“AMACAM tambah cawangan? Seronok?”
Usikan Daniel itu tidak dipedulikan oleh Ziqri. Hanya bibirnya dijuihkan tanda tidak suka pada usikan itu.
Berkerut dahi Daniel dengan reaksi Ziqri itu. Awal pagi tadi bukan main becok lagi dia mengajak sarapan. Tapi, bila depan mata, ‘Dah bisu pulak ke? Dah macam muncung itikpun ada,’ bisik Daniel sendiri.
“Apesal kau ni? Macam baru telan cicakpun ada,” tanya Daniel kehairanan.
“Aku tak fahamlah dengan Mar tu…” keluh Ziqri sambil meramas rambutnya kasar.
Terangkat kening Daniel melihat gelagat Ziqri. Dia mencapai cawan berisi teh susu itu lalu menghirupnya perlahan sebelum kembali menumpukan perhatian pada Ziqri.
“Apa lagi yang tak kena Ziq? Dia dah bagi kau tambah cawangan pun masih tak faham lagi ke?” aju Daniel.
“Hish!” Ziqri berdecit perlahan dan membalas pandangan Daniel sebelum menyambung ayatnya yang tertangguh itu. “Bukan itu maksud akulah,”
Berkerut lagi dahi Daniel. Bibirnya diherot ke tepi dan keningnya sebelahnya di angkat sambil bertanya, “Apa lagi Ziq?”
Ziqri diam dan mengeluh. Mulut cawan di hadapannya diusik dengan hujung jarinya. “Aku upah penyiasat peribadi,”
Jatuh rahang Daniel mendengar ayat itu. Lama Daniel diam sebelum bertanya meminta kepastian. “Penyiasat peribadi?” Pandangannya ditujah tepat ke wajah Ziqri. Dia tidak pasti sama ada Ziqri masih waras atau tidak, kalau betul apa yang dikatakan oleh Ziqri itu.
“Ye,” jawab Ziqri ringkas.
“Tapi, untuk apa?” tanya Daniel.
“Untuk menyiasatlah! Untuk apa lagi,” jawab Ziqri. Dia menghadiahkan pandangan yang penuh dengan maksud tersirat. Tangan kanannya naik ke belakang tengkuk lalu menggosok tengkuknya perlahan.
Daniel tergelak sendiri mengingatkan soalannya. ‘Dah terang-terang dia kata penyiasat peribadi,’ Daniel menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Aku tahulah menyiasat. Kau nak siasat siapa?” soal Daniel.
“Both…”
“Kau tak percayakan Mar?” tebak Daniel.
Ziqri angguk sekali. “Aku perasan sejak kebelakangan ni, kereta dia selalu takde,”
“Pasal kereta je ke?” Daniel jongket kening dengan senyuman mengejek.
“She like doesn’t care about me anymore. I saw him with another guy, hugging and laughing like so happily…. Faham maksud aku?” ujar Ziqri perlahan.
Daniel terdiam mendengar kata-kata Ziqri itu.
“Bila kau nampak?” tanya Daniel ingin tahu.
“Dalam beberapa minggu sebelum aku dengan Luf nikah,” kata Ziqri sambil menggosok kening sebelahnya.
“Kau tak tanya dia?” tanya Daniel hairan.
Ziqri geleng kepalanya dan berkata, “Aku nak tengok, sejauh mana permainan dia,”
Daniel mendengus tawa lalu bertanya, “Sebab tu kau senang-senang terima Lufya?”
Ziqri angguk lagi dan kemudian memandang ke luar kafe itu sambil menjawab, “Lufya tu salah satu mangsa permainan dia,”
Berkerut dahi Daniel. “Maksud kau?”
“Lima tahun lepas, Mar rampas tunang dia dan Mar juga yang buat cerita, Lufya tu terlanjur dengan lelaki lain,” kata Ziqri kesal.
Daniel ternganga dan matanya membulat bila mendengar kata-kata Ziqri itu. Sampai kisah lima tahun lepaspun Ziqri tahu.
“Mana kau tahu semua ni?” soal Daniel hairan.
“Penyiasat peribadi akulah!” meninggi nada suara Ziqri sambil pendangannya kembali menikam wajah Daniel.
‘Huish! Mengencanglah pula…’ kecut perut Daniel melihat pandangan tajam lelaki dihadapannya itu.
“Kau pandang macam nak telan aku kenapa. Aku bukan Mar,” kata Daniel sedikit seram.
“Kaulah! Tanya soalan bodoh pula,” marah Ziqri sebal.
Daniel tayang sengihan lalu menggaru kepalanya sendiri.
“Soalan bodoh erk? Ngeee…”
Ziqri berdecit kemudian merungut geram. “Hish! Menyampah pula aku dengan perangai kau hari ni,”
“Hahahahaha…,” Daniel ketawa terbahak-bahak mendengar rungutan Ziqri apatah lagi melihat wajah Ziqri yang masam mengalahkan ayam berak kapur itu.
Berkerut dahi Ziqri melihat Daniel yang tiba-tiba ketawa itu.
“Apa kena dengan kau ni, Dany? Gelak macam orang gila. Takde yang lucu kat sini,” kata Ziqri mula berang.
“Ok,ok. Aku minta maaf. Kau tulah. Tak pernah pula aku nampak kau berperangai macam ni. Sampai upah penyiasat peribadi bagai. Luculah tu,” kata Daniel masih dengan ketawanya yang masih bersisa.
Ziqri merengus kasar. “Kau tahukan aku dengan Mar dah kahwin lama. Sebab tu aku buat semua tu,”
“Lama kau kata?” soal Daniel sambil menjongket keningnya pada Ziqri.
“Tiga tahun tu dah kira lamalah tu…”
“Baru tiga tahun Ziq. Anakpun takde lagi. Masih ada peluang untuk kau undur diri. Dah jelas-jelas kau nampak Mar dengan lelaki lain. Apa lagi kau nak tunggu? Bukannya kau takde isteri lain,” kata Daniel selamba menuturkan ayatnya.
Terbeliak mata Ziqri mendengarnya.
“Memanglah baru tiga tahun, tapi… kau ingat senang-senang aku nak lepaskan dia? Dia tu cinta pertama aku,” tegas Ziqri. Dia menjeling Daniel tajam.
“Cinta pertama konon…” Daniel menyengetkan bibirnya mengejek. “Kalau betul dia sayangkan kau, dia takkan minta kau kahwin dengan perempuan lain. Kedua… kalau betul dia cintakan kau, dari awal lagi… dia dah berusaha untuk beri kau zuriat. Tahu?” Daniel membulatkan matanya sambil memuncungkan mulutnya sebelum menyambung kembali ayatnya, “ Ke kau buat-buat tak tahu atau dah buta pekak tuli dengan cinta pertama kau tu?”
Bulat mata Ziqri mendengar ayat terakhir Daniel itu.
“Kau cakap aku buta, pekak, tuli?” tanya Ziqri dengan nada tinggi.
“Dah tu? Apa lagi kau nak? Tak faham bahasa? Kau nak aku cakap bahasa Sepanyol pula ke?
“Bahasa Korea takde.” Ziqri menghadiahkan perlian bersama jelingan tajamnya.
“Ada. Bukan Korea je…” balas Daniel tanpa mempedulikan Ziqri.
Ziqri menjulingkan matanya tanda menyampah.
“Layan kau… baik aku balik pejabat,” kata Ziqri bengang. Dia menghabiskan sisa kopinya itu.
Daniel mencebik.
“Aik, nak balik dah? Sambunglah lagi…. Banyak lagi masa aku ni,” sindir Daniel lagi. Dia turut menghabiskan sisa minumannya lalu bangun.
Ziqri menjeling dan bangun dari kerusi itu.
“Meluah dengan kau, bukannya dapat apapun. Sakit hati adalah,” kata Ziqri seraya membuka langkah menuju ke kaunter pembayaran.
Daniel ketawa sambil mengekori langkah Ziqri dari belakang.
Dalam diam, Daniel sebenarnya kasihan bila mendengar kisah rakannya itu. Namun bila mengingatkan tentang kedegilan Ziqri satu ketika dahulu, dia menepis rasa kasihan itu pergi jauh dari hatinya. Bukannya mereka tidak menghalang dia untuk membatalkan niatnya berkahwin dengan Marsha, cuma Ziqri saja yang degil.
‘Padan muka!’ kutuknya di dalam hati.
Mereka berpisah di hadapan kafe itu, untuk kembali ke tempat kerja masing-masing.
KETIKA melintasi bangunan Beauty and Health by Luf, pandangan Ziqri terkunci pada seorang lelaki tampan yang memasuki bangunan setingkat itu. Hatinya tertanya-tanya, ‘Siapa lelaki tu?’
Dia teringat kembali nama lelaki yang menjadi bahan perbualan mereka tempoh hari. Hatinya tiba-tiba di ulit rasa gelisah yang teramat sangat. Nama lelaki itu bagaikan memberi kesan pada dirinya, apatah lagi ia berkaitan dengan Lufya.
Cemburukah? Dia tidak dapat memastikan perasaannya itu. Lima ratus meter selepas melalui bangunan itu, Ziqri mengambil keputusan untuk berpatah balik ke bangunan itu. Dia tidak akan mampu tenang bila tahu, ada lelaki lain berminat pada Lufya.
Sampai sahaja di hadapan bangunan itu, pandangannya terus menangkap kelibat Lufya yang sedang berbual dengan lelaki itu di hadapan pintu. Senyuman yang terlakar di bibir Lufya ketika berbbicara dengan lelaki itu, membuatkan hati Ziqri dipalu cemburu. Cara lelaki itu memandang Lufya dari atas ke bawah, membuatkan dia merasa hendak menyucuk mata lelaki itu dengan jarinya.
‘Bini aku tu!’ Ziqri membentak dalam hati.
Telefonnya yang berada di tepi pintu itu dicapainya. Segera nama Lufya dicari.
Sekejap saja, Lufya sudah menjawab panggilannya.
“Assalamualaikum,” sapa Lufya memberi salam dengan nada cerianya.
Ziqri mengawal pernafasannya dan menjawab salam itu, “Waalaikumsalam,”
Dari jarak yang tidak berapa jauh itu, Ziqri dapat mengesan pandangan tajam lelaki itu pada Lufya yang sibuk dengan panggilan darinya.
“Abang ada kat tepi ni. Ingat nak jumpa Luf kejap,” kata Ziqri membuatkan Lufya memanjangkan lehernya dengan kerutan di dahi.
Sebaik pandangan mereka bertemu, Lufya melorek senyuman tipisnya lalu mematikan talian. Sebaik mematikan talian, Lufya berkata dengan lelaki itu lalu meninggalkan lelaki itu sendirian di situ.
Ziqri dapat mengesan pandangan tajam lelaki itu padanya, namun dia hanya menghadiahkan pandangan sinisnya, dan hatinya berkata sendiri, ‘She’s mine!’
Tanpa menunggu lama, Ziqri keluar dan membukakan pintu untuk Lufya membuatkan Lufya ketawa sejenak. Pelik!
“Abang apa khabar?” tanya Lufya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam, sebaik sahaja Ziqri menutup pintu keretanya.
“Baik sebelum nampak Luf dengan another guy, I guess,” jawab Ziqri dengan nada cemburu. Dia memulakan pemanduannya dan menghadiahkan jelingan pada lelaki yang masih setia berdiri dan memerhati mereka.
Lufya kerut dahi. Dia mengerling suaminya sekilas.
‘Cemburu ke?’Hati Lufya tertanya sendiri.
“Abang tak suka tengok Luf berbual dengan lelaki lain,” kata Ziqri jujur membuatkan Lufya terkedu.
Satu perkara yang mustahil untuk Lufya lakukan. Kalau Ziqri tidak suka, bagaimana dia mahu menjalankan urusniaganya?
“Luf minta maaf. Tapi lelaki tu, cuma wakil pengilang…”
“Tak kisahlah wakil pengilang ke apa… abang tetap tak suka. The way he look at you… nampak sangat ada hati,” rengus Ziqri.
Keretanya diberhentikan dibahu jalan. Dia mengiringkan tubuhnya menghadap Lufya, membuatkan Lufya tergamam dengan tindakan lelaki itu.
Mindanya berputar ligat memikirkan kata-kata Ziqri itu. ‘Mustahil!’ bisik hatinya sendiri. Dia dan Ziqri bukannya bercinta. Kenapa perlu cemburu. Lagipun, dia bukan jenis perempuan yang suka berbual tanpa tujuan.
“Luf Cuma bincang pasal produk…” keluh Lufya sambil meramas jejarinya sendiri.
Ziqri mengeluh lemah. Dia sedar yang dia sudah meletakkan Lufya dalam situasi yang sukar. Dalam usia pernikahan mereka yang baru memasuki tempoh dua minggu, mungkin terlalu awal untuk dia menegah Lufya dalam aktiviti hariannya.
“Maaf…” pinta Ziqri. Jejari Lufya dicapai lembut dan bahu Lufya ditarik untuk duduk menghadapnya. Panahan matanya terus diarahkan pada mata Lufya. Dia mahu Lufya faham apa yang dia maksudkan itu.
Lufya mengeluh perlahan. “Abang… mungkin kita kahwin sebab permintaan Mar, tapi Luf tahu dan akan sentiasa ingat status Luf yang satu ini…,”
Ziqri jeda. Kepala Lufya ditarik lembut dan bibirnya berlabuh di dahi Lufya. Dia sendiri keliru dengan perasaannya. Terlalu awal untuk dia merasai semua itu. Mungkinkah disebabkan Lufya sudah menyerahkan segala miliknya pada dirinya.
“Abang minta maaf,” kata Ziqri separuh berbisik. Wajahnya dijauhkan dari wajah Lufya dan mata Lufya ditenung sedalamnya.
Wajah Lufya yang tadinya muram, kembali senyum membuatkan hati Ziqri dibuai rasa gembira. Dia rindukan senyuman itu.
“Abang rindu Luf. Luf langsung tak mesej atau call abang,” komen Ziqri seraya melepaskan jejari Lufya dan kembali menghadap ke hadapan.
Lufya tertawa kecil.
“Itu je ke?”
“Itu je lah.”
Mereka ketawa serentak kemudian Ziqri memandang Lufya.
“Dah sarapan?” tanya Ziri lembut.
Lufya menggangguk kepala dan menjawab, “Dah. Abang?” tanya Lufya lembut.
“Dah, tadi dengan Dany,” jawab Ziqri.
“Dating nak?” Ziqri jongket kening nakal.
Lufya diam dan berfikir sejenak sebelum bertanya lebih lanjut.
“Nak pergi mana?” tanya Lufya. Alang-alang Ziqri sudah mengajak, apa salahnya. Bukannya orang lain. Suaminya juga. Cuma bukan suami selamanya.
‘Suami sementara,’ Lufya tersenyum sendiri.
“Senyum-senyum kenapa?” soal Ziqri pelik.
“Takde apa,” dalih Lufya lagi.
Ziqri herot bibirnya senget. “Yeke…”
“Iye abang…” Meleret nada suara Lufya.
Ziqri menceber bibir lalu mahu memulakan pemanduannya.
“Err… abang jap,” kata Lufya perlahan sambil tangannya memegang lengan kiri Ziqri yang sudah berada di stering kereta.
Ziqri jongket keningnya dan memandang Lufya hairan. “Kenapa?” Pandangannya dan pandangan Lufya bertemu.
Lufya mengetap bibirnya kemudian berkata, “Barang-barang Luf,”
“Ingatkan apalah tadi,” gumam Ziqri lalu memulakan pemanduannya.
Lufya tersengih.
Mereka kembali ke Beauty and Health by Luf, untuk mengambil barang Lufya yang masih di situ.
“HUJUNG minggu ni, Luf nak pergi New York,” beritahu Lufya ketika mereka berdua berjalan menyusuri butik yang ada di Suria KLCC itu.
Langkah Ziqri terhenti dan dia memandang Lufya dengan kerutan di dahi sambil mengajukan soalannya, “New york? Nak buat apa kat situ?”
“Ada fashion show. Luf kan model,” kata Lufya lagi.
Ziqri berdecit perlahan. Satu lagi dugaannya. Lufya adalah model. Tengkuknya di gosok kasar sambil meneruskan langkah menyaingi langkah Lufya.
“Tak boleh ke Luf berhenti jadi model?” tanya Ziqri penuh berhati-hati.
Lufya diam. Melalui pertanyaan itu, dia mengagak yang Ziqri tidak menyukai kerjanya yang satu itu.
“Kenapa?” tanya Lufya sambil mengerling Ziqri.
“Abang tak suka!” kata Ziqri lembut tapi tegas.
Lufya terdiam. Bibirnya diketap kuat. Biar betul lelaki itu? Takkan semua yang dia nak buat perlukan persetujuan lelaki itu? ‘Suami tu!’ Sekali lagi hati Lufya berkata untuk mengingatkan diriya sendiri.
“Luf memang nak berhenti. Cuma tunggu kontrak habis je,” kata Lufya. Jawapan paling selamat rasanya.
Ziqri diam lagi.
“Berhenti sekarang tak bolehke?”
Lufya ketawa. Dia memandang Ziqri yang kelihatan serius.
“Boleh je, tapi kena bayar dendalah. Luf tak nak membazir duit untuk bayar benda yang Luf sendiri dah mulakan. Lagipun, kalau Luf berhenti sebelum kontrak habis, imej Luf akan jatuh,”
Ziqri terdiam lagi. Agak lama baru Ziqri mengangguk faham.
“Kalau dah habis kontrak tu, tak payahlah nak sambung balik,” kata Ziqri akhirnya.
“Insya’Allah tak. Luf memang dah cadang tak nak sambung. Nak tumpukan perhatian dengan business,” kata Lufya mengiakan.
“Makan aiskrim, nak?” tanya Ziqri sebaik langkah mereka tiba di hadapan Baskin Robin.
“Nak,” jawab Lufya sedikit riang.
Berkerut dahi Ziqri. Hatinya berbisik sendiri, ‘Hai, dah jadi kanak-kanak ribena pulak dah ke?’ Kemudian dia senyum sendiri.
“Ok, jom,” ajak Ziqri sambil mencapai jejari Lufya untuk masuk ke dalam.
Beberapa pasang mata kelihatan memandang ke arah mereka, terutama pekerja di situ. Hairan bila melihat kehadiran Ziqri kali ini bukan dengan Marsha tapi dengan perempuan lain.
Ziqri mengabaikan pandangan mereka itu. Dia Cuma mahu menikmati masanya bersama Lufya. Mungkin ada yang akan menggelarnya playboy ataupun menganggap dia curang dengan Marsha, tapi dia tidak kisah. Mereka tidak tahu apa yang mereka rasa dan apa yang mereka lalui.
Share this novel