BAB 22

Romance Series 92840

“KAU nak tempah bala ke Luf!” Melengking suara Damya memenuhi ruangan pejabat Lufya. Telinganya berasap seketika mendengar cerita Lufya yang tidak masuk akal itu setelah sepeninggalan Marsha dan Ziqri.
Keputusan yang diberikan oleh Lufya itu seakan membunuh dirinya sendiri. Kali ini Damya betul-betul tidak setuju dengan kesudian Lufya untuk membantu Marsha. pandangannya tajam menikam wajah Lufya yang kusut. Berkali-kali dia menangkap Lufya meraup wajahnya kasar sambil mengeluh kasar.
“Aku tak tahu nak jawab apa kat Mar. Aku takut dia terluka,” keluh Lufya.
“Hati kau tak terluka ke Luf. Sampai bila kau nak macam ni Luf. Mengalah dengan Mar. Kau dah lupa apa yang dia buat kat kau? Ke kau memang dah jadi manusia tak beperasaan? Hah?” Bertalu-talu Damya menyerangnya dengan pertanyaan yang menambahkan lagi serabut kepalanya.
“Dia kawan aku,” kata Lufya lagi dan meggosok tengkuknya kasar.
Damya berdecit kasar. Dia jadi keliru dengan sikap Lufya. Semudah itu Lufya menerima permintaan Marsha, seolah-olah Marsha tidak pernah menyakiti dirinya. “Kawan tu kawan juga. kau sedar tak yang sekarang ni, dia sedang mempergunakan kau sepenuhnya Luf. SEPENUHNYA!”
Lufya berdecit perlahan. Tidak mungkin Marsha memperlakukannya sebegitu. Dia tahu Marsha baik. Kalau tidak, untuk apa Marsha berkawan dengannya.
“Aku yakin dengan dia,” kata Lufya tegas.
Damya geleng kepalanya. Nampaknya Lufya sudah dibutakan dengan sandiwara Marsha.
“Lufya, kau sedar tak apa yang kau tengah buat sekarang? Bersetuju untuk jadi isteri kedua merangkap madu Marsha. Siapapun yang mendengar cerita ni, nama kau tetap di angkat sebagai perampas. Faham tak?” Damya memandang tajam wajah Lufya.
Lufya diam.
“Kau tu model, usahawan dan hampir satu Asia kenal kau. Tiba-tiba orang tahu yang kau tu kahwin dengan suami orang. Biarpun kau jelaskan berkali-kali, kau masih perampas Lufya. PERAMPAS! Kau suka ke?”
Lufya gigit bibirnya kuat. Dia mengelengkan kepala.
“Bukan! Aku bukan perampas. Aku Cuma nak tolong Mar,” kata Lufya menafikan kenyataan Damya.
Damya mengeluh perlahan.
“Tolong, tolong juga Luf. Tapi sekarang kau bukan setakat tolong tau. Kau sedang memperjudikan diri kau untuk mengandungkan anak lelaki yang kau tak cinta. Allah! Aku tak fahamlah dengan kau ni.”
“Aku tak kisah apa orang nak cakap pasal aku, Damya. Yang aku tau, aku nak tolong Mar,” balas Lufya.
“This is not the way, Luf,”
“Then, what the way, Damya? Tell me!” Suara Lufya meninggi sambil pandangannya menikam wajah Damya yang berdiri di sisi meja kerjanya dengan menghadap dirinya.
Damya merengus kasar.
“Banyak lagi cara lain, Luf,” keluh Damya.
“Sudahlah Damya. Aku serabut! Aku nak keluar.” Usai berkata, Lufya mencapai beg tangan dan kunci keretanya lalu bingkas bangun meninggalkan Damya di bilik itu.
Dia mahukan ketenangan. Dia perlukan udara yang segar. Fikirannya kusut. Ditambahkan pula dengan serangan bertubi-tubi dari Damya, fikirannya semakin celaru.
Sebaik dia keluar dari bangunan itu, pandangan matanya terkunci pada sebuah kereta Lexus Lx yang diletakkan betul-betul dibelakang keretanya. Baru sahaja dia membuka langkah menghampiri keretanya, pemilik kereta Lexus Lx itu keluar.
Berderau hati Lufya ketika pandangannya dengan pandangan Ziqri bertembung.
“Can we talk?” Lembut suara Ziqri menampar pendengaran Lufya itu.
Lufya menarik nafas perlahan kemudian mengangguk.
Ziqri dengan sikap gentlemannya menuju ke pintu sebelah pemandu lalu membukakan pintu untuk Lufya.
Lufya tidak tahu sama ada dia kagum ataupun sebaliknya. Dia melangkah menghampiri kereta Ziqri itu lalu masuk ke dalam kereta itu. Wangian levendar jenama Ambi Pur memenuhi ruangan kereta Ziqri. Nyaman dan mendamaikan.
“Lufya,” panggil Ziqri lembut sebaik dia menutup pintu kereta pemandu itu. Dia mengiringkan tubuhnya menghadap Lufya.
Lufya tidak menyahut. Hanya coletah Nabil Ahmad berkumandang dari radio Era.
Mesej Lila yang masuk pagi tadi masih segar di ingatannya.
“Ayah hanya akan terima akak, kalau Akak kahwin”
Adakah semuanya kebetulan? Lufya mengetap bibirnya perlahan. Fikirannya menemui jalan buntu. Dia seakan terlupa kehadiran lelaki itu. Tubuh dan kepalanya disandarkan ke belakang kerusi dan matanya dipejamkan. Wajah Hj. Maliki menjengah mindanya.
“Allah,” tutur Lufya lemah. Kenapa hidupnya begitu.
Melihat tingkah laku Lufya, Ziqri diserang rasa pelik. Namun dia tidak mahu mengganggu Lufya ketika itu. Jadi dia memilih untuk memulakan pemanduan.
Terasa pergerakan kereta itu, Lufya membuka matanya. Baru dia sedar yang dia berada di dalam kereta Ziqri dan kereta itu sedang bergerak meninggalkan kawasan pejabatnya.
“Awak nak bawa saya ke mana?” tanya Lufya sambil mengerling lelaki itu.
“Somewhere yang boleh bagi kita ruang dan ketenangan untuk berbincang,” jawab Ziqri. Dia kekal dalam tumpuannya.
“Apa lagi yang kita nak bincangkan. Semuanya dah jelas. Saya dah setuju dengan permintaan Mar,” kata Lufya. Pandangannya dibuang keluar tingkap.
“Apa sebenarnya yang buat awak setuju?” tanya Ziqri.
Ingin dia ketahui, apa isi hati Lufya yang sebenar.
“Persahabatan.” Ringkas jawapan Lufya membuatkan Ziqri mengeluh.
“Mana ada sahabat yang sanggup memperjudikan masa depannya untuk menikah dengan suami orang?” kata Ziqri dengan nada tidak setuju.
“Ada. Saya,” kata Lufya.
“Itulah yang buatkan hati saya ni tak percaya. Mustahil awak takde niat lain,” kata Ziqri seakan menuduhnya.
Lufya mendengus tawa. “Niat lain?”
Ziqri mengangguk laju. “Ya! Niat lain. Awak nak hancurkan Mar ke?”
Soalan Ziqri itu disambut dengan jelingan tajam.
“Apa awak merepek ni Ziqri? Saya nak hancurkan Mar? Untuk apa saya nak buat semua tu?” aju Lufya dengan wajah yang tidak puas hati dengan kata-kata itu.
“Simple! You hate her because she stoled your fiancée?”
Meletus ketawa Lufya sebaik mendengar kata-kata itu. Satu lagi tuduhan yang agak menyakitkan hatinya. Adakah dia hidup hanya untuk difitnah?
“Satu tuduhan yang cukup buat saya kecil hati. Awak ingat saya ni jahat ke? Semua tu saya dah lupakan. Apa yang saya buat ni demi persahabatan saya dengan Mar. Kalau awak tak nak, awak boleh je bagitahu Mar. Kan?” Lufya memandang Ziqri yang focus pada jalan raya.
Ziqri diam. Dia tahu, Marsha tidak akan berdiam kalau dia membantah.
“Kalau saya cakap kat dia pun, belum tentu lagi dia nak dengar,” kata Ziqri mengenangkan sikap Marsha itu.
“Tahu takpe!” kata Lufya.
Telefon Lufya yang nyaring berbunyi itu memaksa Lufya mencari telefonnya itu di dalam beg tangan. Damya!
“Apa lagilah dia nak?” Rungut Lufya tanpa sedar, menarik perhatian Ziqri.
Ziqri mengerling Lufya yang sudah menekapkan telefonnya ke telinga. Telingannya di pasang untuk mendengar perbualan Lufya.
“Hello!” Nyaring suara Damya menyapa Lufya membuatkan Lufya terpaksa menjauhkan sedikit telefon itu dari telinganya.
“Hmmm… kau nak apa? Kalau nak membebel, dahlah Damya. Aku penat nak dengar,” kata Lufya sambil mendekatkan kembali telefon itu ke cuping telinganya.
Damya yang berada dihujung talian mencebik.
“Aku bukan nak bebel kat kau. Aku cuma nak tanya. Jadi ke kau nak masak petang ni untuk Ar-raudhah?” tanya Damya.
Lufya berfikir sejenak sambil mengerling Ziqri yang fokus memandu.
“Kita tunda esoklah. Aku ada hal petang nanti,” kata Lufya. Jam tangannya ditilik. Sekarangpun sudah angka tiga setengah. Mana ada masa lagi nak memasak. Tambah lagi Ziqri ‘menculik’ dia dari pejabat.
“Yelah. Kau pergi mana? Aku nampak kereta kau kat luar?” Damya bertanya curiga.
“Aku jumpa orang ni. Ada urusan,” kata Lufya.
“Marsha?” tebak Damya.
“Isk! Bukannlah. Kan aku baru jumpa dia tadi. Buat apa nak jumpa lagi,” balas Lufya menafikan tebakan itu.
Damya mengeluh lega. “Aku nak kau fikir balik Luf. Ini semua melibatkan masa depan kau. Belum tentu Mar nak tolong kau satu masa nanti,”
“Again?” Meninggi nada suara Lufya membuatkan Damya tersengih.
“Fine! Orang risaukan dia. Tak nak,” kata Damya sambil menjuihkan bibirnya.
“Tak payahlah kau nak risau pasal aku. Aku pandai jaga diri aku….”
“Tapi, tidak pada perasaan kau. Asyik nak jaga hati orang je! Dah lah. Siap kau sampai rumah nanti,” pintas Damya sambil memberi amaran pada Lufya.
Lufya tergelak kecil. “ Kau nak buat apa?”
Damya diam sejenak. “Kalau boleh aku nak jumpa semua orang yang dah sakitkan hati kau, supaya berhenti sakitkan hati kau,”
Lufya diam. Dia menunduk sambil merenung jejarinya yang kosong. Sekosong hatinya.
“Thanks for everything Damya. Aku tahu kau risaukan aku, tapi… bagi aku, ini adalah pilihan aku, dan aku perlukan sokongan kau,” kata Lufya lembut.
Damya mengeluh lemah. Kalau itu yang Lufya mahukan dari dia, apa lagi yang boleh dia katakan.
“Aku sentiasa ada dengan kau Luf. Tak kisahlah apa sekalipun yang jadi, aku tetap di belakang kau. Dulu, sekarang dan selamanya,” kata Damya lembut akhirnya.
Kata-kata Damya itu berjaya menyentuh hati Lufya. Rasa sebak perlahan hadir memasuki ruangan hatinya. Pandangannya berkaca. Tidak mungkin untuk dia menangis di situ. Dia mematikan talian tanpa membalas kata-kata Damya.
Pandangannya terkunci pada papan tanda Tasik Perdana.
“Boleh awak turunkan saya kat sini sekejap,” pinta Lufya lembut.
Ziqri mengangguk lalu memberhentikan keretanya di bahu jalan.
“Kalau awak tak dapat nak tunggu saya, awak boleh gerak je. Nanti saya balik naik teksi. Terima kasih.” Usai berkata, Lufya membuka pintu kereta itu lalu turun dari kereta sambil diperhatikan oleh Ziqri.
Lufya membawa langkahnya memasuki kawasan Tasik perdana. Dia tidak menyedari yang Ziqri mengekorinya dari belakang. Lufya terus melangkah mencari tempat untuh dia duduk berteduh sambil menahan sebak memikirkan nasib dirinya yang bagaikan terasing di bumi itu. Ketika dia bersendirian begitu, satu persatu akan menjengah mindanya membuatkan hatinya terusik. Mungkin dia perlukan teman untuk meluah, tapi dengan siapa. Langkahnya terhenti di bawah sepohon pokok rimbun. Lufya mengambil keputusan untuk duduk sahaja di situ.
Dia melabuhkan punggungnya di bawa pepohon itu lalu menyandarkan tubuhnya perlahan. Tidak lama kemudian, dia menarik lututnya dan memeluk erat lututnya. Airmatanya kembali bergenang dihujung mata. Lufya membiarkannya. Dia rela tangisannya terlepas tika dia bersendirian, daripada dia ditemani oleh. Dia tidak kisah pada mata-mata yang melihat tindak tanduknya. Wajahnya ditekupkan ke lutut dan akhirnya dia meluahkan tangisannya tanpa bunyi. Bahunya mula terhinjut menahan esakan. Sakit yang terlalu dalam. Dia sendiri tidak mampu menyelami rasa hatinya yang sebenar.
Tindak tanduknya itu berjaya menggamit hati Ziqri untuk terus dekat dan mendekat. Dia mula merasakan yang Lufya menanggung beban yang berat dihatinya. Satu persatu langkahnya diatur menghampiri Lufya sehinggalah dia berdiri tidak sampai berapa meter dari Lufya. Jelas kelihatan bahu Lufya yang terhinjut menangis itu. Dia dapat rasakan yang Lufya seorang perempuan yang suka memendam perasaannya sendiri. Timbul rasa ingin tahu di benak Ziqri. Apa sebenarnya yang sedang dipendam oleh perempuan yang bernama Lufya Adelia Binti Hj Maliki itu.
“Kenapa nak menangis sendiri,” tegur Ziqri lembut membuatkan Lufya bergegas bangun dan menyeka pantas air matanya sambil pandangannya dibuang ke tengah tasik.
Lufya memandang Ziqri, lalu melakar senyuman membuatkan Ziqri kaget.
“Mana ada nangis. Mata saya masuk habuk je.”Lufya berdalih dengan senyumannya yang berusaha dimaniskan.
Ziqri merenung wajah Lufya itu. Matanya merah menandakan yang di baru sahaja habis menangis. Bibirnya menguntum senyuman.
“Saya tahu awak menangis. Saya nampak,” kata Ziqri lagi.
“Awak nak bincang apa tadi. Cakaplah. Tempat ni best kalau nak bincang,” kata Lufya mengubah topik perbualan.
Sekali lagi andaian Ziqri betul. Lufya seorang yang pemendam.
“Takpelah. Saya tak jadi nak bincang.”
Berkerut dahi Lufya. Keningnya diangkat. “Hah?”
“Tiada apa yang perlu kita bincangkan. Kita ikut je kemahuan Mar,” kata Ziqri. Kali ini dia lebih yakin dengan jawapannya itu.
Lufya angguk kepala.
Ziqri menghulurkan tangannya pada Lufya. “Saya nak bawa awak kat satu tempat,”
Lufya diam, tapi mindanya berputar ligat. Tangan Ziqri itu dibiarkan sepi tanpa sambutan.
“Pergi mana?” Tanya Lufya.
“Satu tempat yang wajib awak pergi sebelum kita kahwin, for sure,” balas Ziqri lagi. Tangannya mencapai jejari Lufya dan menarik Lufya keluar dari kawasan itu.
Lufya hanya menuruti langkah lelaki itu sehingga ke kereta, tanpa banyak tanya.
Tanpa berfikir panjang, Ziqri memandu kereta itu meninggalkan kawasan Tasik Perdana menuju ke satu tempat yang tidak Lufya ketahui.
Lufya membisu sambil matanya memerhatikan bunga-bungaan yang ditanam di sepanjang jalan itu. Tanda tanya berlegar di minda Lufya saat kereta yang mereka naiki itu meluncur masuk ke kawasan sebuah rumah agam yang cukup mewah dan mengagumkan di Bukit Bintang. Dia mula meneka yang Ziqri ataupun keluarga Ziqri itu bukanlah calang-calang orangnya.
“Ni rumah keluarga saya,” kata Ziqri sebaik kereta itu diberhentikan di hadapan rumah itu.
Lufya terdiam. Hatinya mula berdebar, resah dan takut. Tidak sanggup rasanya mendengar kata-kata keluarga Ziqri, kalau mereka mengetahui perkara sebenar.
“Tak perlu takut. Keluarga saya semua baik-baik. Belum ada lagi yang makan orang,” seloroh Ziqri membuatkan Lufya ketawa kecil.
“Kalau mak awak makan saya? Tak pun bapa awak, abang-abang awak?”
Ziqri ketawa.
“Umi akan peluk awak. Percayalah cakap saya,” kata Ziqr yakin sambil keluar dari kereta itu.
Mendengar kata-kata Ziqri itu, hatinya bukanlah semakin lega tapi bertambah resah dan takut. Dia ragu-ragu untuk turun, namun Ziqri sudah membukakan pintu kereta itu membuatkan Lufya terpaksa turun dari kereta itu.
“Jomlah. Umi dengan ayah dah tunggu kita,”
Dahi Lufya berkerut. Itu bermakna keluarga Ziqri sudah tahu apa yang bakal terjadi.
Pintu hadapan yang tertutup rapat itu dibuka dari dalam. Seorang wanita setengah abad menjengukkan kepalanya sambil tersenyum.
“Itu umi saya. Kerja sebagai Pakar Kanser. Orangnya lembut dan kuat senyum,” kata Ziqri sambil membalas senyuman wanita itu.
Lufya angguk kepala dengan bibirnya turut menguntum seyumannya.
“Ziqri, kenapa tak ajak masuk. Masuklah,” kata Puan Kirana. Matanya masih melekat pada wajah Lufya.
Lufya mengatur langkah cermat menghampiri wanita setengah abad, yang sudah tercegat di pintu rumah itu. jejari wanita itu diraih lembut lalu disalam dan dikucupnya lembut.
“Assalamualaikum, puan.” Lufya memberi salam selepas kembali menegakkan tubuhnya untuk menghadap wanita itu.
Ziqri menggantikan tempat Lufya untuk bersalaman dengan Puan Kirana.
“Waalaikumsalam. Jemput masuk nak,” balas Puan Kirana lembut.
Lufya mengangguk dengan senyumannya yang masih lagi terlukis di bibir mungilnya.
Langkah mereka bertiga itu berakhir di ruang tamu, yang mana Tuan Hafiz sudah menunggu dengan pandangan yang penuh dengan tanda tanya. Air mukanya jelas menunjukkan yang dia tidak berapa senang dengan kehadiran Lufya di situ. Pakaian Lufya mengundang persepsi negetifnya pada Lufya.
Ketika sesi perkenalan juga, Tuan Hafiz kelihatan dingin memandangnya membuatkan Lufya keresahan.
“Kamu tahukan yang Ziqri dah kahwin? Nak jadi perampas ke?” Soal Tuan Hanif dingin. Pandangan tajam terus-terusan menikam wajah Lufya yang sudah kegelisahan.
“Ayah….”
“Shut up! Ayah bercakap dengan dia. Bukan dengan Ziq!”
Ziqri mengeluh kasar.
“Mar yang mahukan semua ni ayah. Mar yang minta Luf kahwin dengan Ziq,” kata Ziqri membela Lufya.
Riak wajah Tuan Hafiz berubah dari dingin ke terkejut.
“Maksud Ziq, Marsha yang nak semua ni?” soal Tuan Hafiz inginkan kepastian. Pandangannya di alihkan pada Ziqri.
Ziqri angguk kepala sambil mengerling Lufya yang berada selang sekerusi dengannya. Dia tahu Lufya gelisah.
“Kamu kenal Marsha?” tanya Puan Kirana lembut.
Lufya angguk lagi. “Mar, kawan saya,”
Pasangan suami isteri itu berpandangan terkejut. “Apa?”
Ziqri memandang mereka silih berganti sambil fikirannya berputar ligat untuk mencari ayat yang sesuai untuk di katakan pada kedua orang tuanya.
“Dah lama Mar minta Ziq kahwin lain. Dengan syarat, dia yang carikan calon. Lufyalah calonnya,” jelas Ziqri.
“Kamu ni perlu duit ke? Sampai nak kahwin dengan Ziqri. Berapa Marsha beri kat kamu?” tanya Tuan Hafiz seakan menuduh Lufya sebagai perempuan yang gilakan duit semata-mata.
Lufya terkesima mendengar soalan itu. Dia tidak menduga, yang dia akan di anggap seperti itu. Adakah dia kelihatan murah pada mereka?
Ziqri berdecit perlahan. Dia juga terkejut mendengar soalan yang agak melukakan hati itu. Dia dapat mengesan perubahan wajah Lufya sebaik mendengar soalan itu.
“Saya tak perlukan duit, Tuan. Saya cuma nak bantu Mar. Itupun, kalau Tuan dengan Puan setuju. Kalau tidak, saya boleh batalkan,” kata Lufya membalas setenang mungkin.
Tuan Hafiz dan Puan Kirana berpandangan seketika kemudian memandang wajah Lufya yang kelihatan jujur. Mereka dapat merasakan keikhlasan Lufya dalam setiap ayat yang dituturkan olehnya.
“Perkara ni, bukan main-main. Ini melibatkan isu poligami. Kamu tahukan?” tanya Tuan Hafiz sambil memandang tepat ke waja Lufya.
Lufya angguk lagi. “Tahu,”
Puan Kirana merenung Lufya. Dalam diam, dia sukakan sikap yang ditunjukkan oleh Lufya.
“Kalau Ziq tak mampu nak berlaku adil, jangan mimpi nak berpoligami.” Tuan Hafiz merenung wajah Ziqri.
Ziqri tunduk menekur lantai. Sejujurnya, dia sendiri tidak yakin dengan dirinya sendiri.
“Ziq akan usahakan yang terbaik,” kata Ziqri sedikit ragu.
“Kamu sedia nak bermadu?” tanya Puan Kirana pada Lufya.
Lufya jeda. Siapa yang mahu bermadu. Tapi dia di situ hanya untuk membantu merealisasikan impian Ziqri yang tidak mampu untuk Marsha tunaikan.
“Saya tak pernah terfikir untuk kahwin dengan suami orang. Apa lagi, suami Mar. Tapi, bila Mar kata dia perlukan bantuan saya, mungkin saya bersedia menanggung semuanya,” jawab Lufya.
Puan Kirana diam. Dia memandang wajah suaminya.
“Apa sebenarnya tujuan Marsha?” tanya Tuan Hafiz, cuba mengorek rahsia.
Lufya berfikir sejenak. Kemudian wajah mereka bertiga dipandang silih berganti.
“Mar cakap kat saya yang dia tak boleh nak mengandung. Dia minta saya untuk kahwin dengan Ziq sebab nak Ziqr ada zuriat sendiri,”
Semua terpanar mendengar penjelasan Lufya itu. Ziqri juga tergamam. Dia tidak menyangka yang Marsha sanggup menipu Lufya. “Permainan apa yang sedang kau mainkan, Mar?” Pertanyaan itu hanya bergema dihati Ziqri.
“Betul ke apa yang Lufya cakap, Ziqri?” soal Tuan Hafiz sambil memandang tepat ke wajah Ziqri.
Ziqri angguk laju.
Keduanya mengeluh kasar. Mahu atau tidak, mereka terpaksa bersetuju denagn pernikahan Ziqri kali kedua itu.
Sebelum balik, Lufya sempat meninggalkan alamat rumah keluarganya yang berada di Terengganu. Itu adalah atas permintaan Puan Kirana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience