Rate

Chapter 53

Romance Completed 26118

Bab 53

“Betul kita nak buat macam ni Naz?” Soal Erman tak putus-putus bertanya begitu. Namun lelaki di sampingnya itu serius memandu. Erman mengeluh kecil. Dia bukannya menghalang Nashriq ke kampung Telaga Pandak. Tapi mengenangkan yang lelaki itu ada mesyuarat penting dalam masa tiga jam lagi, dia naik resah. Entah angin apa yang merasuk anak muda itu hingga tiba-tiba sahaja ingin ke kampung Telaga Pandak, menziarahi pusara Munif.

Sebaik kenderaan itu memasuki tanah perkuburan di Kampung Telaga Pandak, Nashriq segera turun sambil diekori oleh Erman. Dia merentasi batu-batu nesan yang tegak berdiri, sambil matanya sibuk mencari kubur milik Munif Haji Hasyim. Namun tanah perkuburan itu terlalu luas. Dia akan mengambil masa jika mahu meneliti setiap kubur itu satu persatu.

“Yang mana satu pusara pak cik Munif bang?” Soal Nashriq pada Erman. Namun lelaki itu hanya menggelengkan kepala. Dia sendiri tidak pasti yang mana satu.

“Assalamualaikum…”sapa suatu suara. Serentak Nashriq dan Erman menoleh sambil menjawab salam. Seorang lelaki tua berkopiah putih tercegat memerhatikan ke arah mereka.

“Anak ni mencari kubur siapa?” Tanya lelaki itu.

Erman dan Nashriq saling berpandangan. Erman segera melangkah ke arah lelaki tua itu seraya menghulurkan salam.

“Pakcik, kami nak mencari kubur Munif bin Haji Hasyim. Pakcik tahu yang mana satu kuburnya?” Soal Erman perlahan.

“Munif?” Lelaki itu mengerutkan dahinya. Lama dia termenung seperti memikirkan sesuatu.

“Munif Haji Hasyim yang bapaknya bekas askar tu kan?” Lelaki itu bertanya.

Erman dan Nashriq serentak mengangguk, meskipun mereka sendiri tidak pasti apakah ayah Munif dahulu bekas askar.

“Kalau Munif yang itu, pakcik kenallah. Mari pakcik tunjukkan kuburnya,” ujar lelaki berkopiah itu. Nashriq dan Erman tanpa banyak soal terus menekori lelaki itu sehingga sampai ke suatu tanah perluburan yang agak bersih.

“Ha inilah kuburnya, tapi kasihan dia, mati dalam penjara sebelum sempat dibicarakan. Dahlah tu tak ada saudara mara pula. Satu-satunya adik perempuan dia pun dah lama meninggal dunia.” Keluh lelaki berkopiah itu.

Nashriq tergaman. Adik perempuan? Dia mengerling Erman yang turut terperanjat. Selama ini belum pernah mereka mendengar tentang Munif yang memiliki saudara perempuan.

“Pakcik, boleh saya tahu siapa nama adik perempuan Munif ni?” Soal Nashriq tiba-tiba.

“Oh nama dia Suhana. Dia meninggal dunia dekat dua puluh tahun lebih. Meninggal semasa bersalin. Tapi kata orang anak dia pun meninggal juga. Ha kubur Suhana tu tak jauh dari kubur abangnya. Sebelah itu aje,” tunjuk lelaki tua itu.

Nashriq berpaling menatap batu-batu nesan yang tegak berdiri di hadapannya. Seketika kemudian dia mengerutkan dahinya. Rasa aneh mula muncul dalam dirinya.

“Err pakcik, saya tengok kubur ni seperti ada yang menjaganya, pak cik kenal ke siapa-siapa yang selalu mengunjungi kubur ni?” Soal Nashriq seraya menjeling ke arah Erman.

Lelaki tua itu terdiam. “Setahu pakcik, Munif ni tak ada siapa-siapa lagi selain anak isterinya. Tapi orang kampung kata, isteri Munif tu dah melarikan diri bersama anaknya setelah Munif dimasukkan ke dalam penjara. Pakcik pun tak tahu betul ke tidak cerita ni, tapi memang ada seorang perempuan datang melawat kubur ni setiap dua bulan sekali.”

Nashriq tersentak. Perempuan?

“Perempuan tu tua ke muda pakcik?”

“Hmm masih muda, cantik pulak tu. Tapi setiap kali pakcik tanya siapa dia, dia diam sahaja. Tapi selalu kalau datang, dia tak lupa bersedekah dekat tabung wakaf masjid sebelah kubur ni.” Cerita lelaki berkopiah itu.

Nashriq terdiam mendengar cerita lelaki tua itu. Tapi otaknya ligat berfikir, apakah perempuan yang dimaksudkan itu Raihana? Jika benar Raihana masih hidup, kenapa dia tidak mencari aku? Kenapa dia membiarkan aku seperti orang gila mencarinya di setiap pelusuk negeri. Menjejak setiap langkahnya yang tak pernah meninggalkan kesan.

“Kau masih fikir perempuan yang dimaksudkan oleh Pak Abu tu Raihana?” Soal Erman, bagaikan tahu apa yang sedang difikirkan oleh Nashriq.

“Entahlah, buntu kepala saya ni. Mungkin ya dan mungkin juga bukan dia. Tapi walau siapa pun dia, saya harus mencarinya.” Balas Nashriq.

“Bukankah kau dah tinggalkan nombor telefon pada Pak Abu. Kalau perempuan tu datang lagi, Pak Abu akan hubungi kau segera. Jangan bimbang sangat Naz, lambat laun Raihana akan kita temui juga. Percayalah!” Ujar Erman cuba menyakinkan lelaki itu.

Nashriq hanya diam. Dia sebenarnya kurang yakin, apakah dia masih berpeluang menemui Raihana sepanjang hidupnya. Namun jauh di sudut hati, dia memang menyimpan hasrat setinggi gunung untuk bertemu gadis itu semula.

******

Kaki Duha Maisara melangkah tenang masuk ke wad psikiatrik itu. Beberapa sukarelawan yang bersamanya, ada yang kelihatan takut-takut.

...bersambung

Bab akan datang:

Apa yang Duha lakukan di wad psikiatrik tersebut? Siapakah yang ingin ditemui?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience