BAB 102

Romance Series 93123

LUFYA membuka matanya perlahan. Kepalanya masih terasa berat. Pandangan matanya melekat pada siling yang berwarna putih. Ketika mahu menggerakkan tangannya, dia merasa belakang tapak tangannya sedikit pedih. Dalam masa yang sama, dia merasakan ada sesuatu yang sedang mengganggu pergerakan tangannya.
Dia melihat tangan kanannya. Satu hos putih kelihatan melekat pada belakang tapak tangan kanannya.
‘Aku kat mana ni?’ Dia cuba mengingat sesuatu. Riak wajahnya berubah cemas, sebaik sahaja ingatannya kembali.
“Alhamdulillah. Sayang dah sedar?”
Lufya menoleh pada suara itu. Matanya mula berkaca.
“Abang, ayah…”
Ziqri mengambil tempat, di birai katil. Wajah Lufya yang suram itu, dipandang penuh simpati. Dia tunduk lalu mengucup syahdu, dahi Lufya.
“Ibu dengan yang lain dah uruskan pengeluaran jenazah ayah. Insya’Allah… pagi nanti dikebumikan. Sayang sabar ye…”
“Ayah!” Raung Lufya. Raungannya memenuhi bilik yang menempatkan mereka. “Luf, nak ayah!” Tangis Lufya, sambil cuba menanggalkan Iv drip yang bersambung di tangannya, namun Ziqri pantas mencapai tangannya dan memeluk dirinya erat.
“Sayang, sabar…”
“Lufya nak ayah… Lufya nak jumpa ayah…”
“Ye, abang tahu sayang. Abangpun, kalau boleh sekarang juga nak balik rumah. Tapi… keadaan sayang tak mengizinkan. Sayang kurang air garam dalam badan. Kena habiskan yang ni dulu, baru sayang boleh keluar,” kata Ziqri separuh memujuk.
“Tak nak! Lufya nak balik. Nak ayah! Nak ibu!” bentaknya degil. Air matanya terus-terusan keluar.
Ziqri semakin mengeratkan pelukannya.
“Abang janji. Abang akan keluarkan sayang malam ni juga. Sebelum jenazah ayah dikebumi. Tapi sayang kena sabar…” pujuk Ziqri, mengukir janji.
“Lufya nak sekarang. Nak balik sekarang,” tangis Lufya. Tangannya tidak berhenti berusaha untuk cuba menanggalkan iv drip yang bersambung pada tangan kanannya itu.
“Sabar… sayang tak sihat ni,”
Lufya mengelengkan kepalanya. Terasa masa terlalu lambat berlalu. Pandangannya melekat pada iv drip itu.
“Abang… tolonglah. Lufya nak balik,” rintih Lufya. Kedua tangannya dirapatkan, tanda merayu. Dia tidak kisah tentang kesihatannya. Dia Cuma mahu melihat ayahnya untuk kali terakhir, sebelum jenazah itu dikebumikan.
Ziqri tertunduk melihat Lufya yang mengharap.
“Sayang…”
“Abang… untuk kali ni je. Luf takut tak sempat tengok ayah. Luf nak peluk ayah. Nak cium ayah…” rayu Lufya lagi, disertai dengan esakannya.
“Abang cuba,” kata Ziqri. Mengalah.
Lufya memandang wajahnya penuh harapan. Ziqri meleraikan pelukannya, lalu mencari doktor yang terlibat.

SEPANJANG berada di dalam teksi, Lufya tidak berhenti mengalirkan airmatanya. Semua kenangan lama bersama ayah kesayangannya muncul di benaknya. Terkilan, bila dia tidak sempat untuk meluangkan masa dengan lelaki itu sebelum beliau menutup mata. Pelukan Ziqri juga erat melingkari tubuhnya sambil kedua tangannya digenggam oleh Ziqri tanda memberi kekuatan.
Sampai di hadapan rumah itu, hanya suara bacaan yaasin dan alfatihah menampar pendenngaran Lufya. Suasana diselubungi kesedihan dan kesuraman. Lutut Lufya terasa lemah. Langkahnya semakin berat, membuatkan dia hampir terjelepok namun Ziqri pantas memaut tubuhnya erat.
“Sabar, sayang. Kuatkan semangat. Abang ada…” bisik Ziqri di telinga Lufya.
Dia dipimpin masuk ke dalam rumah.
Sebaik mereka masuk, semua mata menghala pada mereka berdua. Lufya dapat mengesan keanehan pada pandangan mereka, tapi dia mengabaikannya. Dia meluru ke arah jenazah HJ Maliki yang berada di tengah ruang tamu, tanpa mempedulikan Ziqri.
“Ayah,” rintih Lufya.
Jenazah yang kaku itu, di peluk seeratnya.
“Ayah… jangan tinggalkan Lufya,” rintihnya lagi.
Puan Hazimah menghadiahkan pandangan kosong pada Lufya. Melihat Lufya, hatinya bagaikan disiat-siat. Untuk kali ini, dia tidak dapat menepis perasaan marahnya pada Lufya. Walaubagaimanapun, dia memilih untuk mendiamkan dirinya sehinggalah selesai majlis pengkebumian nanti.
“Kak Lufya, janganlah nmenangis. Nanti ayah sedih,” pujuk Lila lembut. Dia juga sedang berusaha mengawal dirinya untuk tidak menangis.
“Betul kata, Lila tu sayang,” kata Ziqri mengiakan. Dia menyentuh bahu Lufya.
Lufya akur. Dia memperbetulkan kedudukannya itu sambil mengesat airmatanya. Hanya pandangan matanya melekat pada tubuh yang terbaring kaku itu.
Jenazah itu selesai dikebumikan, sebelum lapan pagi.
“Perempuan ni… betul-betul tak malu. Dia tak tahu ke, kenapa ayah dia mati…” satu suara menjengah pendengaran Lufya, ketika mereka meninggalkan tanah perkuburan itu.
Lufya menoleh ke arah suara itu.
Kelihatan Syikin dan yang lain sedang memandangnya sinis. Lufya mengetap bibirnya kuat. Dalam keadaan sekarang, dia tidak berminat untuk bersuara mengenai perkara yang tiada kaitan dengan situasi itu. Cuma dia terkilan dengan sikap Syikin yang tidak habis-habis mahu menyakiti hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience