BAB 119

Romance Series 92840

KEHADIRAN Marsha ke majlis pelancaran itu mengejutkan Lufya dan Damya yang sedang menerangkan fungsi dan juga cara pengambilan produk itu.
Bunyi tepukan dari tangan Marsha, membuatkan semua mata pengunjung menghala pada Marsha yang sedang melangkah dari pintu masuk. Di belakangnya, ada beberapa orang wartawan yang sedang mengekori langkahnya bersama alat perakam masing-masing. Masing-masing menunjukkan riak wajah kehairanan..
Wajah Lufya berubah riak. Dahinya berkerut tapi hatinya mula resah gelisah. Apa yang Marsha buat di situ? Dari mana Marsha tahu yang dia ada di situ? Berbagai tanda tanya bermain di fikiranna, namun dia tetap sabar menanti Marsha sehingga Marsha berdiri betul-betul di hadapannya.
Damya dan Zarina berpandangan. Mereka dapat meneka drama yang akan dimainkan oleh Marsha, sebentar lagi. Marsha benar-benar gila!
“Hebat kau ye…” Marsha ketawa sinis sambil menggelengkan kepalanya.
Lufya cuba mencapai lengan Marsha. “Mar, ini majlis aku. Malu kalau orang tengok,” pujuknya lembut.
Dia memandang semua tetamu yang sedang kehairanan dengan senyuman serba salah, kemudian memandang wartawan yang sudah mula merakam.
“Marsha…”
Marsha menepis tangan Lufya sambil menayangkan riak wajah sinis. Takut malu?
“Malu? Tahu juga kau malu? Rampas laki aku tak malu?”
Wajah Lufya membahang bila Marsha seakan sengaja memperdengarkan kata-katanya pada tetamu yang berada di situ. Dia mengetap bibirnya perlahan.
“Marsha, tolonglah. Aku merayu kat kau. Jangan buat kecoh kat sini,” pinta Lufya penuh harapan.
Marsha merengus kasar.
“Kalau kau setuju dengan cadangan aku hari tu untuk bercerai, benda ni takkan jadi, tahu. Ni… kau gunakan Ziqri untuk balas semuanya. Kau ingat aku bodoh?”
Lufya berdecit perlahan.
“Dendam apa ni Mar? Aku tak pernah nak berdendam dengan kau,” dalih Lufya.
“Penipu! Sikitpun aku tak percaya kat perempuan macam kaulah! Dasar perempuan murahan!” Selar Marsha, dengan nada meninggi.
Lufya terkedu mendengar ayat itu. Dia tidak dapat menerima tuduhan itu. Baginya, tuduhan itu terlalu berat untuknya.
Sesetengah tetamu, mula berbisik sesama sendiri. Masing-masing mula membuat andaian. Malah ada juga yang mula merakam mereka berdua.
“Mar, kalau kau marah pasal tu… aku minta maaf. Aku janji lepas je keluar dari sini, aku cari Ziqri. Selesaikan semuanya. Macam yang kau mahu,”
Damya dan Zarina berpandangan mendengar kata-kata yang Lufya ucapkan itu.
Marsha mendengus tawa.
“Dah terlambat,” kata Marsha sambil memandang sekeliling. Dia membuka langkahnya menuju ke meja hidangan.
Lufya memandang sekelilingnya dengan perasaan malu. Wajahnya membahang. Tubuhnya kaku di situ. Tapi pandangannya langsung tidak melepaskan ke mana arah Marsha.
“Kau nak apa?” Zarina bertindak menghalang langkah Marsha.
Terangkat kening Marsha melihat keberanian Zarina.
“Kau balaci Lufya yang mana satu? Tak pernah nampakpun?” sindir Marsha, biadap.
“Jaga mulut kau Marsha!” Damya turut menghampiri mereka berdua.
“Wah! Hebat Lufya ni. Banyak bodyguard,” perli Marsha sambil menjeling Damya.
Damya menjongket bibir menyampah.
“Lufya tak perlu bodyguard. Ramai orang sayang dia,”
“Hahahaha… Ramai orang sayang? Hilang akal ke? Ibu kesayangan diapun dah buang dia. Kamu pula sibuk nak bela dia?” Marsha menggelengkan kepalanya sinis. “Tak patut… tak patut. Tak rasa diperbodohkan ke?” soal Marsha sinis.
“Tak kisahlah kau nak cakap apa. Kami kenal siapa Lufya,” balas Zarina.
Terangkat kening Marsha.
“Oh ye?” Marsha memandang sekeliling dan memusingkan tubuhnya mengadap tetamu yang sedang menumpukan perhatian pada mereka.
“Korang tak malu ke? Beli produk dari perempuan perampas macam dia ni? Kalau nak tahu, dia ni perempuan kotor. Suka buat maksiat. Sebab tu keluarga dia buang dia,”
Lufya tersentak. Dia memandang Marsha yang sedang menayangkan senyuman sinis. Rasa terkilan mendengar ayat yang dituturkan oleh Marsha. Jelas sekali, Marsha sedang menghina dirinya.
Damya dan Zarina sudah menggenggam penumbuk masing-masing. Kata-kata Marsha itu sangat keterlaluan. Langsung tidak bertapis.
“Hei, Marsha. Kau tak malu cakap macam tu. Kau yang takde maruah diri,” selar Damya.
Marsha tergelak.
“Laa… yeke? Tapi siapa yang rampas siapa?” soal Marsha dengan cebikan sinis.
“Kau jangan nak melampau, Marsha,” kata Zarina memberi amaran.
“Kau nak buat apa? Saman?” soal Marsha tanpa mempedulikan amaran Zarina.
“Aku buat apa saja untuk lindungi Lufya,” balas Zarina. Tekad.
Lufya terharu mendengar kata-kata Zarina itu.
“Betul tu. Kami akan buat apa saja untuk Lufya,” celah Damya.
“Baik kau keluar sebelum kami panggil pengawal,” arah Zarina lagi.
Marsha mendengus kasar.
“Kau ingat aku takut? Aku tak kisah langsung,” balas Marsha. “Setakat majlis macam ni…”
“Pergilah! Tunggu apa lagi!” bentak Damya mula menunjukkan keberangannya.
“Eleh! Bela sangatlah perempuan perampas tu. Karang, laki korang kena rampas. Padan muka,” kata Marsha. Dia memandang sekelilingnya. Hatinya puas. Dia yakin, apa yang jadi ini akan viral lagi.
“Tunggu je lah!”
Marsha meninggalkan mereka dengan perasaan puas hati. Dia tahu, keadaan Lufya akan bertambah teruk selepas ini. Wartawan yang tadi mengekorinya juga, turut keluar.
“Tak sabar aku tengok kau hancur macam dulu!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience