Rate

Chapter 117

Romance Completed 26118

Bab 117

Dia tunjukkan kami surat yang ditandatangani sendiri oleh Cik Zoey.” Beritahu jururawat itu.

Estella tersentak mendengar perkhabaran itu. Dia baru hendak menjenguk baby yang baru lahir itu di wad bersalin. Tapi berita yang keluar dari mulut jururawat itu benar-benar mengejutkannya.

“Tapi siapa yang bawa pulang bayi adik saya?” Tanya Estella sekadar untuk memastikan.

“Maaf cik, itu saya tak pasti. Tapi semua surat kelulusan datangnya dari doktor. Dia yang approvekan.” Ujar jururawat itu lagi.

Estella memejamkan matanya. Tak sanggup mengulang semula kata-kata jururawat itu yang dianggapnya tak munasabah. Bagaimana pihak hospital boleh membenarkan seorang bayi dibawa pergi oleh orang yang tidak dikenali. Itulah yang membingungkan Estella. Nafasnya jadi sesak menahan marah apabila teringatkan kejadian itu. Namun diam-diam dia pasti dia tahu siapa yang menjadi dalang ke atas kehilangan bayi itu.

Kematian Zoey dan kehilangan bayi itu membuatkan kesihatan ayahnya semakin terjejas hari demi hari. Steven Wong mula tidak mengendahkan hal persatuan. Syarikatnya juga dibiarkan begitu sahaja hingga nyaris-nyaris terlibat dalam masalah. Mujurlah dia cepat bertindak.

Melihat keadaan ayahnya, Estella benar-benar risau. Benar-benar bimbang. Keadaan ayahnya semakin teruk. Wajah lelaki itu pucat lesi, badannya juga mula kurus melidi. Dia terpaksa mengupah seorang jururawat untuk menjaga ayahnya. Namun jururawat yang datang tidak tahan lama, apabila Steven Wong mula berperangai panas baran. Estella sudah tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Dia tahu lelaki itu kecewa dengan kematian Zoey. Juga hampa dengan kehilangan satu-satunya cucu dari darah dagingnya sendiri.

Hinggalah suatu hari Estella dikejutkan dengan suatu berita.

“Cik Estella, balik segera. Tuan Steven….dia…dia…” Tergagap-gagap pembantu rumah itu cuba memberitahu.

“Dia apa Mini?”” Tanya Estella agak keras.

“Tuan cuba bunuh diri!”

“Apa?” Langkah Estella kian longlai. Dia cuba berpaut pada pemegang anak tangga. Cuba menahan dirinya yang seakan hilang upaya, sebaik mendengar khabar dari Mini, pembantu rumah Indonesianya.

******

“Duha, tolong ambilkan fail proposal sebut harga tanah 25 ekar di Permatang tu atas meja aku. Lepas tu tolong buat dua salinan. Satu salinan hantar pada bahagian pengurusan tender. Satu salinan lagi kau simpan untuk rujukan kita besok dengan pihak Sri Sutra Corporation. Oh ya lepas ni aku nak ke Putrajaya, jadi aku mungkin tak balik ke pejabat,” pesan Nashriq dalam telefon.

Belum sempat Duha Maisara mahu menyampuk, lelaki itu tergesa-gesa memutuskan talian.

Dia mengeluh. Entah kenapa dengan lelaki itu hari ini. Ada hal penting agaknya sampai nak ucapkan ‘bye’ pun tak sempat. Ah mungkin dia mengejar masa, kenapa tiba-tiba aku pula yang nak terasa.

Duha Maisara segera ke pejabat Nashriq. Dia harus mengerjakan apa yang disuruh oleh lelaki itu sebaik yang mungkin. Selepas mendapat fail yang dikehendakinya, Duha Maisara segera melangkah ke arah mejanya yang bersebelahan dengan meja fotostat. Dia segera membuat dua salinan dokumen dalam fail. Hampir tengahari, barulah kerja itu selesai. Itupun setelah 45 minit dia menanti Zulzaman, pegawai di bahagian tender sebelum menyerahkan satu salinan proposal.

Duha Maisara tahu, sejak akhir-akhir ini Nashriq bekerja keras menyiapkan proposal sebut harga tanah yang akan dilelong oleh pihak Sri Sutra Corporation. Malah ‘presentation’ pihak yang berminat akan diadakan minggu hadapan di bangunan pejabat Sri Sutra.

Meskipun dia bukanlah berkelulusan tinggi, namun bekerja di bidang itu bersama Nashriq dirasakan tidak sesukar mana. Lagipun dia cepat belajar. Dalam tempoh beberapa minggu, dia sudah mahir menjalankan arahan Nashriq.

“Ehemmm….” Suatu suara berdehem mengejutkan Duha Maisara. Dia berpaling. Suraya tercegat dengan wajah girang.

“Dah habis kerja? Jom temankan I makan tengahari.” Ajak Suraya. Gadis itu memang selalu mempelawanya. Hanya dia yang segan mahu berkawan dengan Suraya yang berpangkat tinggi di situ.

“Nak makan di mana?” Tanya Duha Maisara lurus.

Namun belum sempat Suraya mahu membalas, suatu suara menegur gadis itu tiba-tiba.

“Suraya, jom lunch dengan I tengahari ni.” Ajak Erman, sekejap sahaja sudah berada di samping gadis itu. Suraya mengerling Erman seraya tergelak.

“I no problem tapi I dah ajak Duha lunch. How about if we go out together? You tak kisahkan abang Erman?” Suraya memandang Erman.

Mata Erman beralih ke arah Duha Maisara yang kelihatan serba-salah.

“Eh tak apalah Cik Suraya, saya tak kisah. Cik Suraya pergilah lunch, jangan dirisaukan saya.” Ujar Duha Maisara pantas. Dia bimbang mahu menyertai keduanya, apatah lagi sejak akhir-akhir ini, dia dapat merasakan Erman bagaikan tidak suka dengannya. Pandangan lelaki itu padanya nampak aneh.

“Janganlah macam tu Duha, kita keluar makan saja. You nak takut apa?”

...bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Duhan mengelak dari keluar makan bersama Suraya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience