gadis itu buat melepas rindu, sekaligus melepaskan beban perasaan yang menghiris hatinya kini.

Namun belum sempat kakinya diatur semakin jauh, dua kelibat tubuh baru muncul dari dalam bangunan apartment. Nashriq tersentak. Melihat lelaki di sisi Duha Maisara, hatinya jadi tidak keruan. Dadanya berombak kencang. Pak Cik Asri! Apa lelaki itu buat bersama Duha Maisara?

Mata Nashriq terus memerhatikan kedua-duanya berbual sehingga ke luar pintu pagar. Asri dilihatnya dijemput dengan sebuah kereta. Duha Maisara dilihatnya melambai-lambaikan tangannya ke arah lelaki itu. Kereta Mercedez Benz berwarna silver metalik itu mula bergerak meninggalkan kawasan perkarangan apartment di Jalan Semarak.

Bunyi suara kanak-kanak menangis, mengejutkan Duha Maisara, sekaligus Nashriq yang sedang berdiri di tepi sebatang pokok. Kedua-duanya serentak berpaling. Seorang kanak kanak lelaki tertiarap dengan basikal menghempap tubuhnya. Duha Maisara tergaman. Dia pantas melintas jalan menuju ke arah kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang sepuluh tahun. Basikal yang menghempap tubuh kecil itu diangkat lalu diseret ke tepi.

...bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang dibualkan Asri bersama Duha?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience