Rate

Chapter 162

Romance Completed 26118

Bab 162

Asri terdiam. Dia tidak tahu apakah patut dia bercerita tentang doktor itu sebab sebenarnya?

******

Matanya dibuka perlahan-lahan. Tapi cahaya yang mencelah dari sebalik tirai jendela membuatkan pandangannya silau. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali. Apabila pandangannya dilontar ke suatu sudut, kelibat tubuh Reyna yang sedang nyenyak tidur di atas sofa membuatkan dia terpaku.

Perlahan-lahan Estella cuba bangun dari katil, tapi serentak dia mendesis kesakitan. Kepalanya benar-benar pusing.

Reyna yang terjaga dari tidur, tergaman melihat wanita mengerutkan dahinya. Dia pantas menuju ke arah Estella yang masih memegang kepalanya.“Kenapa Es, sakit?” Tanyanya simpati.

“Kenapa you boleh ada di sini?” Soal Estella dingin.

“You mabuk teruk semalam. Auntie Jing yang beritahu I.”

Estella terdiam. Dia cuba mengingati perihal semalam. Semalam dia memang keliru dan ingin bersendirian. Dia sendiri tidak ingat berapa banyak dia minum minuman keras itu. Tapi sakit hatinya terlalu mendesak dia mengambil minuman alkohol sebagai penyesaian.

“Siapa lelaki yang hantar you balik semalam?” Tanya Reyna lagi.

Estella tergaman. Lelaki?

“Auntie Jing kata ada seorang lelaki hantar you balik, siapa dia? You kenal dia?”

Estella terus diam. Entah mengapa imbas wajah Nashriq muncul di kepalanya. Apakah anak muda itu yang menghantarnya pulang semalam? Dia sendiri tidak tahu kenapa dia terlalu ingin bertemu Nashriq. Perasaan bersalahnya terlalu kuat menghantuinya. Dia benar-benar bingung.

“I tahu you susah hati Es, tapi you kena tahu I juga susah hati tengok you begini. Dalam keadaan kita ini, kadangkala kita terpaksa mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Kita terpaksa membuat pilihan sebab kita tak boleh memiliki kedua-duanya serentak.” Ujar Reyna sambil memandang wanita itu.

“Senang you cakap. You bukan waris Keluarga Wong yang terpaksa memikul beban ini sepanjang hidup. I dah kehilangan keluarga Reyna. Dalam hidup I kini hanya ada Nashriq seorang. Tapi dia sendiri tak percaya I ni mak ciknya,”rintih Estella.

Mata Reyna terbuka luas sebaik mendengar kata-kata Estella.

“You beritahu dia siapa you?’ Reyna seperti tidak percaya.

“Kenapa? Kalau dia tahu pun, you nak bunuh dia?” Estella mengguman geram.

“Es, kenapa you ni bodoh sangat? You tahu tak you dah membahayakan Nashriq dengan memberitahu dia siapa dirinya yang sebenar.”

“Apa gunanya kalau dia tidak percayakan I?”

Reyna terdiam. Otaknya puas berfikir. Matanya merenung Estella yang kelihatan muram. Dia tahu dalam keadaan sekarang, Estella bertindak tanpa pertimbangan.

“Sudahlah, I nak bersendirian. You baliklah Reyna,” pinta Estella perlahan.

“Urusan di syarikat banyak, Es. You kena uruskannya atau pak cik you Albert akan tahu ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku. You nak dia syak sesuatu?”

“Go to hell dengan Albert tu. I atau dia bos di A&K Corporation?” Herdik Estella berang. Reyna terdiam.

“Tak apalah, nanti I beritahu board yang you tak sihat. I pergi dulu,” ujar Reyna beralah. Dia melangkah perlahan-lahan menuju ke muka pintu. Tapi belum separuh langkahnya, namanya diseru Estella. Dia berpaling.

“Yes?’

“Reyna, selain hal ini, you masih ada sesuatu yang lain yang cuba you sembunyikan dari I?” Wajah Reyna direnung tajam. Reyna tergaman. Bicara Estella bukan lagi bernada menduga tapi menuduh.

“I tak faham maksud you.”

“Vila Kecil. Does it means something to you?”

Wajah Reyna pucat. Dia benar-benar gugup. Mana Estella tahu tentang Vila Kecil itu? Namun renungan tajam yang singgah di wajahnya membuatkan dada Reyna berdebar kencang. Takkan Engku Iskandar yang membocorkan rahsia itu!

******

Sudah dua hari dia berulangalik ke apartment itu mencari Duha Maisara, tapi usahkan membuka pintu, menjawab panggilan pun gadis itu tidak mahu. Nashriq benar-benar sudah mati kutu dengan sikap Duha Maisara yang tidak mahu berdepan dengannya. Kadangkala dia merasakan Duha Maisara ada dirumahnya, tapi sengaja tidak mahu membuka pintu. Sengaja tidak mahu menyahut panggilannya.

Hendak mencari Zafran untuk bertanya khabar, dia rasa berat hati. Apatah lagi sikap Zafran yang seolah membuat musuh dengannya. Lama menanti di situ, akhirnya Nashriq beralah. Dia perlahan-lahan mundur menuju ke arah lift. Dia harus balik ke pejabat.

Sampai di ruangan lobi bangunan syarikatnya, mata Nashriq terpandang sesusuk tubuh di sebalik tiang sedang melambai ke arahnya. Dia cuba meneliti. Tidak lama kemudian dia tersenyum. Pak Mat rupanya! Dia segera menuju ke arah lelaki.

“Kenapa Pak Mat duduk menyorok di sini?” Tanya Nashriq ingin tahu.

“Saya nak jumpa Encik Nashriq.”

“Jumpa saya?” Nashriq mengerutkan dahi.

“Boleh kita cakap di mana-mana Encik Nashriq?” Ujar orang tua itu.

“Err kalau macam tu. Kita ke pejabat saya?”

...bersambung

Bab akan datang:

Apa yang ingin diperkatakan oleh Pak Mat? Adakah tentang Duha?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience