BAB 58

Romance Series 93123

KEGEMBIRAAN yang terpancar pada wajah Puan Kirana dan Tuan Hafiz, ketika menyambut kehadiran mereka, menunjukkan yang betapa kehadiran mereka dinanti.
Sempat juga, Puan Kirana bertanyakan tentang Marsha, tapi jawapan yang diberikan sedikit mengecewakan Puan Kirana. Sedar kekecewaan yang terpancar pada wajah itu, Lufya berusaha untuk menceriakan Puan Kirana.
Lufya menghabiskan masa bersama keluarga Ziqri dengan keceriaan dan kegembiraan yang terpancar di wajahnya. Dengan suasana itu, dia dapat merasakan, yang dia bersama dengan keluarganya sendiri. Rindu untuk bergurau senda dengan ahli keluarganya membuatkan dia memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada, biarpun hanya keluarga mentuanya.
Betapa harmoninya kebahagiaan keluarga itu, ditambahkan lagi dengan kehadiran semua adik-beradik Ziqri dan anak saudara Ziqri yang baru. Mereka berkumpul bersama di ruang belakang yang berhampiran dengan kolam renang, untuk minum petang.
Ketika leka bercerita dan bergurau senda, bunyi sesuatu jatuh ke dalam kolam renang, membuatkan mereka semua laju memandang ke arah kolam.
Akif, anak sulung Zakri dan Syura, kelihatan sedang berusaha untuk ke tepian.
“Allahuakbar! Akif!” jerit mereka semua serentak. Masing-masing panik dan tergamam dengan insiden yang tidak diduga itu. Kaku tanpa tindakan membuatkan Lufya bertindak pantas.
Gedebush! Lufya melompat ke dalam kolam itu untuk mendapatkan Akif yang semakin lemah. Semua mata menghala pada Lufya yang sudah meraih tubuh Akif dan membawanya ke tepian.
“Ambil tuala!” arah Tuan Hafiz. Ziana yang masih panik, bergerak pantas masuk ke dalam.
Masing-masing berdiri di tepi kolam, menanti Lufya tiba ke tepian. Lufya mengangkat tubuh Akif, lalu dihulurkan pada Ziqri. Ziqri menyambut Akif yang dihulurkan padanya.
“Allah!” Zakri mengambil alih dari Ziqri dan membawa Akif masuk ke dalam, sebelum sempat Ziana muncul dengan tualanya. Puan Kirana dan yang lain mengekori langkah Zakri, meninggalkan Lufya dan Ziqri yang berada di situ.
Ziqri menghulurkan tangannya pada Lufya untuk membantu Lufya naik. Lufya mengelengkan kepalanya sambil menunjukkan bajunya yang berwarna putih. Berderau hati Ziqri, melihat pakaian Lufya yang menunjukkan keseksian tubuhnya.
“Zie!” Lantang jeritan Ziqri memanggil Ziana.
“Coming!” Ziana muncul dengan tuala di tangannya. Berkerut dahinya melihat Akif sudah tiada di situ.
“Mana Akif?” tanya Ziana hairan. Hanya tinggal Ziqri dengan Lufya, yang masih berada di dalam kolam.
“Dah masuklah. Tunggu Zie, kesejukan budak tu. Bak sini tuala tu,” Ziqri merentap perlahan tuala yang berada di dalam pegangan Ziana.
Ziana diam. Pandangannya jatuh pada Lufya yang sedang dibantu oleh Ziqri untuk naik.
“Luf, tak apa-apa?” tanya Ziana prihatin sebaik Lufya naik ke atas.
Lufya tersenyum sambil mengangguk. “Luf, okay je.”
“Tanya Luf, buat apa. Pergi tengok Akif,” suruh Ziqri.
Tubuh Lufya itu, dibalut dengan tuala mandi itu.
Ziana sengih dan menyengetkan bibirnya. Dia masuk meninggalkan Lufya dengan Ziqri berdua.
“Luf, okay?” tanya Ziqri lembut. Tubuh Lufya, dibawah ke kerusi dan didudukkan.
Lufya angguk. Dia memeluk tubuhnya sendiri. Rasa sejuk menyelubungi tubuhnya. Sedar perkara itu, Ziqri mengajak Lufya untuk mandi dan menukar pakaiannya di atas.

“TERIMA kasih banyak, Luf. Kalau Luf takde, tak tahulah apa nak jadi. Semua panik sangat,” kata Puan Kirana, ketika mereka sudah berada di ruang tamu.
Lufya memandang pada Akif dan adiknya yang sedang bermain permainan lego itu dengan senyumannya. Wajah Puan Kirana ditatapnya seketika. Ucapan terima kasih itu, sudah acap kali, dilafazkan oleh Puan Kirana, membuatkan Lufya segan.
“Sama-sama umi. Dah banyak kali, umi ucap. Bukan umi seorang, tapi semua,” jawab Lufya.
Ziqri turut tertawa mendengar jawapan Lufya itu.
“Kamu bermalam kat sini ke, Ziq?” tanya Tuan Hafiz muncul tiba-tiba.
Ziqri dan Lufya berpandangan seketika. Pandangan mereka melekat pada Tuan Hafiz yang sudah melabuhkan duduknya, di ssebelah Puan Kirana.
“Tak, abah. Luf tak bawa pakaian,” jawab Ziqri bagi pihak Lufya.
“Ada masa, ajaklah Lufya datang lagi. Ni nak tunggu umi telefon, Luf, baru muncul. Apelah kamu ni,” bebel Tuan Hafiz.
Ziqri tersengih perlahan sambil memandang Lufya yang sudah mencebik.
“Takpe abah. Call je Luf. Luf, akan pastikan… yang abang sampai, waktu tu juga,” celah Lufya.
“Hah! Dengar tu Ziq. Abah dah ada pembantu peribadi, tahu,” ejek Tuan Hafiz.
Ziqri mencebik bibir. Satu jelingan manja, di berikan. “Bukan main ye…”
Lufya tayang riak tidak peduli.
“Yelah abah. Jangan risau…. Lepas ni, Ziq akan lawat abah dengan umi selalu,”
“Umi pegang kata-kata Ziq tu,” kata Puan Kirana memberi peringatan.
“Bukannya sibuk manapun. Tapi sibuk dengan Markan?” perli Ziana muncul. Dia mengambil tempat di sofa yang bertentangan dengan Puan Kirana.
Ziqri mengetap bibirnya, bila mendengar nama Marsha ditimbulkan.
Lufya diam tanda tiidak mahu masuk campur perbualan mereka itu. anya pandangan kosong dihadiahkan pada mereka.
“Zie…” tegur Puan Kirana.
“Betullah, apa yang Kak Zie, cakapkan tu…” Zizi muncul membela Ziana. Dia juga melabuhkan duduknya disamping Ziana.
“Tak baik mengata keburukan orang. Biarlah Ziq, dengan urusan Ziq. Tak payah nak campur,” kata Tuan Hafiz tegas.
Mereka berdiam.
Tidak lama, Zakri dan Syura juga turun bersama bayi mereka yang belum sampai sebulan dilahirkan. Itu bermakna, Syura masih berpantang.
“Kak Syura, kenapa turun?” Lufya bangun menyambut kehadiran Syura.
Syura tersengih seketika. “Takpe…. Akak dah okay. Ni bukan anak pertamapun,” katanya. Dia melabuhkan duduknya dengan dibantu oleh Zakri dan Lufya.
Lufya menumpukan perhatian pada anak bongsu Zakri itu. Melihat bayi itu, dia terlupa pada kewujudan yang lain. Dia mengelus lembut pipi bayi itu dan memandang Syura.
“Comelnya dia… nama siapa?” Lufya mengucup lembut pipi gebu bayi itu.
“Mohammad Ammar Alif,” kata Syura dengan senyumannya.
“Cantiknya nama… Ammar tu maksudnya, pejuang yang berani. Betul tak?” Lufya menjongket kening pada Syura.
“Eh! Luf tahu?” Lufya sengih dan mengambil tempat di samping Syura.
“Luf tak nak pegang ke? Boleh ambil aura?” celah Puan Kirana.
Lufya tertawa malu. Wajah Ziqri dipandangnya.
Ziqri sembunyi senyum. Dia berpaling ke arah lain. Tidak mahu kelihatan mengharap.
Yang lain, hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Senyuman yang terukir, penuh dengan makna tersendiri.
“Peganglah. Akak nak pergi washroom jap,” kata Syura. Dia menghulurkan bayi itu.
“Er… Luf tak pandai…” Segan menghuni jiwanya. Janggal menguasai dirinya, saat menyambut huluran itu.
“Cuba je. Lama-lama, okaylah,” saran Zakri.
Lufya sengih. Mahu atau tidak, dia terpaksa meriba bayi itu.
Melihat wajah comel itu, Lufya menunduk dan mengucup lembut wajah comel itu. kalaulah dia punya anak secomel itu. Lufya mula memasang angan-angannya sendiri. Jejarinya naik, mengusap setiap inci wajah bayi itu. Naluri keibuannya terserlah.
Tanpa dia sedari, semua mata yang berada di situ, memandangnya dengan senyuman penuh makna. Termasuk Ziqri. Sikap keibuan terpancar pada wajah Lufya. Bermula dari tindakannya menyelamatkan Akif dan cara Lufya melayan budak-budak, membuatkan, semuanya kagum.
Sekali lagi, dia dan Marsha dibandingkan oleh mereka tanpa dia sedari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience