BAB 4

Romance Series 93123

“BESTNYA!” Masing-masing menunjukkan keterujaan mereka, sebaik masuk ke Pavillion Mall itu.
Lufya hanya tersenyum melihat gelagat pekerja-pekerjanya itu. kali terakhir dia membawa mereka makan bersama dan membeli belah, adalah dua bulan lepas. Kerana kesibukannya, dia terlupa untuk bertanya dan mengambil tahu tentang mereka. Rasa bersalah menggunung di dalam hatinya.
“Bulan depan kita pergi company trip, nak?” Lufya memandang mereka satu persatu.
Bagaikan terkena magnet, semuanya mendekati Lufya dengan pandangan teruja.
“Nak….” Meleret nada mereka semua menjawab.
Lufya tergelak melihat gelagat melucukan itu.
“Macam budak-budak dapat gula-gula,” kutuk Damya selamba.
Zarina menjeling Damya. Dari dulu dia dengan Damya tidak sependapat, kerana mulut Damya yang agak biadab.
“Kau apa tahu. Kau tu merayap je dengan Lufya. Tak bosan mane pun. Kami ni, terperap je dalam pejabat,” tempelak Zarina memulakan ‘perang’.
“Isk, aku cakap je kot. Tak kan tupun nak marah,” balas Damya sambil menjongket bibirnya.
Lufya mengerutkan dahinya sambil memandang mereka berdua, manakala yang lain sudah mengelengkan kepala masing-masing.
“Mestilah aku marah! Kecik hati aku ni, kau tahu,” balas Zarina geram.
“Er… Dah,dah,dah! Korang nak gaduh bukan kat sini.” Lufya mengangkat tangan kanannya mahu menghentikan bung-bunga pertengkaran itu.
Zarina dan Damya berpandangan tajam, kemudian masing-masing memandang ke arah lain. Lufya mengelengkan kepalanya, melihat ‘makhluk’ yang kelihatan tidak matang itu. “Bergaduh je!”
“Kita sepatutnya mengeratkan silaturrahim. Bukan bergaduh. Tak malu ke orang tengok.” sambung Lufya lagi.
“Okay,” balas Zarina dan Damya sambil saling menjeling antara satu sama lain. Sempat Damya mengisyaratkan dua jejari ke matanya memberi amaran. Zarina menayangkan muka menyampah.
Mereka akhirnya membisu sambil melangkah. Masing-masing memfokuskan pandangan ke arah barisan butik mewah itu. Langkah mereka semua akhirnya tiba di hadapan Madam Kwan’s Restaurant.
“Kita makan kat sini, boleh?” Lufya memandang mereka satu persatu. Dia tahu, mereka tidak akan membantah biarpun dia tidak bertanya. Tapi dia lebih suka bertanya untuk menunjukkan yang dia prihatin pada kemahuan pekerja-pekerjanya.
Semua mengangguk sambil tersenyum. Mereka tidak kisahpun, ke mana Lufya mahu membawa mereka. Yang penting makan!
Lufya kembali memandang ke arah pintu masuk. Ketika itu juga sepasang pasangan melangkah keluar dari restoran itu membuatkan Lufya berdiri statik melihat pasangan itu. Matanya lebih tertumpu pada perempuan yang sedang mencari sesuatu di dalam beg tangannya. Lufya mengetap bibirnya perlahan. Imbasan memori lama, kembali dimindanya bagaikan sebuah panggung wayang.
“Marsha!” Serentak perempuan itu mendongak bila mendengar suara gemersik Lufya. Lelaki di sebelahnya itu berkerut dahi sambil memandang Lufya penuh tanda tanya.
“Lufya? Ya Allah Lufya….” Marsha meluru ke arahnya dan memeluk tubuhnya tanpa segan silu.
Lufya kehilangan kata-kata. Dia tidak tahu sama ada dia teruja ataupun tidak dengan pertemuan itu. Rasa sebak mendatangi hatinya membuatkan pandangan Lufya mula berkaca. Perlahan dia mengangkat tangannya membalas pelukan Marsha yang erat.
Ramai juga pelanggan yang kehairanan melihat keadaan mereka yang berpelukan sebegitu. Begitu juga dengan pekerja-pekerja Lufya. Masing-masing berpandangan kehairanan, tapi tidak Damya.
“Mana kau pergi Luf? Sampai hati kau pergi tak bagitau aku,” Marsha meleraikan pelukannya sambil memandang tepat ke wajah Lufya.
“Aku ada je kat sini.” Lufya mengerdipkan matanya sambil tersenyum. Janggal rasanya untuk tersenyum bila sekian lama tidak bertemu. Wajah lelaki yang menemani Lufya itu dipandang seketika. Satu senyuman tipis dihadiahkan kepada lelaki itu. Dia juga mengisyaratkan tangannya kepada rakan-rakannya untuk masuk terlebih dahulu.
“Puas aku cari kau. Satu Terengganu aku jelajah, semata-mata nak cari kau.” Luah Marsha lagi sambil meneliti wajah Lufya yang kelihatan lebih cantik dari dulu.
“Maafkan aku Mar. Bukan aku sengaja nak tinggal kau, tapi… kau tahukan apa yang dah jadi?” Lufya merenung wajah Marsha lagi.
“Aku minta maaf Lufya. Kalau bukan sebab aku, mesti kau dengan….”
“Dah lah Mar. Aku dah lupakan semua.” Lufya memotong percakapan Marsha.
“Trust me Luf. Aku menyesal dengan apa yang dah jadi sebelum ini,” kata Marsha lagi cuba untuk mmengambil hati Lufya.
Lufya tersenyum kelat. Dia kalau boleh, tidak mahu perkara itu diungkit kembali.
“Kau dah kahwin?” tanya Lufya sambil sengaja mengubah topik perbualan mereka.
“Dah masuk tiga tahun, Luf. Ni suami aku. Ziqri Amsyar.” Kata Marsha sambil memperkenalkan Ziqri pada Lufya.
Lufya mengangguk sambil tersenyum pada Ziqri. “Hi,”
Ziqri membalas senyuman Lufya itu. Tidak mahu dilabel sombong. “Hi,”
Lufya kagum dengan kekacakan lelaki itu. Sekali pandang, macam Macgyver. Mixed blood ke? Persoalan itu hanya berlegar di minda Lufya. Ternyata taste Marsha tidak pernah mengecewakan. Apa jadi dengan Riezman? Hati Lufya tertanya lagi. Mahu bertanya tapi… Next time kut, kata hati Lufya.
“Kau dah banyak berubah. Dah makin lawa aku tengok,” puji Lufya sambal menilik Marsha dari atas hingga ke kaki. Jauh berbeza dengan Marsha yang dulu.
Marsha tersengih. “Kau apa kurangnya Lufya. Aku dengar kau jadi model,”
“Alhamdulillah. Macam yang aku cakap dengan kau dulu,” balas Lufya lagi.
“Dapat juga kau jadi modelkan? Sesuailah dengan kau yang lawa ni. Tak macam aku, dah lah pendek, pastu tak lawa macam kau,” kata Marsha merendah diri.
“Mar… Kau dah cukup lawa dah. Allah dah bagi banyak kelebihan kat kau. Kau cuma perlu sujud dan bersyukur,” kata Lufya sambil tersenyum.
Marsha tersenyum kelat mendengar ayat yang dilafazkan oleh Lufya.
“Mar, aku kena cepat ni. Kawan-kawan aku tengah tunggu kat dalam. Rasanya diorang dah order dah.” Lufya memandang wajah Marsha seketika.
Marsha mengeluh perlahan sambil memandang Ziqri di sampingnya. Wajahnya yang tadi teruja, berubah suram. “Bila kita boleh jumpa lagi Luf?”
“Ada rezeki, kita jumpalah. Kau tahukan kerja model ni bukannya free selalu,” balas Lufya sambil tersengih.
“Nak nombor telefon? Kau masih pakai nombor yang dulukan?” Marsha mengeluarkan telefonnya.
“Masih lagi. Aku tak pernah tukar nomborpun, Mar. Kau je yang tak pernah call aku,” jawab Lufya sambil tangannya mengagau mencari name card di dalam beg voirnya.
“Maaflah Luf. Kau tahu kan, aku suka tukar phone. Tu yang nombor kaupun hilang dalam simpanan,” kata Marsha sambil tersengih.
“Lupalah pula, yang kau ni anak orang kaya.” Lufya separuh memerli membuatkan Ziqri menjungkit kening sambil mengerling Marsha.
“Betul tu. Kaya sampai tujuh keturunanpun tak habis. Kan?” Marsha mengerling Ziqri..
Lufya tergelak mendengar jawapan Marsha itu. Masih tidak berubah! Itulah anggapan Lufya pada Marsha ketika itu.
“Ini kad aku. Kalau kau rasa nak contact aku, telefon aje lah. Tapi, kalau kau nak ajak keluar, lepak-lepak macam dulu tu… aku tak janji. Sebab, aku memang sibuk,” kata Lufya sambil menghulurkan kadnya kepada Marsha.
Marsha menyambutnya dengan senyuman. Dia menilik kad yang dihulur oleh Lufya itu.
“Beauty and Health by Luf?” Marsha memandang wajah Lufya meminta kepastian.
Lufya mengangguk sambil tersenyum. “Kalau sudi, datanglah pejabat aku. Kedatangan kau, sentiasa di alu-alukan. Anytime,” kata Lufya lagi sambil tersenyum.
Marsha menayangkan riak wajah kagum. “Not bad,”
“Nanti aku datang,” kata Marsha lagi sambil memandang Ziqri.
Lufya mengangguk, sambil meminta diri untuk masuk ke dalam. “Aku masuk dulu. Kesian kat kawan-kawan aku tunggu lama,”
Lufya meninggalkan pasangan itu untuk masuk ke dalam. Pandangannya ditoleh ke kiri dan kanan, mencari rakan-rakannya tadi. Terangkat keningnya bila pandangannya terkunci pada sudut restoran itu.
“Uik, penuh pula meja diorang ni,” gumam Lufya sambil mengatur langkah menghampiri meja mereka.
“Ingatkan dah tak nak masuk dah… Maklumlah, jumpa bff.” Damya selamba memerli Lufya.
Lufya mencebik bibir. Dia meneliti setiap hidangan yang terhidang di atas meja itu. Masing-masing menayangkan sengihan mereka.
“Kenapa pula aku tak nak masuk?” soal Lufya sambil menarik kerusi kosong yang berada di hadapan Zul.
“Mana tahu kau lupa kat kita orang,” kata Damya lagi.
“Dia dengan husband dia kot. Takkanlah aku nak join dia,” kata Lufya menafikan perkara itu.
“Eh! Dah kahwin ye? Tak sangka, kahwin juga diorang,” komen Damya mengundang kerutan di dahi Lufya.
“Maksud kau?” tanya Lufya. Wajah Damya dipandang hairan.
“Tak adelah. Bukan ke dulu diorang tu bercinta. Kan dah kahwin.” Damya memandang Lufya sambil mengangkat kedua keningnya.
“Siapa yang bercinta?” soal Lufya lagi tanda tidak faham.
Semua mata yang ada di meja itu memandang ke arah Damya.
“Hish! Bukan ke Riezman dengan Marsha tu bercinta. Ke… aku yang salah dengar cerita kau?” soal Damya mula bengang.
Meletus ketawa Lufya mendengar kata-kata Damya itu.
“Lain kali, bagitahu nama. Baru aku tak keliru. Itu bukan Riezman tapi Ziqri.” Kata Lufya dengan ketawanya yang masih bersisa.
Damya tersenyum malu, bila yang lain turut memandang dia dengan senyuman mengejek.

“BOLEH tahan juga taste Marsha ye,” kata Damya, sebaik mereka masuk ke dalam kereta. Dia mengerling Lufya, untuk melihat reaksi Lufya.
Lufya hanya membisu sambil bersandar ke kerusi itu dan kepalanya juga turut dilentokkan ke belakang. Lufya memejamkan matanya. Dia mahu mengusir bayangan yang mendatangi mindanya ketika itu.
Melihat gelagat Lufya itu, Damya diam. Dia sedar, yang Lufya lebih banyak membisu selepas bertembung dengan Marsha dan suaminya. Dia tahu dan dia juga yakin yang Lufya sedang bergelut dengan perasaannya sendiri.
Lima tahun lepas, Damya telah melihat bagaimana terseksanya Lufya melalui hari-harinya. Menangis saban malam, bagaikan satu kemestian bagi Lufya. Puas dia memujuk, namun Lufya bagaikan tidak makan pujuk. Satu-satunya cara untuk dia bantu Lufya ketika itu adalah memberi dorongan dan juga semangat. Akhirnya Lufya mampu meninggalkan semua bayangan itu, tapi kini…
“Luf…” Panggil Damya lembut. Kereta yang dipandunya itu, sudah meluncur keluar dari tempat letak kereta.
“Hmmm...” Sahut Lufya dengan nada malas.
Damya berdecit perlahan. “Kau fikir apa?”
“Masa depan,” jawab Lufya sambil menghadiahkan pandangan kepada Damya. Lufya melorek senyuman nipis untuk menyenangkan hati Damya. Lufya tahu, Damya risaukan dirinya. Dia tidak mahu membebankan Damya dengan sikapnya yang terlalu memikirkan masa lalu.
“Janganlah main-main. Macamlah, aku tak kenal kau,” kata Damya lagi. Dia mahu, Lufya tahu yang dia sentiasa ada untuk mendengar.
Lufya tersenyum sambil menumpukan perhatian pada jalan raya yang lengang itu. Fikirannya menerawang sekejap mengingati pertemuan mereka yang tidak diduga itu. Dia tidak menyangka, akan wujud lagi pertemuan antara mereka.
“Last aku jumpa Mar, waktu aku minta penjelasan pasal dia dan abang Riez. Aku ingat, bila aku berundur… ade lah jodoh diorang. Tapi...”
“Marsha kahwin dengan lelaki lain?” Damya memintas kata-katanya sambil menjeling ke arah dia.
Lufya mengangguk laju mengiakan kata-kata Damya itu. “Yelah. Aku mengalah, sebab aku nak dia bahagia dengan abang Riez,”
“Sekarang, kau menyesal ke,” tanya Damya.
“Tak lah. Aku dah lama anggap yang kami takde jodoh,” jawab Lufya sambil merenung jejarinya. Terbayang cincin tunangnya dulu yang tersarung di jarinya.
“Kau tak rasa pelik ke?” tanya Damya perlahan. Wajah Lufya dikerlingnya.
Terangkat kening Lufya mendengar soalan itu. “Pelik?”
“Hmmm… Betul ke, kau dengan Marsha tu bestfriend?” tanya Damya lagi.
Kali ini dahi Lufya berkerut seribu mendengar soalan itu. “Kan aku dah jelaskan semua tu,”
“Entahlah Luf. Sama ada aku je yang nampak, atau ada orang lain yang sedar tentang ni. First impression aku pada Marsha, tak bagus. Aku boleh kesan sisi sinis dia bila pandang muka kau. Aku dapat rasa yang dia tak pernah ikhlas dengan kau.”
Lufya ketawa mendengar kata-kata Damya itu, tapi ketawanya terhenti bila melihat wajah Damya yang serius itu. Bila Damya sudah serius, itu bermakna, apa yang dia katakan juga serius.
“Atau… cara dia memang macam tu, aku tak tahu,”sambung Damya tanpa mempedulikan Lufya yang ketawa itu.
“Jangan menilai orang yang baru kita kenal secepat itu Damya. Kadang-kadang, apa yang kita nampak tu salah. Lagipun… aku dah kenal dia lama. Kami bukan berkawan sekejap. Susah senangpun, kami dah pernah bersama,” kata Lufya tanda tidak setuju dengan anggapan Damya itu.
Damya terdiam. Baginya Lufya terlalu mempertahankan rakannya yang satu itu. “Bff, katakan,”
“Nama husband dia tu siapa?” tanya Damya.
“Ziqri Amsyar, kot,” jawab Lufya dengan nada malas.
“Namapun dah boleh bayang handsome dia. Nampak orangnya, lagi terpanar. Kacakkan?” Damya sengaja menjungkit keningnya nakal sambil mengerling Lufya.
“Handsome atau tak, tu suami orang. Jangan pernah berniat nak rampas suami orang,” kata Lufya seakan mengingatkan dirinya sendiri.
Damya tersengih mendengar ayat Lufya itu.
“Tapi, aku terbayang juga rupa dia kalau kau rampas suami dia. Mesti sakitkan? Tapi, bagus juga. Boleh kau balas dendam,”
“Adoi! Jauh juga kau pergi. Tak pernah lagi aku fikir bab rampas laki orang ni. Jangan nak main gila.” Serentak itu Lufya menampar bahu Damya.
Damya tergelak kuat mendengar kata-kata Lufya itu. “Aku gurau je lah,”
Lufya mencebk bibirnya. “Bergurau, jangan nak timbulkan isu macam ni. Orang Malaysia ni sensitif, kalau bab rampas suami orang. Kau tak takut kena kecam ke?”
“Bukan ada orang dengarpun. Kalau ada orang tahu, apa yang aku cakap ni, itu tandanya, kau yang bocorkan. Kan?” kata Damya sengaja mengenakan Lufya.
“Aku pula? Kau ingat, aku ada masa nak sibuk hal kau? Baik aku jaga diri aku yang makin tak terurus ni,” kata Lufya sambil mencebik bibir.
Meledak ketawa Damya mendengar ayat Lufya. “ Yelah tak terurus. Rambut serabai sana, kasut terbalik, baju...”
Pap! Lufya menampar kuat peha Damya, menambahkan lagi ketawa Damya. Dia tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana tidak dapat menahan ketawanya.
“Seronok gelakkan aku?” Lufya menjeling geram.
Adakah patut, Damya mengusiknya macam itu. “Siap dengan selipar terbalik pula tu. Jatuh standardnya sebagai model.”
Kereta yang dipandu Damya, akhirnya berhenti di hadapan rumah mereka. Tanpa menunggu Damya, Lufya turun sambil mencapai semua barang-barang yang dibeli tadi. Damya yang mahu menghulurkan bantuan itu, membatalkan hasratnya untuk membantu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience