Rate

Chapter 86

Romance Completed 26118

Bab 86

Oh Tuhan! Aku terjebak dalam permainan apakah ini? Mana mungkin aku akan sudi bekerja di Mega Timur, tempat yang meninggalkan nostalgia hitam dalam hidupku. Tapi aku juga tak boleh membiarkan Zafran tahu cerita sebenar. Dia terduduk lemah. Tidak percaya dengan apa yang dihadapinya.

******

Zafran hanya merenung kosong pada mee goreng di pinggannya. Dia hanya menyentuh makanan malamnya itu sedikit sahaja, selepas itu dia lebih banyak termenung. Entah mengapa, sejak dua tiga hari dia seolah tidak berminat menumpukan perhatian pada pesakitnya. Semuanya kerana Duha Maisara. Malah kerana gadis itu juga, buat pertama kali dia ditegur Doktor Helmi siang tadi.

Dia sudah berpindah balik ke apartment lamanya yang selama ini diduduki oleh Duha Maisara. Sengaja dia pulang dengan harapan suatu hari nanti, Duha Maisara akan muncul jua di rumah itu. Tapi sudah hampir seminggu lebih, bayang Duha Maisara langsung tidak kelihatan. Duha, mana Duha pergi ni? Keluh Zafran risau.

Dia benar-benar bimbangkan Duha Maisara sendirian di luar. Entah bagaimana keadaan dia? Sihatkah dia? Di manakah dia tinggal? Semua soalan itu kerap meletus di kepalanya sejak akhir-akhir ini. Namun sekuat mana pun dia memerah otak memikirkan ke mana arah tujuan gadis itu, tapi dia hampa jua akhirnya. Ke mana dia harus mencari? Lagi pula Duha Maisara yang dikenalinya tidak ramai kawan. Selain Syafa bos Duha Maisara di kedai buku itu, dia tidak terfikir lagi untuk bertanya pada siapa.

Siang tadi juga selepas pulang dari hospital, dia terus ke institusi Al-Raudah bertemu Doktor Habibah. Namun doktor itu juga mengatakan tidak pernah nampak Duha Maisara di situ sejak beberapa hari yang lalu. Mendengar penjelasan doktor itu, dia jadi hampa. Tidak sedar kakinya melangkah ke tingkat tiga bangunan lama itu. Dia mencari-cari bilik bernombor dua yang terletak di tepi sebuah bilik stor lama.

“Cik Duha selalu ke sana, melawat pesakit itu. Dia berada di tingkat tiga, bilik kedua dari kiri. Bilik nombor lima.” Kata-kata Doktor Habibah tempohari masih di ingatannya.

Mata Zafran menjengah ke dalam sebuah bilik menerusi cermin kecil di hadapan pintu bilik. Lama matanya mencari, akhirnya dia terpandang kelibat seorang wanita tua sedang duduk terperosok mengadap ke dinding putih. Tubuh wanita itu bergerak ke kiri ke kanan seperti orang yang sedang beratib. Mata Zafran tidak berganjak dari wanita itu. Dia benar-benar hairan. Apa pentingnya wanita itu sehingga Duha Maisara pergi melawatnya selalu? Dan persoalan demi persoalan itu dibawa pulang ke rumah. Selagi Duha Maisara sendiri tidak menjelaskan, semuanya akan terus menjadi tandatanya, bisik Zafran sendirian.

******

Engku Latifah termenung panjang di sebuah kerusi. Sejak semalam, dia tidak dapat tidur lena. Tidak juga lalu makan. Ingatannya tertumpu pada peristiwa di lobi Mega Timur petang kelmarin. Sikap Nashriq benar-benar membuatnya kecewa.

Anak itu sudah berjanji mahu turut serta melawat tapak projek tapi sampai masanya, Nashriq pergi begitu sahaja tanpa memberitahu. Malah Nashriq beredar sambil membawa seorang perempuan yang tak dikenali di ruang lobi. Sudah acapkali Nashriq mungkir janji dengannya.

Dia sendiri memang terkejut apabila terpandang perempuan itu terdampar di atas lantai setelah terlanggar troli yang dibawa masuk oleh pekerja-pekerja syarikat itu. Belum sempat dia berkata apa-apa, Nashriq sudah masuk campur. Dan tanpa apa-apa penjelasan juga, anaknya beredar bersama perempuan itu. Hatinya menderu, benar-benar panas hati.

“Encik Nashriq bawa gadis tadi ke hospital,” beritahu pengawal keselamatan itu setelah dia bertanya.

“Kita dah lambat ni Puan Engku,” ujar Mizal, salah seorang jurutera projek di situ. Engku Latifah mengeluh. Mahu tak mahu dia terpaksa beredar bersama Mizal dan beberapa eksekutif kanan menuju ke arah kereta yang sudah tersedia di luar bangunan itu.

“Langsung tak macam ayahnya!” Bisik Engku Latifah tanpa sedar. Sesaat dia bagaikan terpempan. Terkejut dengan kata-katanya sendiri. Dia segera mendapatkan telefon bimbitnya lalu mula mendail. Beberapa ketika dia menunggu sehingga panggilannya diangkat.

“Erman, Nashriq dah datang ke pejabat?” Soalnya pada lelaki di hujung talian.

Diam.

“Belum lagi? Dah pukul berapa ni?” Suaranya tanpa sedar meninggi.

Diam.

“Pukul berapa dia balik semalam?”

Mendengar jawapan Erman, dia mengeluh panjang.

“Kalau dia sampai, suruh dia telefon saya.” Engku Latifah mengakhiri perbualan. Dia termenung seketika di situ. Dahinya berkerut. Sudah hampir pukul 9 pagi, ke mana lagi lelaki itu pergi sehingga sekarang belum sampai? Tidakkah dia tahu yang dia harus ke Hotel Istana untuk menghadiri majlis perasmian jual beli projek perumahan rumah banglo dua tingkat di Jalan Kenanga hari ini?

...bersambung

Bab akan datang:

Mana pula perginya Nashriq? Adakah dia lupa tentang majlis tersebut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience