BAB 17

Romance Series 93123

“SINGAPORE, i’m coming!” Damya menjerit kecil kerana teruja.
Mendengar nada teruja Damya itu, Lufya dan Marina berpandangan sambil mencebik bibir masing-masing. Lagak Damya, seolah-olah itu adalah pertama kali dia menjejakkan kakinya ke Negara maju dengan pembangunan yang pesat itu.
Sempat Lufya menilik jam di tangannya yang sudah menunjukkan angka Sembilan. Itu bermakna, mereka ada lagi beberapa jam untuk membuat persiapan ataupun berehat sebelum majlis itu.
Singapura adalah salah satu Negara yang pesat membangun di Asia tenggara. Satu dunia tahu yang Singapura dahulunya adalah sebahagian dari Malaysia, namun kini tidak lagi atas sebab berlakunya perbezaan idealogi politik pada masa lalu. Lufya sebenarnya bukanlah buta sejarah, tapi dia adalah salah satu pelajar yang agak cemerlang satu ketika dahulu dan Sejarah adalah salah satu subjek kegemarannya.
Ketibaan mereka di Marina Bay Sand itu disambut mesra oleh wakil penganjur yang telah dilantik oleh Asian Fashion Management Holding iaitu Cik Farah.
“Hi! Nice to meet you girl’s. I am Farah,” sapa Cik Farah dengan ramah sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Marina tersenyum sambil menyambut huluran itu.
“Hi Miss Farah! I’m Marina. Can we talk in Malay?” tanya Marina sambil pandangannya tepat ke wajah Cik Farah,
“Boleh, boleh. I ingatkan you all speaking,” jawab Cik Farah. Bibirnya menguntum senyuman yang seakan mengejek, namun mereka bertiga mengabaikan.
“Singapura dengan Malaysiakan satu rumpun. Lagipun, kami bangga dengan bahasa kami. Kenapa nak tukar kalau you tahu berbahasa melayu dan faham. Kan?” Marina memandang tepat ke wajah Cik Farah.
Cik Farah tersenyum kelat mendengar kata-kata Marina itu.
“Kenalkan, yang tinggi lampai ni, model kesayangan saya, Lufya dan sebelah dia adalah pembantu peribadi kepada Lufya. Kalau ada apa-apa, cari je dia. Cik Damya.”Marina menyambung dengan memperkenalkan Lufya dan Damya kepada Cik Farah.
“Hi, Cik Farah.” Lufya menghulurkan tangannya untuk bersalaman dan Cik Farah menyambutnya dengan senang hati.
Damya turut menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Set untuk malam ni dah siap?” tanya Marina pada Cik Farah.
“Semalam lagi siap. Sekarang ni, dah ramai yang rehearsal. Kalau kamu nak tengok boleh. Sebelum tu, saya nak bagi taklimat dan bagi kunci bilik sekali,” kata Cik Farah.
Ketiga mereka mengangguk tanda faham.
“Pihak penganjur wajibkan, sesiapa yang terlibat, tidak dibenarkan sama sekali lambat ke set. Dan lagi satu, untuk mengelakkan ada apa-apa terjadi, selepas program semua peserta di wajibkan berada di bilik masing-masing. Ini adalah arahan yang wajib di patuhi,” kata Farah tegas sambil memandang wajah mereka satu persatu.
“Pihak berwajib, tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada antara kamu yang ingkar pada peraturan ini. Lagipun, perkara ini sudah dijelaskan dalam surat yang pihak kami hantar melalui emel minggu lepas. Faham!”
“Faham Cik Farah!” sahut mereka bertiga,
Cik Farah mengangguk kemudian menghulurkan dua keping kad akses.
“Ini acces card untuk bilik kamu. Sebelum jam tujuh malam, semua peserta kena ada di belakang pentas. Faham semua?” Cik Farah sekali lagi merenung mereka satu persatu.
“Faham Cik Farah. Terima kasih,” kata Marina separuh menyindir. “Mengalahkan sekolah!”
Lufya dan Damya ketawa mendengar rungutan Marina itu. Pandangan mata mereka mengekori langkah Cik Farah.
“Macam pelik je peraturan penganjur tu. Takkanlah kita nak duduk terperap je dalam bilik,” luah Damya dengan nada tidak puas hati.
“Boleh keluar, tapi atas risiko sendiri,” kata Marina sambil menarik begnya.
“Baru nak merayau,” kata Damya kecewa.
Lufya yang sedari tadi membisu itu, memandang Damya dan Marina silih berganti. “Tak payahlah ingat nak merayau. Ada sebab kenapa penganjur buat macam tu. Kita ni peserta. Kena hormati peraturan mereka.”
Marina dan Damya mengangguk faham. Lufya adalah Lufya. Berdisiplin dan berhemah.
“”Jom cari bilik,” ajak Damya sambil menarik beg pakaiannya dan beg pakaian Lufya.
Marina dan Lufya akur.
Mereka bertiga akhirnya tiba di bilik masing-masing. Lufya dan Damya memilih untuk sebilik manakala Marina berseorangan di bilik sebelah.
“Seronoknya hotel ni Luf. Nanti kalau dah kahwin, aku nak honeymoon kat sinilah,” kata Damya berangan. Dia menghempaskan tubuhnya ke atas tilam yang empuk itu.
Lufya hanya tersenyum mendengar angan-angan Damya itu. Dia membawa dirinya ke sofa yang tersedia di bilik itu. Pada pandangannya, bilik itu terlalu mewah dengan hiasan ekslusif dan juga warnanya. Barang-barang yang disediakan di dalam bilik itu juga nampak mahal dan sangat mengagumkan dirinya sebagai pengunjung dan penginap di hotel terbesar di Singapura itu.
“Kau tak rasa nak break the rules ke? Kita pergi Universal ke? Tak nak?” Damya bangun sambil memandang Lufya yang leka memerhati keindahan bilik itu.
“Tak lah. Kau jangan nak buat hal. Ini bukan tempat kita,” kata Lufya tidak setuju.
Lebih baik mereka memilih untuk diam di dalam bilik dan berehat sebelum Fashion Show itu nanti. Lufya tidak suka bekerja dalam keadaan yang penat kerana itu akan mengganggu tumpuannya nanti.
Damya akur dengan pendirian Lufya itu. Biarpun hatinya membantah, tapi dia terpaksa juga menuruti kata-kata Lufya memandangkan dia menghormati Lufya sebagai majikannya.

SEPANJANG berada di Singapura itu, mereka tidak dapat melakukan banyak aktiviti. Dalam keadaan masa yang terhad itu, mereka memilih untuk menjamu selera hanya di hotel itu. terdengar juga rungutan Marina, namun Lufya laju memujuknya.
Ketika dalam perjalanan balik menuju bilik hotel, tanpa di duga, mereka bertembung dengan Riezman. Lufya sedikit tergamam dengan pertembungan itu.
“Abang Riez,”
Riezman kaku sebaik terpandang wajah Lufya. “Lufya,”
Marina dan Damya berpandangan seketika. Mendengar nama yang disebut oleh Lufya, mereka berdua tahu siapa lelaki itu, meskipun mereka tidak pernah menemuinya.Mereka memilih untuk berdiri jauh dari Lufya dengan Riezman.
Lama mereka berdiam dan akhirnya masing-masing melorek senyuman janggal.
“Minum?” ajak Riezman lembut. Wajah Lufya yang dihiasi solekan itu dikerlingnya sejenak.
Lufya geleng kepala. “Luf kena balik bilik. Kalau penganjur nampak, kami boleh kena marah,”
Berkerut dahi Riezman mendengar kata-kata Lufya itu.
“Yeke? Ke Lufya memang tak nak jumpa abang?” Riezman menduga. Matanya cuba mencari anak mata Lufya namun Lufya seakan mengelak untuk bertemu pandang dengan dia. Masih sayangkah Lufya padanya?
Lufya geleng lagi kemudian memandang ke arah Marina dan Damya.
“Kenapa pulak Luf tak nak jumpa abang? Abang ada buat salah ke?”
Riezman tersentap mendengar soalan itu. Entah kenapa dia merasakan soalan itu lebih kepada sindiran.
“Luf buat apa kat sini? Ada show ke?” tanya Riezman lembut.
“Hmmm…” Ringkas jawapan yang diberikan oleh Lufya.
Riezman mengeluh perlahan. Wajah Lufya terus ditatap tanpa mahu mengalihkan pandangannya. Hatinya seakan sayang untuk mengabaikan pemandangan yang indah di hadapan matanya ketika itu. Perasaan sayang dan cinta seolah kembali menghantui jiwa Riezman sebaik terpandang wajah Lufya.
“Luf, abang nak pinang Luf balik,” kata Riezman setelah berdiam beberapa saat.
Lufya tergamam dengan kata-kata lelaki itu. Sepantas kilat dia membalas tatapan lelaki itu, disertai dengan kerutan pada dahi. “Jangan nak buat hal abang. Luf tak nak!”
Riezman mengeluh kasar. “Abang masih sayangkan Luf. Masih cintakan Luf. Abang tahu, Luf pun sama,”
Lufya diam. Bibirnya diketap kuat.
Berbicara tentang Sayang? Cinta? Lufya sendiri tidak tahu kalau perasaan itu masih wujud antara mereka, tapi yang pasti dia sudah berusaha melupakannya satu ketika dahulu.
“Maafkan Luf, abang. Antara kita, takde jodoh. Abang kena terima hakikat tu. Lagipun, abang dah lupa ke apa yang mak ngah cakap. Dia tak nak menantu kotor macam….”
“Lufya! Abang tahu semua tu tak betul. Abang kenal Lufya.” Riezman memintas kata-kata Lufya tegas.
Lufya tersenyum kelat. Dia menghargai pendirian lelaki itu, tapi dia tidak mahu dirinya dipermainkan untuk kali kedua. Tidak rela cintanya dikhianati kali kedua. Cukuplah sekali!
“Maaf abang. Luf tak boleh terima abang balik!” Usai berkata, Lufya melangkah meninggalkan lelaki itu di situ sendirian, menuju kepada Damya dan Marina yang setia menunggu.
Riezman hanya memandang langkah Lufya dengan penuh perasaan kecewa. Kalaulah dia tahu yang Marsha akan tinggalkan dia, tidak mungkin untuk dia khianati Lufya. Dia tidak menyangka yang hubungannya dengan Marsha akan berakhir begitu sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience