BAB 61

Romance Series 92840

JARI jemari Lufya, lincah memperbetulkan tali leher Ziqri tanpa janggal, seolah-olah dia sudah biasa melakukannya.
“Siap!” Lufya menepuk perlahan dada Ziqri sambil tersenyum simpul.
Ziqri memaut pinggang Lufya lalu menghadiahkan kucupan pada dahi Lufya. “Pandai. Terima kasih, sayang….”
Wajah Lufya membahang seketika menerima kucupan itu. Perkataan ‘sayang’ yang meniti di bibir lelaki itu menambahkan lagi perasaan malu dihatinya. Bukan setakat malu, tapi rasa berbungapun ada. Ada juga yang angau kejap lagi!
Melihat wajah Lufya yang membahang, Ziqri tersenyum sendiri. Pautannya sengaja dieratkan. Wajah Lufya yang masih merah itu direnungnya lagi, menambahkan perasaan malu yang sememangnya sudah sedia ada di dalam hati.
“Err… Abang, lepaslah…,” rengek Lufya. Tangannya cuba meleraikan pautan itu, tapi gagal.
“Kalau abang tak nak lepas?” duga Ziqri nakal.
Lufya gigit bibir kemudian dia membalas pandangan nakal Ziqri itu.
“Kita tidurlah,” kata Lufya selamba tanpa sedar kata-katanya itu memerangkap dirinya sendiri.
Terjongket kening Ziqri mendengarnya. “Betul ni? Kita tidur… tak payah masuk pejabat?” sengaja mengusik Lufya.
“Err… abang ni…”
“Boleh ke tak?”
“Mana boleh. Luf ada meeting dengan pekerja. Lepas tu kena jumpa dengan pihak penerbit pasal iklan.” Kata Lufya laju mengundang ketawa Ziqri. ‘Lajunya mengelak!’

“Kalau abang tak izinkan?”
“Abang…”
Ziqri ketawa lagi dan melepaskanpautan itu.
“Abang tahulah, produk lagi penting dari abang…” kata Ziqri dengan nada merajuk. Dia memudingkan tubuhnya.
Lufya ternganga mendengar kata-kata bernada merajuk itu. Biar betul? Takkan merajuk?
“Abang… bukan macam tu lah!” Lufya memaut tangan lelaki itu sebelum sempat lelaki itu menjauh.
Ziqri menyembunyikan senyumannya. Sengaja berlakon merajuk untuk menagih perhatian Lufya. Ternyata dia mendapat perhatian itu.
“Abang gurau je lah. Dengan Luf, abang tak boleh merajuk. Senyuman Luf tu dah jadi ubat berbisa untuk abang…” kata Ziqri sambil mencuit dagu Lufya.
Lufya ceber bibir. Main-main pulak! Ingatkan dah merajuk betul.
“Abang dah nak pergi ni. Nanti lambat pulak.” Kata Ziqri.
Lufya pantas menuju ke arah beg kerja Ziqri untuk mendapatkannya. Sempat tangannya mencapai beg tangannya dan mengekori Ziqri dari belakang. Keluar sahaja dari rumah, Lufya menghulurkan tangannya untuk bersalam, dan beg kerja Ziqri itu dihulurkan pada lelaki itu.
Ziqri menyambutnya dengan senang hati. Biarpun mereka turun sekali, Lufya awal-awal lagi, sudah melunaskan tanggungjawabnya yang satu itu. Tersenyum lebar, Ziqri dengan situasi yang telah lama dia dambakan dari seorang isteri.
Mereka beriringan sehinggalah ke tempat letak kereta.
“Jangan lupa bagitahu, kalau dah sampai pejabat. Drive carefully,” pesan Ziqri pada Lufya.
“Terima kasih. Abangpun sama,” balas Lufya. Senyuman terlakar indah di wajahnya, saat menerima pesanan ikhlas dan prihatin dari Ziqri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience