BAB 53

Romance Series 92840

“TAK sangka yang you dengan Luf dah berani berjumpa kat pejabat,” perli Marsha sebaik Ziqri masuk ke dalam biliknya.
Laju Ziqri berpaling pada Marsha yang berpura-pura membelek majalah yang berada di atas meja itu.
“Luf datang?” tanya Ziqri membuatkan Marsha spontan mencampakkan majalah itu ke atas meja. Pandangannya menikam tubuh Ziqri yang sedang melonggarkan tali lehernya dan menuju ke kerusinya.
“Let me remind you again, Ziq,” Marsha bingkas bangun dan menuju ke kerusi yang berada di hadapan Ziqri.
“Apa lagi, Mar,” keluh Ziqri malas.
“Tiada siapa yang boleh tahu hubungan you dengan, Luf, selain keluarga kamu berdua. You tahukan semua tu?”
Ziqri berdecit. “You tak perlu nak cakap benda tu berulang kali pada i. I tahu dan I faham!”
“Kalau faham, kenapa, Luf, boleh sampai kat pejabat you?” soal Marsha sebal.
Ziqri merengus kasar. “You ingat I ni peramal ke? Kenapa you tak tanya dia, kalau you nampak dia datang?” tegas.
Marsha merengus kasar. “You nak jatuhkan maruah I ke? Nak suruh tanya pula. You ingat I minat nak tahu?” Satu jelingan tajam, di hadiahkan pada lelaki itu.
“Apa yang membuatkan you fikir I minat nak tahu?” soal Ziqri.
“Tak payah nak pura-pura tak tahulah Ziq. You selalu habiskan masa you dengan dia. Takkan you tak tahu langsung.
“Mar, kalau you datang nak serabutkan kepala I, baliklah. Kat rumah kita sambung gaduh. I penat!”
Marsha mendengus kasar. pandangannya langsung tidak di alihkan dari wajah lelaki itu. Perasaan resah, bermaharajalela di hatinya.
“Penat apa? Memadu asmara?”
Berdesing telinga Ziqri, bila mendengar kata-kata biadap Marsha itu.
“You jangan nak biadap sangat Mar!”
Marsha mendengus tawa. Dia pula yang dituduh biadap.
“You cakap I biadap?” soal Marsha keras.
“Yes you’re! You sepatutnya tak datang sini untuk timbulkan pergaduhan, Mar. Ini tempat kerja I. Tempat I cari rezeki!” kata Ziqri meninggi.
Terbeliak mata Marsha mendengar kata-kata suaminya itu.
“Sejak bila you pertikaikan I datang kat sini Ziq?”
“I tak pertikaikan you, Mar. Tapi….” Ziqri tidak dapat menghabiskan ayatnya, kerana Marsha laju memintas kata-katanya.
“Tapi apa? Memang you sedang pertikaikan!” bentak Marsha.
Ziqri merengus kasar. Marsha tidak akan pernah mahu faham apa yang dia katakana. Dia lebih suka mengikut kemahuannya. Mementingkan dirinya sendiri.
“Dah lah Mar. Baliklah! Malam nanti kita sambung kat rumah,” kata Ziqri mengalah.
Marsha mencebik bibir. “Entah balik ke tak,”
Ziqri mengeluh.
“Kalau tak balik, I nak pergi mana?”
“Rumah Luf!”
“Mar… kita sambung nanti.” Ziqri memandang wajah Marsha dengan harapan, Marsha memahami keadaannya.
“Jangan ingat I lepaskan you Ziq. I datang ni nak bagitahu you, yang I nak bercuti dengan Raisha,” kata Marsha tegas.
Ziqri kerut dahi. “Bercuti lagi?” Wajah Marsha direnungnya.
Marsha mengangkat keningnya. “Yelah. Nak tungu you, tak tahu bila. Asyik sibuk je,” dengan nada bosan.
“Nak pergi mana?” tanya Ziqri lagi. Pandangannya menikam wajah Marsha.
“Paris,”
Ziqri ternganga. Asyik-asyik Paris!
“Banyak duit you nak pergi Paris?”
“Bukan duit I, tapi duit you,” kata Marsha selamba.
“You ingat I ni cop duit ke?” soal Ziqri dengan nada tidak puas hati.
“I tak kira. I nak juga!” Marsha sekali lagi menunjukkan kedegilannya.
Ziqri mengetap bibirnya. “I tak izinkan you!”
“Ziqri!” Marsha mula berang.
“I bukannya kaya sangat nak kena hadap permintaan you tu,” ujar Ziqri sambil menatap wajah Marsha,
Marsha merengus perlahan. Punahlah harapannya untuk bercuti. Tak boleh harap!
Namun kesedihannya itu tidak lama. Satu nama muncul didalam mindanya. Satu senyuman sinis dilorekkan.
“You tak izinkan… tapi, I tetap nak pergi….”
Usai berkata, Marsha bangun dari kerusi, lalu meninggalkan Ziqri dengan penuh tanda tanya.
Ziqri menghantar pemergian Marsha dengan seribu kekesalan. Dia dapat meneka apa yang bermain diminda Marsha ketika itu. Kedegilan Marsha, mencabar dirinya. Sampai bila, dia perlu menghadapi sikap Marsha yang sebegitu.
Wajah Lufya bermain di mindanya. Seandai satu masa nanti, dia perlu memilih antara mereka, pilihannya pasti Lufya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience