BAB 98

Romance Series 92840

“GET up!” Ziqri menarik kasar selimut yang melitupi tubuh Marsha.
Marsha terkejut dari lenanya. Matanya terbuntang luas, sebaik terpandang Ziqri yang sedang memandangnya tajam.
“Ziq… awalnya you balik… hmmm… kacaulah you ni,” kata Marsha, dengan nada manja.
Ziqri menayang wajah menyampah. Bibirnya diherot ke tepi, tanda meluat dengan kemanjaan yang dibuat-buat itu.
Marsha membuka mulutnya menguap sambil menggeliat.
Ziqri berdecit.
“Bangun Mar! We need to talk!
“About what?” Marsha memandang wajah Ziqri. Dahinya berkerut seketika, kemudian tersenyum pula. “Lufya dah failkan penceraian erkh?” tanya Marsha sedikit gembira.
Ziqri merenung wajah Marsha yang tersenyum gembira ketika bertanya. Satu dengusan kasar dilepaskan. Tanpa amaran, lengan Marsha ditarik kasar membuatkan Marsha terdorong ke tepi katil.
“Apa ni Ziq? Lepaslah!” bentak Marsha. dia cuba melepaskan pegangan Ziqri, tapi gagal. Itu menyebabkan, Marsha terpaksa menuruti Ziqri.
Ziqri menariknya menuju ke sofa yang berada di tengah bilik.
“Duduk!” arah Ziqri tegas. Selamba dia menolak Marsha ke sofa sehingga Marsha terduduk.
Terbeliak mata Marsha diperlakukan sebegitu oleh Ziqri. “Berani you!” Marsha cuba berdiri tapi Ziqri sekali lagi menolaknya sehingga terduduk.
“Duduk, Marsha! I arahkan you untuk duduk as your husband! Not a friend!” tegas Ziqri.
Marsha berdecit. Dia berpeluk tubuh kasar dan pandangannya di buang ke arah pintu bilik.
“Apa benda yang you nak bincang sangat sampai kena layan I seteruk ni?” soal Marsha. Sebal!
Ziqri setia berdiri sambil merenungnya tajam.
“You dah melampau, Mar. Siapa izinkan you jumpa Lufya? Siap bagi arahan untuk dia failkan penceraian?” Ziqri mengeleng kasar. “Are you out of your mind?”
Marsha mendengus kasar. Pandangan mereka bertaut. Masing-masing sedang menunggu masa untuk membaham mangsa.
“Sebab itu you layan I macam ni? Sebab Lufya?” Soal Marsha dengan riak wajah tidak percaya. Matanya mencerlung tajam ke arah Ziqri. “All’s about Lufya?”
“You yang mulakan, Mar. I dah pesan awal-awal. Jangan ganggu Lufya. Tapi you buat juga,” jawab Ziqri. “Padanlah muka you!”
“Huh?” Marsha bingkas bangun dan menolak bahu Ziqri membuatkan Ziqri terundur setapak ke belakang. “You tahu tak Ziq? I tak perlu minta kebenaran dari sesiapapun untuk jumpa Lufya,” kata Marsha lagi.
“Apa yang I buat ni, untuk kebaikan kita. Untuk kembalikan hubungan kita, macam dulu. I sayangkan you, Ziqri. I don’t want to lose your,” sambung Marsha. Nadanya lebih lembut dari sebelumnya.
“You already lose me, once you ask me to marrying, Lufya,” balas Ziqri. Tenang dan yakin.
Marsha terkedu. “No way, Ziqri,”
“Yeah, Mar. I fallin’t love to her. I love everything about her. Terima kasih sebab you dah bawa dia masuk dalam hidup I,”
“Tak, Ziq. You’re mine! Not her!”
Ziqri tertawa sinis.
“I milik kamu berdua. Bukan you je. So, I minta dengan you… berhenti ganggu hidup dia. Dia berhak untuk bahagia. Sama seperti you.” Ziqri menegaskan pendiriannya yang satu itu.
Dia tekad untuk mempertahankan Lufya. Biar apapun yang terjadi. dia bersedia dan dia sanggup hadapi semuanya.
“I tak akan izinkan perkara tu jadi. I akan pastikan Lufya pergi dari hidup you,” balas Marsha. Penuh tekad.
“You cakaplah apa sahaja, tapi I tetap dengan pendirian I,” kata Ziqri. “Kalau ada apa-apa jadi kat dia, I takkan beragak-agak untuk bertindak,” sambungnya lagi.
Marsha membeliakkan matanya memandang Ziqri. “You ugut I?”
“Anggaplah macam tu,” kata Ziqri dan melangkah menuju ke pintu keluar.
Terkebil-kebil Marsha melihat pemergian lelaki itu.
“Sial punya jantan! Kau main gila dengan aku, aku lagi gila,” getus Marsha.
Dimindanya, terdapat banyak lagi rancangan yang mahu dia laksanakan. Dia akan pastikan semua itu berjalan dengan lancar. Pastinya dia akan sibuk untuk beberapa hari ini demi menjayakan rancangannya.
Langkahnya dibawa ke tepi katil. Telefon kesayangannya itu dicapai dan dia memulakan misi keduanya.
“She stole my husband!”
Bibirnya diherot ke tepi. Sinis dan penuh makna tersirat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience