Rate

Chapter 100

Romance Completed 26118

Bab 100

“Tak apalah kalau begitu, memang bagus pun jika kita selalu melapangkan masa melawat orang yang sakit. Tapi abang nak Duha pulang ke rumah. Pulang ke apartment abang semula. Abang akan pindah ke asrama hospital.” Ujar Zafran.

Duha Maisara terdiam. Pindah semula? Tapi bagaimana kalau orang-orang Black masih mencarinya? Dia tidak mahu Zafran terkena bahananya. Masa depan Zafran cerah. Dia tidak mahu menjadi penyebab kepada kesusahan Zafran.

“Kat mana Duha tinggal? Lepas ni kita ke sana, ambil barang-barang Duha. Selepas itu kita balik ke rumah abang,” suruh Zafran bagaikan mengarahnya. Duha Maisara sudah kebuntuan idea. Dia tak mahu Zafran tahu di mana dia tinggal. Lagipun vila itu milik Nashriq. Tentu lelaki itu terkejut jika tiba-tiba sahaja dia hilang dari vila itu. Sekurang-kurangya dia harus memberitahu Nashriq terlebih dahulu.

******

Nashriq muncul agak awal pagi itu dari biasa. Terkejut Anis apabila melihat Nashriq sudah terpacul di muka pintu. Selalunya pukul 8 atau 9 baru lelaki itu sampai di pejabat. Tapi ketika jarum jam baru menginjak pukul 7.30, lelaki itu sudah muncul. Entah apa mimpinya semalam, bisik hati kecil Anis.

“Anis, kalau Duha sampai suruh dia ke pejabat saya sekarang juga,” arah Nashriq dengan wajah serius. Lelaki itu terus melangkah ke biliknya sebelum sempat Anis mengangguk. Gadis hitam manis itu ternganga dengan sikap Nashriq pagi itu. Macam nak ribut aje, detik hatinya.

Sebaik Duha Maisara sampai, Anis terus memanggil gadis itu ke mejanya.

“Duha, Encik Nashriq suruh kau masuk jumpa dia.”

“Encik Nashriq? Dia dah balik dari Jakarta.”

“Dah, tapi anginnya macam tak baik hari ni. Kau tu hati-hati sikit, nanti tak fasal-fasal kena ribut monsun tropika pula.” Gurau Anis sambil tergelak. Duha Maisara turut ketawa. Lucu dengan istilah yang dipakai oleh gadis itu. Dia memang sudah mesra dengan Anis yang baik hati.

Duha Maisara menarik nafas panjang sebelum mengetuk pintu bilik Nashriq. Sebaik terdengar suara lelaki itu mengarahkannya masuk, Duha Maisara terus menguak daun pintu. Terpacul wajah Nashriq sedang tunduk mencatat sesuatu pada dokumen di atas mejanya.

Duha Maisara tercegat seperti orang bodoh, menunggu apa-apa arahan yang mahu ditugaskan oleh lelaki itu. Tapi Nashriq seolah tidak peduli padanya yang menanti di situ. Perlahan-lahan mata Duha Maisara mengarah ke wajah lelaki itu. Dia tersenyum tanpa sedar. Entah kenapa hatinya terasa bahagia hanya dengan menatap wajah Nashriq. Diam-diam dia akui lelaki itu memang tampan. Jika tidak masakan di alam persekolahan mereka, Nashriq sering menerima surat-surat cinta yang kerap dititipkan melaluinya. Ada saja kakak-kakak dari sebelah sekolahnya yang memintanya menghantar pesanan cinta buat lelaki itu.

“Lain kali kalau Hana terima lagi surat macam ni, buang saja.” Marah Nashriq ketika dia menghulurkan beberapa pucuk surat pada anak muda itu selepas pulang dari sekolah. Tergaman dia melihat Nashriq membuang surat-surat itu dengan selamba ke dalam tong sampah.

“Abang, kenapa buat macam tu. Kasihan kakak-kakak tu semua.” Dia menyuarakan rasa tidak puas hatinya. Bulat mata Nashriq ketika mendengar kata-katanya.

“Hana ni sebelahkan siapa? Abang ke atau budak-budak perempuan tu? Atau mereka dah sogok Hana dengan hadiah ya?” Duga Nashriq.

“Ish mana ada. Diaorang cuma bagi Hana coklat,” ujarnya nakal. Mata Nashriq membuntang menatapnya.

“Oh betullah dah kena sogok ni. Patutlah beria-ria suruh abang balas surat tu,” herdik Nashriq. Dan dia hanya tertawa mendengar bebelan Nashriq.

Duha Maisara terus tersenyum. Entah kenapa terlalu banyak kenangan indahnya bersama Nashriq ketika itu.

Apabila mata Duha Maisara kembali menatap ke arah lelaki itu, dia jadi gugup tiba-tiba. Mata Nashriq mencerun tajam ke arahnya. Duha Maisara jadi malu tiba-tiba. Dia nampakkah aku tersenyum sorang-sorang tadi?

“Kau buat apa di pejabat dalam masa seminggu ni?” Soal Nashriq.

Duha Maisara tergaman. Buat apa? Tantulah aku buat seperti apa yang dipesankannya pada Anis.

“Macam yang awak suruh, baca dokumen syarikat ni.” Jawab Duha Maisara.

“Betul kau baca atau kau cuma duduk melamun.” Sindir Nashriq. Duha Maisara tersentak. Alamak, betul kata Anis. Hari ini mood lelaki itu tidak baik.

“Semalam kau ke mana?” Tanya Nashriq lagi. Duha Maisara terpana. Dia tidak faham maksud pertanyaan lelaki itu.

“Aku tanya kau ke mana semalam? Seharian aku tunggu kau di depan rumah, tapi kau tak balik-balik sepanjang malam sampai pagi ni kan?”

Kata-kata Nashriq membuatkan Duha Maisara terpegun. Apa dia menanti akukah sepanjang malam semalam? Duha Maisara serba salah. Haruskah dia memberitahu Nashriq bahawa dia terpaksa mengikut arahan Zafran pulang ke apartment lelaki itu?

...bersambung

Bab akan datang:

Adakah Duha akan memberitahu Nashriq tentang Zafran?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience