Rate

Chapter 204

Romance Completed 26118

Bab 204

Auntie Jing yang terpandangkan Nashriq tergaman melihat anak muda itu.

“Kalau tak salah, anak ini yang bawa Cik Estella pulang tempohari bukan?” Tanya Auntie Jing. Dia mula mengingati wajah lelaki itu. Nashriq hanya diam.

“Auntie, tolong kejutkan Cik Estella. Katakan padanya, ada tetamu penting mahu bertemu dia,” ujar Jason. Nashriq agak tercengang mendengar ungkapan lelaki itu. Tetamu penting?

Beberapa ketika, wajah Estella muncul di ruang tamu. Melihat kehadiran Nashriq di situ, dia terkesima.

“Naz, kenapa you datang malam-malam begini? Ada hal pentingkah?” Soalnya bertalu-talu.

Nashriq tidak terus menyatakan tujuan kedatangannya. Sebaliknya matanya memandang tidak mahu lepas ke arah wanita yang berwajah sedikit pucat itu. Hatinya masih belum mahu percaya.

“Tolong lepaskan Suraya. I akan bagi semua yang you mahukan jika you lepaskan dia. Jika you mahukan Mega Timur sekalipun, I akan serahkannya pada you. She’s sick, she was really sick. Jika you kurung dia lebih lama, nyawanya mungkin terancam.” Ujar Nashriq

“Apa yang you cakapkan ni Naz? Siapa Suraya?” Estella mengerutkan dahinya. Dia memandang ke arah Jason yang turut tidak mengerti.

“Jangan berpura-pura lagi Cik Estella. Suraya diculik oleh orang-orang you dua hari yang lalu. Jika you benar-benar mahukan Mega Timur, you tidak perlu buat sampai begini untuk memaksa Dato’ Mustadza menyerahkan semua saham-saham Mega Timur pada you. I akan beri you shares I kalau itu yang you mahukan.” Ujar Nashriq tenang.

Estella agak terkejut mendengar kata-kata Nashriq. Dia mula memahami apa sebenarnya yang telah berlaku. “You percaya I yang buat semua ni Naz?” Soal Estella sambil merenung lelaki di hadapannya.

“I tak mahu percaya, but if it is true, then it’s not possible.” Balas Nashriq.

Estella mengeluh. Dia memandang ke arah Jason yang seperti termenung panjang. “What do you think, Jason?” Tanya Estella pada lelaki itu.

“Maybe Reyna dan Albert dalang di belakang semua ini.” Ujar Jason.

“You think so?”

Jason mengangguk penuh yakin.

Nashriq yang mendengar perbualan singkat antara keduanya mengerutkan dahinya. Albert? Dia kenal siapa Reyna Tan tapi siapa pula Albert yang disebut oleh lelaki itu?

“Jason, boleh you dapatkan maklumat di mana mereka sorokkan budak perempuan tu. Lepas tu you kumpulkan orang-orang kita. I dah hilang sabar dengan kerenah Albert. We must do something.” Ujar Estella memberi arahan. Jason hanya mengangguk lalu beredar pergi dari situ. Estella mengalihkan tumpuannya ke arah Nashriq.

“You balik dulu Naz, I janji I akan cari dia. Kalau semua perkara ni dah selesai, I akan inform you. You baliklah.” Ujar Estella.

“Apa sebenarnya dah berlaku Cik Estella? Siapa Albert tu?”

“You tak perlu tahu apa-apa. Let me handle this. You should go home right now.”

“Tidak, selagi I tak tahu apa yang sebenarnya berlaku, I takkan balik. Jika you nak ke tempat-tempat penculik tu, I nak ikut sekali. I kena selamatkan Suraya.” Tegas Nashriq berdegil.

“Naz, please…you tak tahu dengan siapa you berhadapan sekarang. Mereka orang yang sangat merbahaya Naz. Mereka sanggup membunuh jika perlu.” Pujuk Estella mulai resah.

“I tahu siapa dan apa di belakang A&K Corporation. I juga tahu I berhadapan dengan siapa. You tak perlu bimbangkan keselamatan I. I boleh jaga diri I sendiri.”

Estella mengeluh. Lelaki itu cukup degil. Sukar dia mahu menjelaskan pada Nashriq tentang bahaya berhadapan dengan kumpulan Black Parade. Kemunculan Jason di muka pintu, membuatkan mata Estella beralih arah.

“Kita dah dapat lokasi mereka di sebuah gudang lama di Syah Alam. Saya dah suruh orang-orang kita berangkat ke sana Cik Estella. Mereka akan mengawasi tempat itu.” Lapor Jason. Estella hanya mengangguk.

“Kita juga patut berangkat sekarang Jason.” Estella melangkah menuju ke arah almari kecil di suatu sudut. Dia menolak almari kecil itu ke tepi, menampakkan sebuah peti kecil terpampang pada dinding seolah-olah peti besi. Nashriq tergaman apabila melihat Estella membuka peti besi itu lalu mengeluarkan sepucuk pistol beretta bersama sekarung peluru.

Mata Estella mengarah ke arah Nashriq yang seolah bingung. Perlahan-lahan, kakinya diatur ke arah anak muda itu.

“Sekarang you dah tahu bahaya yang I maksudkan Naz. I tak mahu you cedera atau diapa-apakan. Sekali lagi I minta you balik, tunggu di rumah. I akan selamatkan kawan you tu. Percayalah cakap I,” ujar Estella lalu beredar keluar bersama Jason. Untuk seketika Nashriq seperti kebingungan. Patutkah dia ikut serta dalam sesuatu yang mungkin merbahaya. Lagipun dia tahu serba sedikit latarbelakang Estella. Pasti hal ini melibatkan kongsi gelap, jika tidak wanita itu takkan sesekali menyimpan pistol di rumah.

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Nashriq mendengar kata Estella atau dia tetap mahu mengikutinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience