BAB 39

Romance Series 93123

MARSHA beriringan dengan Raisha dan Marina menyusuri setiap butik yang berada di Suria KLCC itu. Itu adalah salah satu tempat kegemaran mereka bertiga bila ada masa yang terluang.
“Babe, tu bukan suami you ke?” Suara Raisha yang sedikit menjerit sambil memuncungkan mulutnya ke arah pasangan lelaki dan perempuan itu. Jeritan kecil Raisha itu memusnahkan tumpuan Marsha pada butik pakaian mewah yang berdepan dengan Baskin Robin itu.
Laju Marsha dan Marina memandang ke arah muncung Raisha.
Berderau hati Marsha melihat Lufya dan Ziqri yang sedang bergelak ketawa dengan ais krim Baskin Robin di tangan masing-masing. Cemburu di hatinya membara melihat mereka berdua di situ.
‘Patutpun call tak angkat. Sibuk dengan bini muda dia,’ bebel Marsha di dalam hatinya.
“Itu… like my model,” kata Marina sambil terus memerhati mereka. Marina menekup mulutnya sambil memandang Marsha yang merenung tajam ke arahnya.
“Babe, your husband cheating on you?”
“Not at all. She is his second wife,”
Melopong kedua sahabat baiknya mendengar jawapan Marsha yang bersahaja.
“What? Did you mean…”
“Yes!” pintas Marsha sambil memandang Marina.
“Nah!” Beg plastik yang berada di tangannya dihulurkan pada Marina dan Raisha.
Berkerut dahi Marina dan Raisha. Hairan.

“Tolong pegang kejap. I nak serbu diorang,” kata Marsha.
“Hah? Babe…”
“Janganlah risau. I tak serangpun. Cuma nak… join, maybe…”
Tanpa menunggu balasan mereka, Marsha mengatur langkah menuju ke Baskin Robin. Sebaik melihat Marsha masuk, beberapa pekerja yang mengenalinya sudah berbisik sinis. Sempat Marsha menghadiahkan jelingan tajam untuk mereka.
“Best ke date berdua,” sapa Marsha selamba mengambil tempat di satu lagi kerusi yang sedia berada di meja itu.
Lufya tergamam, manakala Ziqri hanya bersahaja.
“Mar…” tutur Lufya terkejut.
“Hmmm… akulah ni. Patutpun Ziq tak angkat call. Kat sini rupanya korang,” kata Marsha sambil memandang wajah mereka berdua.
Ziqri diam. ‘Silap kau Ziq!’ Dia memarahi dirinya sendiri. Kenapalah dia bawa Lufya ke tempat kegemaran Marsha. Pecah tembelangnya yang satu itu.
“Ziq, kenapa diam?” tanya Marsha separuh menyindir.
“Awal you bangun?” tanya Ziqri pula. Menyindir.
Marsha mencebik bibir seraya berkata, “Haruslah! I dah janji nak shopping dengan Marina dan Raisha,”
Ziqri memandang ke luar Baskin Robin, dan matanya dapat menangkap kelibat Raisha dan Marina yang sedang tersengih memandangnya. Sempat Raisha dan Marina melambai ke arah mereka.
“Awalnya you habiskan duit…” perli Ziqri kembali memandang Marsha.
Lufya yang berada di antara mereka mula serba salah. Dia tiba-tiba menjadi malu, apatah lagi melihat kelibat Marina di luar yang sedang memerhatikan mereka bertiga dan pekerja restoran seakan sedang meniliknya dari atas ke bawah sejak mereka masuk ke dalam Baskin Robin itu.
“Hmmm… maaflah mencelah. Aku balik dulu Mar,” Lufya memandang Ziqri tanda meminta izin.
“Abang hantar,”
Terbeliak mata Marsha mendengar cara Ziqri membahasakan dirinya pada Lufya. Rasa cemburu di hatinya membuak-buak. Baru dua minggu. Belum Sembilan bulan. Boleh gila dia dibuatnya.
“Kenapa nak hantar. Biarlah dia balik sendiri,” kata Marsha tanpa memandang Lufya.
Hatinya resah.
Ziqri mengeluh perlahan. Wajah Marsha dipandang seketika.
“I yang jemput dia, jadi I kenalah hantarkan,”
“Siapa suruh you jemput?”
Ziqri merengus kasar. “You memang nak malukan I ke…”
Melihat mereka berdua mula bertekak, Lufya bangun dari kerusinya perlahan.
“Luf balik sendiri. Tak baik gaduh kat tempat awam,” kata Lufya dengan senyuman di bibir.
Ziqri jeda sebentar. Pandangannya jatuh ke wajah Marsha yang kelihatan sinis.
“Mana…”
“Luf balik sendiri, Ziq. Ziq layan Mar. Dia lebih berhak,” kata Lufya menegaskan pendiriannya.
“Baguslah kalau kau sedar. Jangan pula lebih terlebih kuah dari sudu…”
Lufya terdiam kemudian melorek senyumannya.
“Insya’Allah tak Mar. Aku masih berpegang pada janji,” kata Lufya.
Sebaik berkata, Lufya memilih untuk keluar dari Baskin Robin itu sambil diperhatikan oleh beberapa pasang mata. Ada yang meluat da nada yang kasihan. Baskin Robin itu bukanlah besar mana untuk mereka dapat mengawal suara dari tidak didengari oleh yang lain.
“Puas hati you?” tanya Ziqri dengan nada geram.
“Lebih dari puas. Start from now on…” Marsha memandang tepat ke wajah Ziqri yang jelas menunjukkan riak wajah menyampah. “Jangan jumpa dia tanpa pengetahuan I dan… I akan sediakan jadual kesuburan dia. Hanya waktu tu saja you boleh jumpa dia,”
Ziqri mendengus tawa. Wajah Marsha direnung tajam. “Am I your toy?”
“Of course. You’re my lovely husband,” Marsha menjongket keningnya nakal ke arah Ziqri.
Ziqri mencebik. ‘Husband konon!’ tempelak hati Ziqri.
“Yelah tu,” kata Ziqri dengan nada malas.
“Jom dating. Dah lama kita tak datingkan,” ajak Marsha, riang tanda mahu menceriakan suasana.
“Hmmm…” Ziqri mengalah di situ.
Marsha tersenyum kemenangan. Tiba-tiba dia merasa hidup itu adalah untuk persaingan semata-mata. Dia telahpun berjaya menunjukkan pada Lufya, yang dia masih berkuasa atas diri mereka sepenuhnya.
Mungkin dia kelihatan gila pada pandangan orang lain, tapi dia tidak kisah. Itu hanyalah sekadar rancangannya untuk perlahan-lahan menjatuhkan Lufya tanpa Lufya ketahuinya.
Dia tidak mahu kejelitaan Lufya itu menjadi tatapan dan kebanggan orang yang berada di sekelilling mereka. Mungkin dia kejam, tapi itulah dia di sebalik topeng kebaikannya pada Lufya.
Bukannya dia tidak tahu yang Lufya itu model Marina. Cuma dia yang memilih untuk tidak bertembung dengan Lufya ketika bersama Marina, tapi kali ini dia tidak dapat mengelak kerana Ziqri sedang bersama Lufya.

SELESAI menghabiskan masa dengan Ziqri, Marsha terus ke butik Marina untuk mengambil barang-barangnya yang sengaja dia minta Marina untuk membawanya ke situ.
“Datang juga you. Ingatkan dah lupa barang-barang you. Tapi kalau lupapun elok juga. Boleh I tumpang pakai,” kata Marina sebaik Marsha memasuki ruangan pejabatnya.
Marsha mencebik bibir. Dia duduk di kerusi yang berada didepan Marina sambil berkata, “You ingat murahke I beli. Bukan senang nak dapat duit dari Ziq. Ni I bayar pakai kad kredit Ziq, tahu,”
Marina mencebik bibir sambil memandang skrin komputernya yang gelap itu. Dia lebih terganggu dengan isu ‘istei kedua’ sewaktu di Suria KLCC tadi.
“Betul ke Lufya tu madu you?” tanya Marina sambil memandang wajah Marsha.
Terangkat kening Marsha bila mendengar soalan itu. pandangan Marina jelas dahagakan penjelasan.
“Kenapa you nak tahu?” tanya Marsha.
“Mestilah nak tahu. You tu kawan I. Luf tu kawan I juga…” kata Marina.
Marsha ketawa sambil berkata dengan nada sinis dan mengejek. “Kawan you? Bukannya dia hanya model you? Yang you gunakan untuk lariskan fashion you saja?”
Marina berdecit perlahan sambil membidas kata-kata sinis Marsha itu. “Memanglah I gunakan dia. Tapi bayar tahu. Bukan percuma,”
“Berapa sangat you bayar dia Marina. Tak sampai separuh dengan gaji model yang lain,” kata Marsha menyindir.
Marina diam. Betul apa yang dikatakan oleh Marsha itu.
“You guna dia untuk apa?” soal Marina. Wajahnya berkerut.
Marsha menjongket kening sambil ketawa sinis mengingatkan kebaikan Lufya itu. Lufya, Lufya…

“YOU biar betul Mar.” Marina memandang wajah Marsha dengan riak wajah yang tidak percaya. Dia tidak menyangka yang Marsha sanggup melakukan semua itu demi mengaburi keburukannya selama ini.
“Semuanya kerana cemburu?”
Marsha tersenyum senget dan mengangguk kepala. Ya, dia benci bila Lufya sering menjadi perhatian. Dia tidak suka bila kebaikan Lufya disebut-sebut dan dia tidak malu mengaku yang dia akan pastikan Lufya jatuh sebagaimana satu ketika dahulu.
“I buat semuanya, Marina. Dan sampai sekarang, semuanya tersimpan rapi, tanpa pengetahuan sesiapa,” kata Marsha bangga dengan pencapaiannya.
“You yakin yang tiada siapa tahu pasal ni?”
“Sangat yakin. Lagipula… siapa yang nak ambil tahu kisah lalu kan. Dan tiada juga yang rajin nak sibuk menyiasat perkara yang dah berlalu. Benda ni… benda kecil je. Tiada yang berminat,”
Marina mengelengkan kepalanya. Dia tidak menyangka yang Marsha sekeji itu. Dalam diam, dia menyesal kerana mengenali Marsha. Siapa sebenarnya Marsha?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience