BAB 66

Romance Series 93123

SUNWAY Lagoon Hotel, menjadi pilihan mereka untuk bermalam.
Kehadiran sebuah bungkusan indah, di atas katil mengundang persoalan di hati Lufya, sebaik dia keluar dari bilik air. Langkahnya terhenti dan pandangannya melilau, mencari kelibat Ziqri. Tiada? Berkerut dahi Lufya. Bungkusan itu didekatinya dengan pantas.
Gatal tangannya mahu membuka bungkusan itu, apatah lagi melihat namanya di dalam kad yang diselitkan pada bungkusan itu. Kad itu di capai dan dibukanya.
‘She has fire in her soul and grace in her heart’
I’m waiting for you in lobby,
Ziqri Amsyar
Lufya tersenyum sendiri. Bungkusan itu di capainya penuh berhati-hati dalam masa yang sama, dia melabuhkan punggungnya ke birai katil. Tanganya membuka bungkusan itu sehinggalah pandangannya melekat pada sehelai fabrik chiffon berwarna merah hati.
Dengan penuh debaran, fabrik itu ditariknya dan di angkat ke atas. Sehelai gaun khas untuk majli malam yang cukup sopan pada pandangannya. Bibirnya digigit kuat. Terharu! Belum ada mana-mana insan yang pernah menghadiahkan dia barangan seperti itu. serasa mahu menangis seketika. Pandangannya melekat lagi pada sepasang kasut tumit tinggi berwarna hitam bersaiz tujuh. Saiz kasut itu ternyata betul.
Tanpa berlengah lagi, Lufya mengenakan gaun dan kasut itu. Dia berdiru dihadapan cermin, memerhatikan penampilannya. Dalam hatinya, memuji citarasa lelaki itu. sesuai dengan dirinya dan citarasanya juga.
‘Ya Allah… inikah bahagia yang dititipkan untuk hambamu?’ tanya hati Lufya sendiri.
Dia menarik nafasnya perlahan dan menghembusnya juga perlahan. Ketenangan yang dicarinya, memenuhi ruangan hatinya.

KELUAR sahaja dari lif, pandangan Lufya melekat pada Ziqri yang segak dengan pakaian makan malamnya. Di tangannya sejambak bunga ros merah dan wajahnya dihiasi senyuman manis, sebaik melihat kehadiran Lufya.
“Untuk Lufya,” kata Ziqri sambil menyuakan jambangan bunga itu.
Rasa terharu semakin memenuhi ruangan hatinya. Rasa berbunga-bungan seketika. Lelaki itu berjaya membuatkan hatinya yang beku itu semakin cair mengalahkan ais di kutub utara.
“Terima kasih, husband,” ucap Lufya sambil menyambut jambangan bunga itu.
“Anything for you, my dear,”
Ziqri menyuakan lengannya, dan Lufya menyambutnya dengan hati yang dipenuhi keindahan antara mereka berdua,
“Kita nak ke mana?” tanya Lufya sebaik mereka melangkah menuju ke pintu keluar.
“Ke suatu tempat yang istimewa,” jawab Ziqri penuh makna.
Terangkat kening Lufya mendengar jawapan itu.
“Mana?”
“Rahsia,”
Lufya memuncungkan mulutnya. Ziqri sengaja mahu berteka teki dengannya.
Keluar dari hotel itu, kereta Ziqri sudah berada di situ. Sampai di tepi kereta, sehelai kain berwarna biru, di keluarkan oleh Ziqri dari poket seluarnya.
Berkerut dahi Lufya melihatnya. “Apakah?”
“Oleh kerana tempat tu rahsia… Luf kena tutup mata,”
“Hah?” Wajah Lufya berubah keliru.
Ziqri tersengih.
“Sekejap je. Dalam lima minit macam tu,” kata Ziqri menjawab persoalan di fikiran Lufya.
“Alah… abang,” rengek Lufya.
“Trust me! Luf, mestti suka nanti,” pujuk Ziqri.
Lufya terpaksa mengalah dengan kehendak lelaki itu. dia dibantu oleh Ziqri untuk masuk ke dalam kereta itu.
Tanda tanya di hati Lufya semakin menggunung, saat kereta itu mula bergerak meninggalkan kawasan itu.
“Kita nak ke mana ni, abang?” Sekali lagi Lufya mengajukan pertanyaan.
“Sabarlah sayang. Sikit je lagi,” pujuk Ziqri lembut.
“Alah… tak naklah macam ni. Tak best!” Lufya separuh merungut.
Ziqri tersenyum mendengar rungutan itu. jejari Lufya dicapainya dan dibawa ke bibirnya. “Sabar ye,” pujuknya lagi.
Perjalanan itu terlalu lambat bagi Lufya dengan keadaan matanya yang ditutup menggunakan kain. Apalah yang mahu Ziqri tunjukkan padanya. Dia berdebar mengingatkan perkara itu.
“Dah sampai ke?” tanya Lufya sebaik dia merasakan kereta yang mereka naiki itu berheti.
“Sekejap je lagi,” jawab Ziqri menjauh.
Tidak sampai beberapa saat, kedengaran pintu kereta di tempatnya duduk itu dibuka oleh Ziqri. Tangan Ziqri memegang tangannya membawa dia turun dari kereta itu.
“Be carefull,” pesan Ziqri sambil memimpin tangannya untuk melangkah. Di mana arahnya, dia sendiri tidak tahu. Dia dapat merasakan, laluan yang mereka itu bersimen. Hatinya semakin diulit pertanyaan. Ke mana saja lelaki itu mahu membawa dirinya.
“Sampai,” bisik Ziqri di telinganya seraya menanggalkan penutup matanya.
“Happy Birthday yang ke 27 tahun sayang…”
Lufya terpegun. Dihadapannya, sebuah meja yang terhias indah dengan hidangan di atas meja termasuklah sebiji kek hari jadi. Perlahan pandangannya beralih pada Ziqri dan airmatanya mengalir di pipinya kerana terharu. Bibirnya di ketap kuat. Hatinya diulit bahagia seketika. Tiada siapa pernah menyambut hari jadinya. Dia juga tidak pernah mahu mengingatinya dan kali ini…
“Apa semua ni, abang?” tanya Lufya sebak.
Ziqri menghadap Lufya dan panahan matanya menikam anak mata Lufya.
“Izinkan abang untuk bahagiakan, Luf, biarpun sementara. Izinkan abang, untuk gembirakan hati, Luf. Seandainya… ada peluang itu, berikan pada abang… untuk cintai, Luf… sayangi Luf, seperti mana yang, Luf, impikan dalam hidup. Kalau boleh, abang nak kita lalui semuanya bersama. Susah dan senang, bahagia dan derita. Berilah peluang untuk hati, Luf, cintai abang… seperti mana, Luf pernah cintakan Riezman…. Buktikan pada abang, bahawa abang adalah lelaki paling bertuah di dunia ini… kerana dapat memiliki Luf,” ucap Ziqri penuh harapan sambil menjatuhkan lututnya di atas tanah, melutut di hadapan Lufya membuatkan airmata Lufya semakin deras mengalir.
“Abang…” Lufya teresak. Bahu Ziqri disentuhnya lembut dan pandangan mereka bertemu.
Hatinya benar-benar terharu dan terusik. Dia akui, perasaan cinta dan sayangnya pada lelaki itu semakin bercambah dan segar dihatinya. Belum pernah ada seorang lelaki, yang sanggup melutut dan merayu demi mendapatkan cinta darinya. Riezman, jauh sekali.
Ziqri mencapai jejari Lufya dan mengucupnya lembut.
“Abang sanggup melutut dan merayu untuk meminta cinta dan sayang dari Luf, untuk abang. Abang tak mampu menepis perasaan cinta dan sayang abang pada Luf. Tak mungkin untuk abang lepaskan Luf,” luah Ziqri jujur.
“Biarpun seribu kali, abang sanggup lakukan ini, untuk Luf,” sambung Ziqri dengan pandangan penuh harapan.
Lufya terkedu. Hatinya terbuai. Lengan Ziqri ditarik lembut agar lelaki itu kembali berdiri. Dia terlupa pada Marsha. Dia lupa pada semuanya.
“Abang…” Lufya, tanpa segan silu memeluk tubuh Ziqri, sebaik Ziqri berdiri.
Ziqri membalas pelukan itu dan mengucup lembut dahi Lufya.
“Thanks for make my day. Nobody remember my date of birth, even me,”
“Anything for your, my dear. Till forever. Insya’Allah,” janji Ziqri. Pelukan itu di eratkan.
Mereka dibuai dengan perasaan cinta yang sudah mekar dihati. Terlupa pada hakikat sebenar kehidupan mereka. Terlupa pada tujuan sebenar hubungan yang terjalin antara mereka.

“GEMBIRA naa,” usik Ziqri sambil mencuit hidung Lufya.
Lufya tersenyum manis. Genggaman tangan dieratkan dan kepalanya dilentokkan ke bahu suaminya. Mereka duduk merenung langit yang bercahaya dengan sinaran rembulan dan juga bintang. Masing-masing diulit perasaan bahagia dan gembira.
“Luf tak pernah segembira ini. Terima kasih, abang,” kata Lufya separuh berbisik.
Ziqri tersenyum. Sekali lagi, belakang tapak tangan Lufya dikucup syahdu.
“Abang sanggup buat apa saja untuk gembirakan, Luf,” balas Ziqri ikhlas.
Lufya tersenyum lagi. Seandainya masa boleh diberhentikan, dia akan menghentikan masa. Demi menikmati saat-saat terindah seperti itu.
“Allah datangkan pelangi biarpun hanya sekejap… tapi Luf tetap bahagia,”
Ziqri memeluk bahu Lufya dan menariknya rapat pada tubuhnya.
“Allah beri ujian untuk matangkan kita. Pelangi itu hanya hiasan…”
Lufya senyum lagi.
“Allah hadirkan rasa sayang untuk suami Luf dan bukan lelaki asing,”
Ziqri tersenyum lebar mendengar perngakuan ikhlas itu.
“Jadi, Luf mengakulah ni?”
Lufya angguk laju. “I do…”
“Alhamdulillah!” Ziqri mengucup syahdu kepala Lufya.
Mereka diam beberapa saat kemudian berpandangan seketika. Lufya tergelak kecil.
Terangkat kening Ziqri. “Kenapa?”
Lufya menggelengkan kepalanya. “Nothing,”
“Tipu!” tuduh Ziqri. Bibirnya dijuihkan.
Lufya ketawa lagi.
“Abang! Tak handsome buat muka camtu,” kutuk Lufya.
Ziqri sembunyi senyum.
“Kutuk abang,”
“Taklah!”
Ziqri tersenyum akhirnya. Dia merenung Lufya.
“Lufya Adelia… you’re the girl with the sunshine smile. Your voice is like a ray of hope. You fill my day with all the rainbow colors,”
Lufya tersenyum simpul mendengar ayat penuh madah itu.
“Madah berhelah, hah?”
Berkerut dahi Ziqri mendengarnya.
“Penat abang karang ayat, Luf pula tuduh abang buat madah berhelah ye. Nak kena erk?” Ziqri menggeletek perut Lufya membuatkan tubuh Lufya terliuk lentok untuk mengelak.
Ketawa gemersik yang terbit dari bibir Lufya, bagaikan irama merdu memenuhi pendengaran Ziqri.
“Abang…” rengek Lufya.
“Hmmm…” jawab Ziqri ringkas.
“Dah lah…. Jom balik….” Meleret nada Lufya mengajak balik.
Malam sudah terlalu lewat untuk mereka berdua terus berada disitu.
“Awal lagilah,” bantah Ziqri.
“Mana awalnya. Dah tengah malam ni,” balas Lufya separuh merungut. Dia menolak lengan Ziqri dan cuba untuk bangun dari duduknya.
Ziqri akur. Dia bangkit dari duduknya dan menghulurkan tangan untuk membantu Lufya. Lufya menyambut manja tangan Ziqri itu.
Mereka beriringan sambil saling berpimpinan tangan meninggalkan tempat itu. Masing-masing menyematkan kenangan itu di dalam hati masing-masing. Keikhlasan yang terikat dalam perhubungan itu bakal meletuskan satu lagi bahang yang tidak mereka ketahui. Apa saja yang bakal terjadi pada esoknya, mereka berharap itu adalah pelangi indah untuk mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience