BAB 100

Romance Series 93123

“AYAH sakit tenat!” beritahu Lila di dalam telefon.
Hampir terlepas telefon yang berada di tangan Lufya, ketika mendengar berita mengejutkan itu. Lututnya terasa lemah seketika. Lantas tangannya memaut pada hujung meja. Wajah HJ Maliki muncul di ruangan matanya.
“Ayah sakit apa?” tanya Lufya. Nada suaranya sedikit bergetar.
“Heart attack.” Lufya tergamam.
“Macam mana boleh kena. Selama ni, ayah elok je kan?” soal Lufya.
Rasa takut mula menyelubungi hatinya. Dia takut, kalau ada apa-apa terjadi pada ayahnya.
“Lila tak tahu, Kak Luf. Ibu tiba-tiba telefon bagitahu ayah masuk Hospital Besut. Sampai sekarang, ibu langsung tak jawab soalan Lila. Baliklah kak. Ibu asyik menangis dari tadi,”
Lufya menarik nafas lemah. Luruh jantungnya mendengar penjelasan Lila itu. Bila ibunya menangis kesedihan, dia turut dapat merasai kesedihan itu. Apatah lagi kalau puncanya adalah ayah mereka. Dia tahu, ibunya terlalu sayangkan ayah mereka.
“Insya’Allah. Kak Luf cuba balik secepat mungkin,”
“Cepat kak. Ayah tak keluar keluar lagi ni. Lila takut kalau jadi apa-apa kat ayah,” ucap Lila. Kedengaran esakan Lila yang mula berlagu itu.
“Lila, jangan tunjuk kat ibu yang Lila menangis. Stay with ibu. Akak balik malam ni juga,” pujuk Lufya. Lembut.
“Akak… cepat kak. Lila takut,” kata Lila separuh berbbisik.
“Ye, ye… akak letak dulu. Nak check flight. Nak call abang Ziqri juga,” balas Lufya lembut. Mendengar ketakutan Lila, dia juga ikut takut. “ Abang long dengan abang ngah dah tahu tak?” tanya Lufya lagi.
“Dah. Kejap lagi sampailah tu,”
“Lila tunggu dengan ibu. Nanti kami datang. Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam,”
Sebaik mengakhiri panggilan itu, Lufya menghantar mesej kepada Ziqri melalui aplikasi WhatsApp. Dia menyimpan harapan, agar Ziqri dapat menemaninya. Dia bercadang untuk balik menaiki pesawat sahaja. Berapapun harga tiket akan dia redah demi HJ Maliki.

LUFYA meramas kasar jari jemarinya. Rasa gelisah, takut dan yang pasti, dia tidak sanggup untuk menerima berita yang dia tidak ingini. Dia belum bersedia untuk menghadapi apa-apa dugaan berat.
Genggaman pada jari jemarinya, membuatkan tindakan Lufya itu terhenti. Dia memandang Ziqri yang sedang memandangnya penuh prihatin.
“Bertenang. Abang yakin, ayah tak akan apa-apa,” kata Ziqri memberi semangat.
“Kalau ada apa-apa?”
Ziqri terkelu.
“Lufya takut,” kata Lufya separuh berbisik. Matanya mula berkaca.
Ziqri memaut bahu Lufya dan mengucup kepala Lufya.
“Kita fikir yang baik-baik, ye sayang. Sayang rehat dulu. Dah sampai abang kejut,”
Lufya menggelengkan kepalanya.
“Tak nak. Lufya tak boleh nak tenang selagi tak jumpa ayah,”
Ziqri mengeratkan pautan.
“Istighfar banyak-banyak. Kemudian, buangkan semua prasangka buruk dalam fikiran sayang. Insya’Allah. Tiada apa yang akan jadi,” bisik Ziqri lagi.
Lufya mengetap bibirnya.
Melihat reaksi Lufya, Ziqri menarik kepala Lufya dan menyandarkan di bahunya. “Just relax…dan bersangka baik pada Allah S.W.T. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita,”
Mendengar nasihat dari Ziqri, hati Lufya sedikit tenang. Dia memejamkan matanya erat. Cuba untuk merehatkan mindanya sementara perjalanan belum separuh jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience