“LEPASKAN Lufya,”
Terlepas Ipad yang berada dipegangan Ziqri dan jantungnya juga bagaikan gugur ketika mendengar ayat yang dituturkan oleh Lufya. Perlahan dia memandang pada Lufya yang sedang merenung wajahnya melalui cermin.
“Apa sayang merepek ni?” tanya Ziqri dengan nada lembut.
Langkahnya diatur menghampiri Lufya yang membelakanginya. Ipadnya itu dibiarkan di atas lantai. Perhatiannya lebih tertumpu pada Lufya ketika itu. dia takut mendengar kata-kata Lufya itu. Dia tidak sanggup untuk kehilangan Lufya. Dia tidak mahu ditinggalkan oleh Lufya.
“Ceraikan Lufya,” kata Lufya lagi. Nada suara dan wajahnya tenang, menandakan, yang dia sudah bersedia untuk perkara itu.
“Sayang…” panggil Ziqri dengan nada meleret. Dia memegang bahu Lufya. Memaksa Lufya untuk menghadapnya.
Lufya akur.
“Apa lagi yang tak kena? Apa lagi yang Mar dah buat pada sayang ni? Hah?” tanya Ziqri prihatin. Panahan mata mereka bertembung seketika.
Lufya terpaku seketika. Melihat wajah Ziqri yang tenang itu, membuatkan dia sedih. Hatinya mula berbolak balik. Dia menunduk sambil menggigit bibirnya kuat. Tak mungkin dia menceritakan kisah yang berlaku siang tadi. Dia tidak mahu menyalahkan Marsha dalam hal itu.
“Lufya minta maaf, abang.Tolong lepaskan Luf,” pinta Lufya dengan nada suara yang bergetar. Dia tidak berani memandang wajah Ziqri. Hatinya sebak. Untuk kedua kalinya dia terpaksa mengorbankan perasaannya untuk Marsha. Jujur dia tidak rela!
“Sayang…” Ziqri memaut dagu Lufya dengan jejarinya, membuatkan Lufya terpaksa mendongak ke wajah Ziqri. “Tell me the truth,” pinta Ziqri.
“Demi kebahagiaan abang dengan Marsha, tolong lepaskan Lufya. Lufya cuma orang ketiga dan Lufya tak layak untuk abang,” tutur Lufya sebak. Setitis air mata mengalir lesu di pipinya, ketika dia mengucapkan ayat itu. Dia seakan sedang membunuh dirinya sendiri.
Ziqri tergamam. Dia menggelengkan kepalanya laju.
“Tak! Abang tak akan lepaskan sayang. Sampai bila-bilapun,” tekan Ziqri. Dia menyapu air mata Lufya yang sedang mengalir itu, berserta pandangan penuh harapan. Itu membuatkan hati Lufya semakin sakit.
“Tolonglah abang. kita takkan bahagia, kalau ada yang terluka. Tiada gunanya kita teruskan hubungan ni, ka…”
Kata-kata Lufya terhenti saat Ziqri mengucup lembut bibirnya. Serentak itu wajah Lufya membahang malu. Matanya membulat.
Ziqri menarik wajahnya jauh dari wajah Lufya, sambil memandang nakal wajah Lufya.
“Abang!” bentak Lufya.
Ziqri tergelak lucu. “Malulah tu!”
“Kita tengah bincang kot!”
“Abang tak suka bincang benda yang tak penting. Untuk yang sayang baru cakap tu… abang takkan terima sama sekali. Faham!”
Lufya mengetap bibirnya. Sia-sia menangis!
“Tapi abang…”
“Sayang… sama ada Marsha terima untuk teruskan hubungan ini, ataupun dia perlu berundur. Dia yang bawa kita sampai ke tahap ni. Abang takkan bertoleransi dalam hal ni. Ingat tu!” tegas Ziqri sambil memegang kedua bahu Lufya.
Lufya ternganga. “Takkanlah…”
“I mean it!”
Lufya berdecit perlahan.
“Mana ada perempuan sanggup berbagi kasih!” bantah Lufya.
Ziqri menggelengkan kepalanya perlahan, lalu membawa Lufya ke katil. Perlahan dia duduk dan menarik tubuh Lufya untuk duduk ke ribanya. Tapak tangannya sengaja dilekapkan ke perut Lufya yang sedikit terbentuk.
“You should rest! Bukannya sibuk nak ambil tahu pasal ni. Tak kisahlah apa yang Marsha nak cakap, tapi abang tetap dengan keputusan abang. abang takkan lepaskan sayang, sebab abang tak sanggup nak berjauhan dengan sayang… also our baby,”
Selamba Ziqri tunduk lalu mengucup perutnya lembut.
Lufya sembunyi senyum. Rasa bahagia sejenak.
“Tapi…”
“Dah! Tidur. Baby dah mengantuk!” arah Ziqri, sedikit tegas sambil mengalihkan tubuh Lufya dari ribanya lalu memaksa Lufya untuk berbaring.
Lufya berdecit perlahan.
“Abang… Lufya tak ngantuk lagilah,” rengek Lufya, manja.
Terangkat kening Ziqri mendengar rengekan manja itu.
“Ni manja-manja… nak kena baham ke?” tanya Ziqri nakal.
Lufya mencebik. Bantal di sebelahnya itu dicapai lalu dihumban pada Ziqri.
“Banyaklah abang punya baham. Lufya nak tidur!” Laju Lufya menarik selimut untuk menutupi seluruh tubuhnya.
Ziqri tergelak kecil. “Tahu takut!”
Lufya menjulingkan matanya, sambil menjuihkan bibirnya. Selimut itu ditarik sehingga ke kepala.
Ziqri hanya menggelengkan kepalanya melihat kelakuan Lufya. Dia tahu, Lufya malu mendengar gurauannya itu.
“Good night and sweet dream sayang…”
“Hmmm…” balas Lufya di dalam selimutnya.
Ziqri tersenyum kecil. Dia menundukkan tubuhnya lalu mengucup dahi Lufya yang ditutupi selimut.
SESUDAH Lufya terlena, Ziqri bangkit dari duduknya itu lalu menuju ke sofa. Sempat dia singgah ke tengah bilik, untuk mengambil Ipadnya yang jatuh sebentar tadi. Sebaik melihat pada skrin Ipadnya, Ziqri melopong seketika.
“Pecah?” bisiknya sambil menoleh pada Lufya.
Takut Lufya terjaga dan menyedarinya. Pandangannya kembali melekat pada satu garisan melintang di tengah-tengah.
“Kena beli barulah, nampaknya… nasib kaulah,” bisiknya lagi, sambil meneruskan langkahnya menuju ke sofa. Perlahan dia melabuhkan duduknya lalu menyandarkan tubuhnya.
Punat pasang, di tekan. Skrin Ipad itu menyala, menampakkan gambar nikahnya bersama Lufya. Kalau dulu, gambar yang menjadi penghias latar adalah gambarnya bersama Marsha, tapi kini berbeza. Ternyata kehadiran Lufya memberi impak yang besar dalam hidupnya.
Dengan Lufya, banyak perkara yang dia belajar. Sepanjang perkahwinan mereka, belum pernah ada peristiwa pahit yang menyelubungi mereka berdua. Semuanya manis belaka. Ditambahkan pula dengan kehadiran satu nyawa di dalam Rahim Lufya, membuatkan hatinya sudah tidak mampu untuk menepis perasaannya pada Lufya.
Dia sendiri hairan dengan sikapnya. Kenapa begitu mudah perasaannya berubah. Sedangkan dulu, Marsha adalah perempuan yang dia agung-agungkan. Sisa cintanya pada Marsha juga semakin hilang dari masa ke semasa. Manakala perasaan cintanya pada Lufya, semakin bercambah dan terus bercambah.
Bunyi mesej masuk di telefonnya membuatkan dia laju mencapai telefonnya yang berada di atas meja. Melihat nama penghantar mesej itu, dia terus membukanya. Beberapa keping gambar Marsha berpelukan dengan lelaki bernama Arif itu direnungnya seketika.
“Dia balik apartment jantan tu”
“Follow je dia. Make sure, tak terlepas pandang!”
Ziqri menghela nafas berat. Telefon itu di letakkan kembali ke atas meja.
Marsha sudah terpesong jauh. Semakin dia biarkan, semakin menjadi-jadi perangainya. Berpeleseran dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Bercumbu-cumbuan di kelab malam, bagaikan satu kebiasaannya. Dia tidak perlu takut untuk melepaskan Marsha. Semua bukti berada di tangannya. Cuma dia terkilan kerana selama ini dia diperbodohkan oleh Marsha.
“Sampai hati you, Mar. I percayakan you sepenuh hati I. Ini yang I dapat,”
Dia tidak mampu menyembunyikan rasa kecewa dihatinya. Akan ada perhitungannya nanti! Itu janjinya, sebagai hati yang sudah disakiti dan dikhianati.
Share this novel