HONDA ACCORD milik Tuan Hafiz itu ditilik oleh Ziqri seketika. Risau pula kalau ada tercalar ataupun kotoran pada kereta itu sebelum dikembalikan kepada Tuan Hafiz. Memandangkan hari ini dia balik awal dari pejabat, bolehlah dia menghantar kereta itu ke rumah orang tuanya. Pasti Tuan Hafiz tertung-tunggu kedatangannya, memandangkan sudah seminggu berlalu semenjak maka malam tempoh hari.
Marsha yang keluar dari dalam rumah dengan dress separa peha, solekan yang tebal mengalahkan pelakon, dan heel yang berkilau membuatkan dahi Ziqri berkerut.
“You nak pergi mana petang-petang ni?” tegur Ziqri dengan nada tidak senang.
Marsha hanya menayangkan mimic muka tidak kisah sambil memandang wajah Ziqri itu. “Keluar,”
“I baru je balik, you pula nak keluar?” soal Ziqri dengan pandanga tajam.
Marsha mendengus kasar.
“So what?” soal Marsha kasar dan biadap.
Ziqri berdecit perlahan mendengar nada kasar Marsha itu. “You sepatutnya tunggu I balik rumah. Luangkan masa dengan I. Bukannya I balik, you keluar. Apa guna you jadi isteri I,”
Marsha mendengus tawa. Pandangan Ziqri dibalas tajam.
“Ziq, I ni manusia tau. Ada perasaan! Kalau setakat nak duduk terperap dalam rumah, buat apa? Boring!” bentak Marsha sambil mengatur langkah ke kereta Mini cooper miliknya itu.
“You fikir you punya boring je. Habis I punya boring dengan perangai you tu, tak nak pulak fikir. Cakap pasal perasaan ni… you ingat, you seorang je ada perasaan? I ni tunggul ke? Patung?” Pandangan Ziqri mengekori langkah Marsha.
Marsha merengus kasar dan kembali menoleh ke arah Ziqri.
“Boleh tak you jangan nak membebel petang-petang ni? I nak keluar. Nak jumpa Raisha!”
“I tak izinkan!” kata Ziqri tegas.
“Pergi mampus dengan izin you tu,” balas Marsha sambil masuk ke dalam keretanya.
Ziqri merengus kasar. Sikap Marsha betul-betul mencabar kesabarannya ketika itu. Sekejap saja, kereta Marsha itu sudah meluncur meninggalkan rumah sambil diperhatikan oleh Ziqri dengan pandangan tidak puas hati.
Dengan langkah kasar, Ziqri melangkah masuk ke dalam rumah. Moodnya hilang serta merta. Sejak peristiwa di rumah keluarganya seminggu yang lepas, hubungan mereka seakan hambar. Lebih kerap mereka bertekak, daripada berbincang dengan cara baik. Ditambahkan lagi dengan sikap Marsha yang tidak lekat di rumah, membuatkan Ziqri mati kutu. Semua nasihatnya bagaikan tidak berguna langsung untuk Marsha. Silapnya dulu terlalu memanjakan Marsha.
Ziqri melemparkan beg kerjanya itu ke atas sofa dan menghempas malas tubuhnya ke atas sofa berangkai tiga itu. Alat kawalan jauh televisyen jenama Toshiba yang berada di atas meja itu. Punat ‘on’ ditekannya kasar. Sebaik sahaja skrin televisyen itu menyala, Ziqri mencari rancangan yang menarik untuk di tonton. Tiada satupun rancangan yang menarik perhatian Ziqri.
“Tak ada rancangan best?” keluh Ziqri lalu mematikan semula televisyen itu kemudian meletakkan alat kawalan jauh itu di tempat asalnya semula.
Ziqri membetulkan kedudukan baringannya menghadap siling yang berwarna putih itu. Fikirannya melayang jauh mengingati perkara-perkara yang terjadi antara dia dan Marsha. Dia mula letih menghadap sikap Marsha yang bagaikan endah tidak endah pada dirinya.
Minggu lepas dia ternampak Marsha dengan seorang lelaki yang agak bergaya. Bergelak ketawa dan bertepuk tampar bagaikan pasangan kekasih. Senyuman dan ketawa Marsha ketika itu seakan bahagia dengan lelaki itu.
“Siapa lelaki itu? Dia tak tahu ke yang Mar dah kahwin?” Ziqri mengeluh kasar. Pelipis matanya diurut perlahan.
Dia belum terfikir untuk bertanyakan perkara itu pada Marsha. Bukannya dia tidak kisah, tapi dia perlukan bukti yang kukuh, sebelum bertanya pada Marsha. Laporan kad kredit Marsha untuk bulan lepas juga cukup meragukan. Kenapa perlu ada barangan lelaki, sedangkan Marsha tidak pernah memberikan apa-apa padanya. Hatinya gusar dengan apa yang akan bakal terjadi. Dia bukanlah peramal masa hadapan, tapi dia dapat meneka siapa lelaki itu. Ziqri mengeluh perlahan sambil memejamkan matanya.
MARSHA hanya balik ketika jam sudah menginjak ke angka sebelas malam. Ziqri sengaja duduk di ruang tamu yang gelap gelita itu untuk menunggu kepulangan Marsha. Mendengar bunyi pintu rumah itu dibuka, Ziqri mula menyusun ayat, untuk diberikan kepada Marsha.
“Ingat juga you jalan balik rumah? I ingatkan dah sesat. Baru nak pergi cari you,” perli Ziqri, sekaligus mengejutkan Marsha.
Marsha bergerak pantas ke arah suis lampu itu lalu menekannya untuk menghidupkan lampu di ruang tamu. Melihat Ziqri yang duduk membelakangi dia, Marsha mengeluh perlahan. Perlahan dia melangkah menuju ke arah Ziqri lalu merangkul leher lelaki itu.
“Ziq….” Nadanya meleret mahu memujuk.
“You dari mana?” soal Ziqri sambil menepis lengan Marsha yang melingkari lehernya.
Marsha terkedu. Mindanya beku.
“E…er… jumpa kawan,” kata Marsha gagap. Marsha berjalan menuju ke hadapan Ziqri sambil menggigit bibirnya. Serba salah!
Ziqri mendengus tawa. “Kawan?”
“Kawan you, memang tak reti nak rehat ke? Tiap malam jumpa you. Tak boring tengok muka you?”
Ziqri bangun dari duduknya sambil memandang tajam wajah Marsha.
“Kawan I semuanya baik Ziq,” kata Marsha membela diri.
“Baik? Baik macam mana? Diorang tak tau ke, yang you tu dah kahwin dan sepatutnya dah jadi ibu?” soal Ziqri tegas.
Marsha merengus kasar. dia tidak suka isu berkaitan ‘jadi ibu’ ditimbulkan. Ziqri seakan tidak mahu memahami dirinya yang inginkan kebebasan.
“Dah berapa kali I cakap dengan you pasal benda ni Ziq? Tolonglah faham!” Marsha mula membentak geram.
Ziqri berdecit perlahan.
“Sampai bila Mar? Sampai kita tua ke?” perli Ziqri lagi sambil merenung wajah Marsha.
Marsha mengeluh. “Tolonglah Ziqri. I tak suka hidup I terkongkong. Tak sanggup nak uruskan anak. You belum tentu nak tolongkan?” kata Marsha separuh merayu.
Ziqri mengeluh kasar. Dia merenung wajah Marsha sedalamnya. Dia ingin sekali memahami Marsha, tapi bagaimana dengan keinginannya. Keinginannya untuk memiliki zuriat sendiri.
“Untuk apa you setuju kahwin dengan I, kalau you buat I macam ni Mar? I dah bagi you kemewahan, kesenangan tapi….” Ziqri mengeleng perlahan. Hatinya kecewa. Alasan yang diberikan oleh Marsha tidak masuk akal baginya.
“Takkanlah sampai tua, kita nak macam ni Mar,” kata Ziqri dengan nada kecewanya. Dia membuka langkah lemah menuju ke tangga tanpa mempedulikan Marsha.
Marsha mengeluh kasar. pandangannya mengekori langkah Ziqri sambil memikirkan sesuatu. “Ziq,”
Ziqri berhenti di anak tangga pertama kemudian menoleh ke arahnya. Keningnya dijungkit tanda bertanya.
Marsha berdecit perlahan kemudian memalingkan wajahnya ke arah lain sambil memeluk tubuhnya. “I izinkan you kahwin, tapi….”
Ziqri kaget mendengar ayat yang dilafazkan oleh Marsha itu. Dia tidak pasti sama ada perkara itu menggembirakannya, ataupun sebaliknya. Dalam hidupnya, dia belum pernah berfikir untuk beristeri dua, biarpun hubungan mereka selalu sahaja bermasalah.
“I yang akan pilih bakal isteri you,” sambung Marsha lagi sambil memandang tepat ke wajah Ziqri.
Ziqri mendengus tawa. “Are you out of your mind?”
“I am deadly serious, Ziqri,” tegas Marsha lagi sambil mengatur langkah menuju ke arahnya.
“I tak pernah terfikir sampai ke situ Mar. You jangan nak buat gila,” kata Ziqri, bengang dengan kata-kata yang tidak masuk akal baginya.
“Ziq, I serius. I akan bagitau you, bila dah dapat calonnya,” kata Marsha lagi. Pandangan Ziqri itu tidak dihiraukan.
“I tak nak!” tegas Ziqri.
“You have no choice Ziq. Sebab I tak akan sama sekali mengandung.” Marsha berdiri berdepan dengan Ziqri.
“Sebabnya?” soal Ziqri dengan nada tidak puas hati.
“I tak berminat untuk rosakkan badan I, hanya untuk lahirkan anak yang akan susahkan hidup I, siang dan malam. You tahu tentang itu,” kata Marsha lalu membuka langkah menniti anak tangga satu persatu.
Ziqri turut mendaki anak tangga itu mengekori Marsha dari belakang.
“You ingat, kahwin dua ni senang ke Mar? I kena berlaku adil dan I akan terikat dengan dua orang wanita. Tak cukup dengan sikap you yang menyakitkan kepala ni, nak tambah lagi seorang tanggungan i? You nak bunuh I ke ape?”
“Kahwin je pun. Lepas dia lahirkan anak you, you kenalah ceraikan dia. But....” Marsha berhenti mendaki tangga dan memusingkan tubuhnya menghadap Ziqri dengan pandangan terisrat.
Terangkat kening Ziqri dengan perlakuan Marsha itu. “What?”
“Jangan pernah minta I… jaga anak you. Faham!” Usai berkata, Marsha meneruskan langkahnya mendaki anak tangga itu meninggalkan Ziqri yang sudah terkebil-kebil memerhatikan Marsha.
Ziqri meneruskan langkahnnya sambil memikirkan kata-kata Marsha itu.
“Kalau you tak nak jaga, siapa lagi yang nak jaga? Dah, you nak I ceraikan dia?” soal Ziqri.
Marsha menoleh sambil mengangkat bahunya. “I tak nak ambil tahu,”
Marsha terus menuju ke bilik tidurnya sambil mindanya berputar ligat memikirkan cara untuk menjayakan rancangannya yang satu itu. Mengingatkan kisah lalu antara dia dan Lufya meyakinkan lagi dirinya yang Lufya akan membantunya.
“Kalau tidak?” Marsha akan pastikan perkara itu akan terjadi. Pasti!
Ziqri mengetap bibirnya. Dalam mindanya, satu rancangan telah dirangkanya. Tiada siapa yang tahu apa rancangannya itu, dan dia akan pastikan apa yang dia mahukan itu akan tertunai dengan segera. Pasti ada sebab kenapa Marsha tidak mahu mengandung. Peristiwa yang dilihatnya tempoh hari kembali bermain di mindanya.
Share this novel