JERITAN telefon bimbit Lufya seawal pagi itu membuatkan Lufya menggeliat malas. Dia tertanya gerangan makhluk Allah yang mengganggu ketenteramannya seawal itu. Tangannya meraba meja disebelah katilnya untuk mendapatkan telefonnya.
Tanpa melihat nama pemanggil, Lufya menekan ikon hijau untuk menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum, abang ada kat bawah.” Suara Ziqri menjengah pendengarannya membuatkan mata Lufya terbuka luas. Skrin telefon itu dijauhkan dari telinganya untuk melihat gerangan pemanggilnya.
Terbeliak mata Lufya melihat nama Ziqri yang tertera di skrin telefon itu. Dia menggosok matanya berkali-kali dengan harapan yang memanggil itu bukanlah Ziqri, tapi nama Ziqri tetap tertera di situ.
‘Aduh! Tulah, main jawab je,’ bisik Lufya sendiri.
Dia mematikan taliannya lalu bangun dengan malasnya. Dia keluar dari biliknya itu sambil melihat ke arah jam dinding.
‘Enam pagi? Awal sangat. Apa yang jadi?’
Lufya menuruni anak tangga itu dan menuju ke pintu depan. Sebaik sahaja membuka pintu rumah, pandangannya disuakan dengan sejambak bunga ros merah. Tanpa menyambutnya, dia menepis perlahan bunga itu dan wajah Ziqri dengan senyuman menghiasi wajah.
Ziqri sedikit melopong melihat pakaian tidur Lufya yang hanya separas peha dan bertali halus itu. Dia mengetap bibirnya kuat. Nalurinya terjaga.
“Awalnya…” komen Lufya dengan matanya masih layu. Pandangan mereka bertemu.
“Abang saja nak jumpa Lufya,” balas Ziqri sambil menolak perlahan tubuh Lufya untuk masuk ke dalam dan mengunci rapat pintu rumah itu.
Berkerut dahi Lufya dengan kelakuan Ziqri itu. Dia mengangkat keningnya hairan.
“Seksi sangat,” kata Ziqri sekaligus menyedarkan Lufya tentang baju tidurnya.
Gulp! Pandangan Ziqri itu menakutkannya. Wajahnya membahang menahan malu. Laju dia memusingkan tubuhnya untuk meninggalkan lelaki itu disitu tapi Ziqri lebih laju meraih pinggangnya.
“Err…” Lufya memandang Ziqri sambil menggigit bibirnya menahan malu.
“Abang, Luf nak mandi. Luf tak solat lagi…” kata Lufya sambil cuba meleraikan pelukan itu.
Ziqri tersenyum nakal.
“Jangan pakai seksi sangat. Tergugat abang tahu…” bisik Ziqri sambil melepaskan pautannya dan menyuakan kembali bunga itu pada Lufya.
Teragak-agak Lufya untuk menyambut bunga itu. Sesekali dia mengerling wajah Ziqri.
“Terima kasih. Tapi… Luf tak perlukan bunga,” ucap Lufya. Malu bila pandangan Ziqri langsung tidak dilarikan dari wajah Lufya.
“Sama-sama,” balas Ziqri. Pandangannya menikam wajah Lufya. Rasa rindu hilang sebaik terpandang wajah Lufya.
“Opppssss… sorry.” Damya yang sudah separuh menuruni tangga itu bergegas memusingkan tubuhnya lalu berlari kembali ke biliknya.
Merah padam muka Lufya dengan kemunculan Damya yang tiba-tiba itu. Nasib baik Damya sudi melarikan kembali dirinya ke bilik. Kalau tidak, makin bertimpa-timpa rasa malunya pada Damya.
Ziqri hanya tersenyum melihat wajah Lufya yang merah padam itu.
“Kenapa datang awal pagi ni?” tanya Lufya sambil memandang tepat ke wajah Ziqri. Dia memusingkan tubuhnya untuk meninggalkan Ziqri disitu.
Ziqri mengekori langkah Lufya menuju ke tangga. “Saja…”
Lufya diam dan menoleh pada Ziqri. Dia menjongket kening dan bertanya, “Saja?”
Ziqri menganggukkan kepalanya dengan senyuman di bibirnya.
“Abang datang ni, Mar tahu ke?” tanya Lufya lagi. Kakinya mula mendaki anak tangga untuk ke biliknya dan Ziqri setia mengekori dari belakang.
“Tak…”
Lufya berhenti melangkah dan menoleh pada Ziqri dengan kerutan di dahi.
“Kalau Mar tahu, macam mana?”
“Biarlah! Luf isteri abang. Bukannya perempuan simpanan,”
Lufya mengeluh perlahan dan kembali meneruskan langkahnya.
“Kan ke, Mar dah bagitahu waktu abang kena duduk dengan Luf bilA? Luf tak naklah Mar serang Luf tiba-tiba,” luah Lufya. Memikirkan perkara itu, dia yang jadi risau.
“Luf risaukan Mar ke atau abang?” tanya Ziqri ingin tahu. ‘Asyik nak fikirkan tentang Mar je, bila nak fikir pasal aku,’
Lufya berdecit. Tanpa menoleh pada Ziqri, Lufya menjawab pertanyaan itu sekaligus memberi peringatan pada suaminya. “Dua-dua Luf fikir. Tapi abang jangan lupa, apa sebab kita sampai tahap ni,”
“Abang tak lupa, tapi abang menolak untuk mengikut syarat dia. Luf tak rasa ke syarat Mar tu tak adil?” tanya Ziqri lagi.
Lufya diam. Dia menolak daun pintu yang tidak tertutup rapat itu dan memberi ruang pada Ziqri untuk masuk sebelum dia menutup rapat pintu bilik itu.
“Abang… Luf tak nak Mar kecil hati. Itu je,” kata Marsha tanpa menjawab pertanyaan Ziqri itu.
Lufya menuju ke ruangan almari dan membiarkan Ziqri melabuhkan duduknya di atas katil.
“Hati abang siapa nak peduli?” tanya Ziqri membuatkan Lufya terhenti di tengah ruangan almari. Dia mengetap bibirnya kuat.
‘Terasa ke?’
Lufya kembali ke ruangan tidur dan menghampiri Ziqri. Pandangan Ziqri itu menunjukkan bebanan perasaan yang dipikulnya ketika itu.
“Abang…” Lufya melabuhkan punggungnya disamping Ziqri dan jejarinya diletakkan di atas peha Ziqri. “Luf peduli tentang abang, tapi… kita tak boleh fikirkan perasaan kita. Luf datang dalam hidup abang dengan Mar sebab nak berikan abang zuriat. Bukan untuk berseronok dengan abang…” kata Lufya sambil matanya memandang wajah Ziqri.
Ziqri mengeluh perlahan. Tubuh Lufya diraih ke pelukannya dan dahi Lufya dikucup lembut. Dua kali dia merasa bersalah pada Lufya, tapi Lufya bagaikan tidak terasa langsung.
“Abang minta maaf sebab biar Luf balik sendiri hari tu, dan waktu Luf balik… abang mungkir janji…” Ziqri meleraikan pelukannya dan merenung mata Lufya.
Lufya tersenyum mendengar ucapan maaf itu.
“Luf tak kisahpun. Lagipun, Luf tahu abang dengan Mar,” balas Lufya sambil bangun hendak berdiri.
Ziqri menarik tubuh Lufya seraya berkata, “Luf nak pergi mana?”
Berkerut dahi Lufya mendengar soalan itu.
“Luf nak mandilah. Nak siapkan sarapan untuk suami Mar yang sesat kat sini,” usik Lufya dengan nada meleret.
Terangkat kening Ziqri mendengar usikannya. Selamat Lufya, dia sudah mandi. Kalau tidak…
“Usik, usik ni… nak kena baham ke?” Ziqri menjongket keningnya nakal sambil menarik tangan Lufya membuatkan Lufya kembali terduduk di sampingnya. Tangannya laju meraih tubuh Lufya dan mencium pipi Lufya berkali-kali membuatkan Lufya ketawa kegelian.
“Abang ni… gelilah,” rengek Lufya manja.
Mencanak naik bulu roma Ziqri mendengar kemanjaan yang dipamerkan oleh Lufya itu. Keinginannya yang satu itu bagaikan tidak dapat ditampung lagi. Sikap Lifya yang berbeza bila di luar dan bila bersama dengannya membuatkan hatinya terbuai. Sebagai suami, dia tidak dapat menolak permintaan dirinya sendiri untuk memiliki Lufya ketika itu.
SEPANJANG bersiap untuk ke pejabat, bibir Lufya tidak berhenti-henti membebel. Sesekali matanya menjeling pada Ziqri yang sudah siap berpakaian.
“Jeling-jeling abang ni, ada apa-apa ke? Ke… nak lagi?” usik Ziqri sambil memeluk erat pinggang ramping Lufya.
Lufya berdecit. Wajahnya membahang malu bila lelaki itu selamba berkata tentang perkara sensitif itu.
“Abang ni lah! Kacau je. Tak pasal, Luf kena drive pergi kerja,” rungut Lufya.
Terangkat kening Ziqri mendengar rungutan itu. Tapi dia tidak peduli. Rambut Lufya yang dibiarkan lepas itu, diselitkan ke belakang telinga. Wajah Lufya yang berada di cermin itu, dipandang dengan senyuman nakal.
“Abang hantar,” kata Ziqri lembut sambil mencium cuping telinga Lufya.
Lufya mengeluh sambil memusingkan tubuhnya menghadap lelaki itu dan berkata, “Luf tak naklah. Karang, apa yang orang cakap,”
Tidak mampu dia bayangkan kalau terpampang di dada akhbar mengatakan yang di adalah perampas suami orang. Dengan hubungan mereka yang tidak diketahui ramai, apa saja boleh terjadi.
“Luf, lambat laun orang akan tahu juga. kalau Luf mengandung, apa Luf nak jawab? Takkan Luf nak cakap yang Luf terlanjur,” kata Ziqri sambil merenung wajah Lufya.
Lufya mengeluh lagi. Satu lagi masalah membelengu mereka.
“Luf tiba-tiba takut dengan pandangan masyarakat,” luah Lufya. Rambutnya itu di tolak ke belakang oleh Ziqri.
“Buat apa nak takut. Diorang tak tahu apa yang kita rasa. Apa yang kita lalui,” balas Ziqri lembut.
Berbalik pada soal takut dan resah, bukan hanya Lufya yang takutkan perkara itu. tapi Ziqri juga. Sampai bila mereka akan hidup dalam suasana seperti itu. kalau bukan kerana permintaan Lufya dan Marsha untuk merahsiakan perkara itu, Ziqri sudah lama menggembar gemburkan perkahwinan keduanya itu.
“Ini pilihan Luf dengan Mar. Abang tak kisahpun, kalau abang kena bagitahu semua orang pasal ni,” kata Ziqri lagi.
Lufya diam. Apa yang dikatakan oleh Ziqri itu betul. Dia dan Marsha yang memilih untuk mahu merahsiakannya, tapi sampai bila? Dia sendiri tidak tahu dengan kemahuan dirinya ketika itu.
Share this novel