Rate

Chapter 168

Romance Completed 26118

Bab 168

“Awak tak boleh paksa saya untuk terus bekerja dengan awak. Saya ada hak untuk berhenti.”

“Kenapa? Hanya kerana peristiwa tu kau terus nak berhenti kerja? Sikap apa ni!” Nashriq menempelaknya.

Duha Maisara terdiam. Jadi lelaki itu sudah tahu apa yang berlaku?

“Apa ibu aku cakap dengan kau tempoh hari?” Tanya Nashriq.

Duha Maisara tidak menjawab. Dia memalingkan wajahnya. Entah kenapa hatinya terasa sebak tiba-tiba. Dia tidak berniat mahu melayan Nashriq begitu, tapi dia tidak mahu terus membiarkan dirinya jatuh cinta pada lelaki itu lagi.

“Dia suruh kau tinggalkan Mega Timur dan berhenti kerja, begitu?” Soal Nashriq. Namun dia mengeluh panjang dengan sikap membisu Duha Maisara. Hatinya semakin panas.

“Kau sedar ke yang kau bukan bekerja dengan ibu aku tapi dengan aku Duha. Aku yang bertanggungjawab pada kau. Sepatutnya bila berlaku hal macam ni, kau datang pada aku dan bukannya bersikap macam ni.” Herdik Nashriq sudah hilang sabar.

“Cakaplah apa sahaja awak nak cakap. Keputusan saya muktamad. Saya akan hantar surat letak jawatan esok.” Duha Maisara bingkas bangun lalu menuju ke suatu rak. Dia menyimpan kembali buku yang dibacanya ke dalam rak.

Nashriq turut bangun lalu mengekori Duha Maisara. Apabila gadis itu berpaling, wajah Nashriq sudah di hadapannya. Berdiri di antara dua rak.

“Tepi, saya nak lalu,” pinta Duha Maisara. Nashriq tidak berganjak. Matanya mencerun tajam ke wajah itu.

Duha Maisara mengetapkan bibirnya. Sikap Nashriq membuatkan dia juga kurang sabar. Dia cuba menolak tubuh lelaki itu, tapi Nashriq lebih pantas memegang tangannya. Duha Maisara tergamam.

Perlahan-lahan lelaki itu melangkah mendekatinya. Semakin lama semakin hampir sedangkan dadanya sudah berombak kencang. Renungan itu terus melekat di wajahnya. Namun pandangan mata itu tidak lagi dingin seperti tadi. Mata kedua-duanya bertaut.

“Dah tiga hari. Tiga hari kita tak jumpa. Tidakkah kau rindu pada aku Duha?” Bisikan itu terlontar dari bibir Nashriq. Lembut. Duha Maisara seakan terpukau. Oh Tuhan! Kenapa aku jadi lemah sebaik mendengar bicaranya?

******

“Kita dah boleh trace siapa pemilik cek tu, Asri.”

“Siapa, Rahman?”

“You won’t believe this. Engku Iskandar, abang ipar Zainal” Ujar Rahman salah seorang teman lamanya semasa menuntut dulu. Kini lelaki itu salah seorang pengarah bank utama di Malaysia.

“Are you sure?’

“Hundred percent. Bank memang menyimpan semua data-data transaksi yang melibatkan cek. Duit itu datangnya dari salah satu akaunnya. Tapi kenapa kau beria-ria nak tahu tentang cek tu?”

“Aku ada urusan penting dengan lelaki itu. But anyway thanks atas pertolongan kau itu.” Asri meletakkan gagang telefon. Dia termenung panjang. Engku Iskandar. Nama itu disebut berulangkali. Dia jarang bertemu lelaki itu, tapi dia tahu Zainal Ikram memang tidak suka pada lelaki itu. Dia juga tahu tidak mustahil lelaki itu yang merancang semua kejadian yang berlaku dua belas tahun lalu. Dia berada di Australia, ketika mendapat panggilan dari Zainal Ikram suatu ketika dahulu.

“Asri, kau kena bantu aku. Aku rasa ada orang cuba bunuh aku dengan Naz.” Suara lelaki itu tenggelam timbul dalam pendengarannya.

“Apa kau merepek ni Nal, siapa nak bunuh kau dengan Naz?”

“Aku tak tahu, tapi dua malam lepas tali brek kereta aku diputuskan. Sehari sebelumnya kereta aku diekori sebuah kereta. Nyaris aku dan Nashriq nak dilanggarnya.”

“Kau dah report polis?”

“Belum. Aku kena bawa Nashriq pergi dari sini secepat mungkin Asri, sebelum ada kejadian yang lebih buruk lagi berlaku. Aku perlukan pertolongan kau.”

“Tak apa, esok aku akan ambil penerbangan pertama ke Malaysia. Kita jumpa nanti.”

Namun tak siapa menduga, itulah perbualan terakhirnya dengan Zainal Ikram. Kerana cuaca buruk, penerbangan yang akan dinaikinya pada keesokkan harinya terpaksa ditunda. Tapi sebaik sampai ke KLIA kemudiannya, dia mendapat perkhabaran buruk itu dari skrin televisyen di airport. Berita tentang Zainal yang rentung dalam kebakaran di salah sebuah vilanya benar-benar mengejutkannya. Tambahan pula dengan penangkapan Munif yang dituduh menjadi dalang yang menghidupkan api di vila itu. Dia benar-benar tidak percaya dengan berita itu, apatah lagi Munif adalah temannya sendiri. Sahabat karibnya.

“Aku tak buat kerja-kerja tu semua Asri. Bukan aku yang bunuh Zainal.” Lelaki itu tak putus-putus menafikannya semasa dia melawat Munif di penjara.

“Aku percaya cakap kau Munif. Kau dan aku dah lama berkawan. Apa sebenarnya yang terjadi?”

“Aku pun tak tahu. Aku yang bawa Zainal ke vila itu sebab dia nak siapkan satu pelan bangunan. Sambil dia bekerja aku temankan dia berbual-bual. Lepas tu aku keluar sekejap untuk ambil angin.

...bersambung

Bab akan datang:

Siapakah yang membunuh Zainal Ikram? Adakah Engku Iskandar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience