BAB 114

Romance Series 92840

TUAN Hafiz dan Puan Kirana merenung Lufya dan Ziqri silih berganti. Simpati pada Lufya menggunung dihati keduanya.
“Abah dengan umi nak minta maaf sebab tak dapat datang hari tu. Kami harap, Luf sabar,” kata Tuan Hafiz memulakan perbualan.
Lufya dan Ziqri berpandangan lalu tersenyum.
“Takpelah abah, umi. Luf faham,” jawab Lufya lembut.
“Yang lain mana?” tanya Ziqri mencelah.
“Tak sampai lagi. Zakri dengan Syura ada kat Damansara. Anak buah Syura sambut hari lahir,” jawab Tuan Hafiz.
Puan Kirana memandang Lufya yang membisu. Di raut wajah Lufya, terserlah keresahannya.
“Luf sihat? Kandungan macam mana?” tanya Puan Kirana, dengan nada lembut. Terserlah watak keibuannya.
Lufya tersenyum mendengar petanyaan itu. “Alhamdulillah. Lufya sihat. Baby sihat juga,”
Puan Kirana dan Tuan Hafiz berpandangan lalu tersenyum.
“Alhamdulillah. Syukurlah,” kata Puan Kirana. Pandangan mereka beralih pada Ziqri yang hanya tersenyum melihat keprihatinan mereka.
“Senyum-senyum ni kenapa? Isteri kesayangan kamu yang seorang lagi mana? Nampak sangat dia bencikan keluarga kamu. Sekalipun tak jenguk orang tua kamu,” tegur Tuan Hafiz.
Ziqri menggosok tengkuknya lembut. Mendengar nama Marsha, buat hatinya mula gelisah. Dia mengerling Lufya yang hanya menunduk bila mendengar soalan itu.
“Entahlah abah,”
“Ziqri kena buat sesuatu. Satu Malaysia kecoh pasal kamu berdua. Kesian kat Lufya ni,” ujar Puan Kirana, sambil memandang Lufya yang membisu.
“Insya’Allah,”
“Abah tak suka apa yang jadi sekarang ni. Tak pasal anak abah malu satu Malaysia.” Tuan Hafiz menatap wajah Ziqri. “Siapa punya kerja semua ni?” soal Tuan Hafiz.
“Ziqri tak tahu abah,” jawab Ziqri berpura-pura tidak tahu.
Tuan Hafiz berdecit. Nampak gayanya, Ziqri tidak ambil tahu apa yang sedang terjadi ketika itu.
“Kamu okey dengan berita ni, Lufya?” soal Tuan Hafiz pada Lufya.
Lufya diam. Tidak menggeleng, tidak juga mengangguk. Dah kes macam tu. Siapa-siapapun takkan okey. Dia sendiri tidak menyangka yang dia akan terjebak dalam gosip rampas merampas ni. Terkena pula, keadaannya sama seperti yang digosipkan. Bezanya, dia berkahwin atas dasar keprihatinannya mahu membantu Marsha. Tapi kini, maruahnya dan juga maruah Ziqri menjadi taruhan. Keduanya berada di sisi jahat.
“Luf tak tahulah abah. Secara jujurnya, Lufya tak pernah sangka yang Lufya akan terjebak dalam gosip macam ni. Selama berada di dalam industry peragaan, tak pernah sekalipun nama Luf ni disebut-sebut orang. Kenalpun tak. Tiba-tiba hari ni…” Lufya berdesis perlahan. Rambutnya yang berjuntai di dahi disauk ke belakang.
Melihat wajah Lufya yang suram itu, Ziqri menggosok perlahan belakang isterinya. Dia tahu, Lufya berada dalam fasa sukarnya ketika itu.
“Umi harap, Lufya sabar ye nak. Ini semua ujian,” ucap Puan Kirana. Simpati dengan nasib anak dan menantu mereka yang menjadi mangsa gosip liar di Malaysia.
Lufya tersenyum kelat, sambil menggangguk kepalanya.
“Tak ada apa yang Lufya boleh buat umi. Perhati je apa yang jadi,”balas Lufya. Nadanya sedikit kecewa dan terkilan.
“Insya’Allah. Semua baik-baik je,” kata Ziqri sambil memeluk bahu Lufya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience